- Colonel Sanders, pengasas KFC pernah di reject lebih dari 1,000 gerai/restoran kerana tidak mahu menjual ayam ciptaannya
- JK Rowling, penulis siri Harry Potter telah di reject 12 syarikat penerbitan sebelum sebuah syarikat menerima hasil tulisannya. seorang bilionaire.
- Buku best seller novelis Stephen King “Carrie” yang telah menjadi movie 2 kali kini, telah di reject 30 kali di syarikat penerbