Minggu ini kita buat sesi Soal & Jawab (Q & A). Kiranya, saya buka ruangan minggu ini untuk menjawab apa sahaja soalan anda (yang terpilih kalau banyak sangat). Soalan-soalan berkaitan:
- Kejayaan/Motivasi
- Perniagaan
- Perniagaan Internet
Syarat-syarat:
- Seorang boleh tanya satu soalan sahaja. Ini untuk membolehkan anda fikir masak-masak soalan yang ingin di tanya untuk mendapat soalan yang terbaik.
- Sebaiknya, biarlah soalan mencabar sedikit. Soalan seperti “Bagaimana hendak submit laman web ke search engine?” atau “Bagaimana caranya mencipta ebook?” kiranya tidak mencabar oleh kerana ditempat-tempat lain pun boleh mendapat jawapan ini.Soalan yang mencabar seperti “Bagaimana Irfan Khairi sering mendapat jemputan media?” ini kira mencabar oleh kerana ramai yang tak tahu dan ingin tahu (tapi soalan ni tak boleh tanya sebab saya yang beri idea- nak tahu kena datang Workshop Jutawan InternetΒ :))
- Sebaiknya, soalan tidak terlalu general (umum) seperti “Bagaimana caranya untuk menjadi seorang yang berjaya?”
Sebenarnya, ada juga tip hari ini. Iaitu, dalam mempelajari sesuatu dengan bertanya (pada sesiapa sahaja), kualiti soalan akan menentukan kualiti jawapan. Memang digalakkan untuk bertanya, namun, pertanyaan yang bernas, akan mendapat jawapan yang bernas!
Anggap ini sebagai latihan untuk anda mencipta soalan yang bernas. So, apa lagi… ruang dibuka untuk soalan-soalan π Mulai esok, saya akan beri jawapan.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum
Apakah cara TERBAIK untuk kita melindungi ‘Download Page’ untuk produk digital agar lebih selamat, dan pada masa yang sama perniagaan internet kita berjalan secara automatik?
Harap dapat cadangkan perisian (jika ada) yang boleh membantu π
Salam Hormat,
Mirul
http://free.mirul.com
Hello Irfan,
Thank you untuk sesi soal jawab ini.
Untuk soalan pertama ialah,
Selain Internet Bizness, Saya pasti Irfan mempunyai Investment offline yang lain.
Bolehkan kongsi apakah jenis Investment yang sedang lakukan sekarang, dan apa Investment yang bagus.
Gerai makan ?, Hartanah ?, Saham ?, Mutual Funds ?, Jual baju ?
Apakah kaedah promosi paling berkesan di dalam perniagaan internet?
*** Minta beri 5 kaedah terbaik.
Assalamualaikum Irfan
Soalan yang ingin sangat saya tanya ke pada Irfan apakah perniagaan yang Irfan jalankan yang menghasilkan pulangan yang banyak melalui perniagaan internet?
Kerana mengikut dalam buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar menyatakan mendapat pulangan bersih RM1 Juta dari salah satu perniagaan beliau. (tidak dinyatakan di dalam buku apakah salah satu tersebut tetapi dinyatakan pernigaa yang dijalankan oleh Irfan mereka cipta ebook, mencipta laman web dan grafik perkhidmatan SEO, menjual peta, penempahan hotel, perunding Multimedia, e-niaga & pembelajaran )
Terima kasih harap Irfan sudi menjawab soalan saya.
..boleh berikan saya 5 kaedah promosi paling berkesan di dalam perniagaan internet yang memberikan pulangan lumayan?
***5 kaedah jer,101 belum lagi.
Thanks.
Saya nak tanya
Jenis perniagaan apa yang mula-mula sekali ceburi di internet?
terima kasih π
. Irfan,
Saya tertanya-tanya selama ini, jemputan dan publisiti yg diberikan kepada anda oleh pihak media elektronik dan cetak…
Adakah ianya datang sendiri kepada kerana kredibiliti yang ada ataupun ada usaha dari pihak sendiri untuk mendapatkan publisiti atau promosi sedemikian.
Adakah ianya percuma atau berbayar?
Terima kasih kerana membuka ruangan soaljawab ini.
Irfan,
Bagaimana menulis ebook seperti tulis ebook carapromosi? Ini kerana PDF juga boleh disalin semula. Terima kasih.
Irfan,
Bolehkan Irfan namakan “Guru-Guru” yang telah menolong mencapai 1 juta dalam Bizness Internet.
Terima Kasih
apakah risiko terhadapat perniagaan internet yang kita usahakan? sekiranya pembeli menggunakan kad kredit klon atau plasu. sedangkan produk kita sudah di hantar dan payment sudah dapat. Produk yang saya maksudkan disini adalah e-book seperti irfan sendiri yang mengusahakan cara promosi.
pernah tak terfikir untuk mengadakan workshop percuma untuk pembaca tip satu minit yang “bertuah”
Irfan,
Bolehkah anda menjadi personal coach saya dlm perniagaan internet? Boleh jumpa face to face tak? Then saya tuntut ilmu secara talaqi (berhadapan) dgn Irfan. Kalau tuntut ilmu macam tu ada bayarannya ke?
*rumah saya dekat je dgn rumah Irfan, sebab tu nak dtg tuntut ilmu
Kalau boleh, contact saya di :
admin@belajarbahasaarab.com
http://www.belajarbahasaarab.com
http://www.simplearabic.com
Assalamualaikum
Adakah perniagaan Internet boleh difrancais kan?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara Irfan, blogger, forumer dan visitor sekalian.
Bolehkah Encik Irfan menyenaraikan ebook/buku/report yang dibaca dan dijadikan rujukan dan panduan dalam perniagaan?
Selamat Pagi Irfan,
Saya telah mendaftar “Sole Proprietorship” untuk Bizness internet saya.
Tetapi sekarang, saya konpius bagaimana nak submit Income tax.
Berapakah Income tax yang Irfan bayar ?
Saya membuat banyak bayaran dan pembelian melalui paypal, dan ia agak sukar untuk keep track dengan transaction kita.
So soalan hari ini ialah, Bagaimana keep track dengan cukai.
Berkenaan dengan perniagaan jenis ‘dropship’, apakah pendapat Irfan tentang kategori barang (eg pakaian, alat mainan, etc) yang paling laris dan paling susah untuk dijual?
Saya mempunyai bisnes sebuah kiosk servis kecil yg terletak di kawasan agak padat penduduk berdekatan kilang,pasaraya,rumah teres,apartmen/flat dan berdekatan jalan besar.keluasan kiosk saya hanya lebih kurang 7′ X 7′ sahaja.Soalan saya:
1. perlukah saya mendapatkan bantuan modal kerja melalui pinjaman atau saya kena bertahan dgn modal yg ada tetapi agak sempit seperti yg pernah cadangkan berkenaan modal sendiri.
Kalaulah di dunia ini, cuma terdapat 1 CARA sahaja untuk memperolehi duit yang banyak, iaitu melalui internet, model apakah yang akan pilih dan rekomenkan?
He..he..jawab.. π
Salam Doc,
Nak tanya juga satu SOALAN..memandangkan semua orang dah tanya ye..
Ni SOALAN sy..Bagaimana doc nak jawap SOALAN semua dlm tips oleh pembaca hari ni??:)..Sy rasa agak mencabar juga soalan ni..(mesti doc tgh tersenyum skrg ni.:)
Assalamualaikum..
Ucapan Tahniah kepada krn telah berjaya memotivasikan diri sy. pd tips yang diberikan sy telah memulakan perniagaan dengan menerima tempahan menjahit.
Apakah saranan untuk sy mengembangkan perniagaan ini tanpa menjejaskan kerjaya, masa untuk keluarga dan pada masa yang sama perniagaan dapat diteruskan?
Assalamualaikum Irfan.
Sebenarnya saya dah lama nak tanya pada yg. pakar mengenai RSS. Saya masih konfius mengenai RSS dan bagaimana utk meletakkan RSS feed ke dalam website atau blog. Sebab ia penting untuk SEO. Kalau doc. ada contoh lagi baik.
Terima kasih kerana membuka ruang utk bertanya.
http://www.becomebloger.blogspot.com
Boleh Doc “Describe” dalam 5 patah perkataan potensi perniagaan di internet pada masa sekarang dan 3 Tahun akan datang, terutamanya untuk ‘market’ di Malaysia?
TQ
Hisham;
“Lebih 5 perkataan pun tak pe, janji berjawab!! (Kalau sudi) π
Soalan saya mungkin tak mencabar tetapi sekadar ingin tahu.
Mengikut pengalaman , umur berapa tahunkah . pernah jumpa orang yang paling muda berjaya dalam perniagaan internet dan orang paling tua yang juga berjaya.
Terima kasih kerana menjawab.
Hello there Irfan,
I came across your site from the Nescafe Kick Start program.
May I know how did you manage to become a judge there ? Did you apply or was it by Invitation from Tv3. Thanks.
Do you have any tips for someone like me who is also very interested to appear on National Television.
Thanks once again.
John Rogers.
Assalamualaikum Irfan Khairi,
Bolehkan Irfan berkongsi latar belakang Ibu dan ayah kamu.
Adakah mereka juga seorang Jutawan dan membimbing kamu sehingga kamu menjadi seorang jutawan seperti mereka ?
Adakah mereka membantu kamu dari segi kewangan semasa membuka bizness ?
atau, adakah Irfan sendiri yang mula dari bawah hingga ke atas hari ini.
Saya bertanya soalan ini kerana saya berasal dari keluarga yang boleh dikatakan agak miskin.
Dan keluarga saya tidak boleh support saya financially untuk membuka bizness.
Jadi, sekarang saya hanya membina bizness dari bawah tanpa modal, dan ia amat lah susah untuk mencapai 1 juta.
Terima kasih kerana berkongsi latar belakang kamu.
Shafinaz Alia
Salam
Dr telah mengadakan Workshop Jutawan Internet untuk satu tempoh yg agak panjang termasuk perkhidmatan2 lain berkaitan B2B di dunia siber. Soalan saya, adakah memiliki sebarang statistik akan keberkesanan kursus2 yang telah dan sedang berikan pada peserta2, termasuk berapa orang yang telah menyertai, berapa yang telah berjaya mahupun yg gagal, termasuk berapa ramai yg telah mencapai tahap jutawan ataupun telah menghampiri tahap tersebut. Kalau ada, harap dapat berkongsi informasi tersebut bersama kami demi memberi sedikit tolakan pada semangat kami yg kurang kental ini. Terima kasih kerana menjadikan soalan saya antara yg terpilih.
Assalamualaikum
Kejayaan semestinya adalah sokongan famili dan kawan rapat. Siapalah yang sering membantu dalam mengendalikan bisnes serta pengurusan pejabat.(Saya tahu bahawa pejabat kamu di rumah)
Setuju tak kalau saya katakan bahawa di sebalik kejayaan lelaki mesti ada seorang wanita. Apa komen ?
Adakah irfan pernah jatuh teruk dalam perniagaan? dan sekiranya ya, bagaimanakah boleh bangun semula?
p.s – soalan macam ni ni kira satu soalan je kan?
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memberi ruang bertanya.
Bagaimana kaedah @ langkah untuk mengaitkan imiginasi bagi memulakan langkah pertama ke arah kejayaan (contohnya perniagaan internet), seterusnya mengekalkan momentum tersebut sehingga tercapai apa yang diimiginasikan itu?
Salam kejayaaan dan kecermelangan !
Salam,
Ada cara tak utk berfikir cara 1st-class mindset, any source sebagai rujukan ?
itu je soklan saye,
sekian timaceh =)
Siapakah mereka ini ?
William Gates III
Warren Buffett
Carlos Slim HelΓΒΊ
Ingvar Kamprad
Lakshmi Mittal
Sheldon Adelson
Bernard Arnault
Amancio Ortega
Li Ka-shing
David Thomson
mirul bertanya:
“Apakah cara TERBAIK untuk kita melindungi Γ’β¬ΛDownload PageΓ’β¬β’ untuk produk digital agar lebih selamat, dan pada masa yang sama perniagaan internet kita berjalan secara automatik?
Harap dapat cadangkan perisian (jika ada) yang boleh membantu π ”
Nie soalan baik. Saya pun nak tahu jugak…
Saya pernah beli buku yang download linknya boleh expire dan ebooknya berpassword.
Mcm mana nak buat mcm gitu? π
Harap Irfan dapat membantu…
Assalamualaikum.
Jika kita ingin pelanggan gunakan SMS untuk pesanan/pertanyaan/dan sebagainya di dalam website kita, bagaimana cara untuk mendapatkan nombor SMS tersebut. cthnya nombor 37888, 32725 dan sebagainya.
Assalamualaikum.
Irfan,Bagaimana sifat-sifat website yang boleh di access dengan pantas walaupun dengan modem yang hanya 56K?Kadangkala saya jumpa website yang ada banyak ‘item’dan lambat untuk dapat semua bagi satu website.Lain kali saya tanya lagi.
Terima kasih.
Saya pun berminat dgn soalan Hanafy. Kalau boleh En Irfan tlg tmbh sedikit bagaimana kita boleh menjalankn perniagaan internet secara automatik. Terima kasih.
Assalamualaikum..
Saya nak tanya..Apakah perkara yang paling menolak atau memberi dorongan kepada sehingga dapat berjaya sehingga sekarang.tq
Assalamualaikum..
Bolehkah nyatakan tajuk-tajuk buku yang ->memberi kesan yang besar kepada diri
>Amat bermanfaat untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan.
>Dr cadangkan untuk orang yang ingin berjaya membacanya.
TQ
Hello there Irfan.
Hope you have a Great day. First of all I would like to thank you for this opportunity of a Question and Answer section.
As of this day 13th March 2007, May I know How many and what are the types businesses that you run ?
Thanks.
Penilaian terhadap cantik/tidaknya sesebuah website adalah sangat subjektif.
Q:
–> Bagi Irfan, apakah ciri2 yang anda sukai dalam sesebuah website sebelum anda dapat mengiktirafnya (secara peribadi) sebagai sebuah website yang berkesan (yang mampu menarik pelayar menjadi pembeli) dan menarik untuk dikunjungi lagi? Harap Irfan sudi menjawabnya π
salam
saya sangat mengagumi dan sentiasa mengikut perkembangan dari semasa ke semasa. semoga terus berjaya dalam menyedarkan masyarakat akan potensi meningkatkan pendapatan bukan hanya sekadar dengan kerja makan gaji tapi jugak dengan bisnes.
1. dalam journey untuk berjaya, tidak memilih utk menjalankan bisnes konvensional. apakah kekurangan bisnes konvesional yang paling membuatkan rasa berat untuk menjalankannya.
2. tidak pernahkan rasa terbeban dengan menghandle banyak website untuk bisnes? kalau ye apakah langkah untuk mengatasi masalah tersebut? kalau tidak apakah tips2nya.
3. secara ikhlas pandangan , yang manakah mampu memberi pulangan yang lebih hebat sekiranya betul2 dilakukan dengan teknik2 yang betul, bisnes internet ataupun bisnes konvensional?
sekian terima kasih.. π
ops.. terlupa pulak seorang hanya boleh satu soalan.. so dalam 3 soalan di atas saya harap jawab soalan yang ketiga sahaja.. π terima kasih..
banyak juga soalan-soalan π terpaksa la memilih yang mana paling banyak dapat manfaatkan pembaca.
insyaallah saya akan cuba jawab seberapa banyak yang mungkin dalam minggu ini.
Harap maaf, ada juga soalan2 yang tak dapat dijawab sepenuhnya di sini seperti:
1: soalan peribadi (dorongan/keluarga/latarbelakang)- ini kerana dalam akhbar & majalah sudah selalu keluar. untuk rujukan, http://www.rahsiainternet.com (bawah sekali bahagian Media). Juga, majalah Keluarga terbitan karangkraf bulan April ini juga ada cerita mengenai saya.
2: soalan perniagaan2 internet saya – ini kerana ianya merupakan topik khas dalam workshop jutawan internet. daripada jenis2 perniagaan dan juga cara pendekatan saya dalam perniagaan tersebut. khas untuk workshop sahaja π
3: Soalan promosi- kerana sudah diceritakan dalam http://www.rahsiainternet.com/carapromosi π
ok, sesi soalan kita tutup, akan disusuli dengan jawapan…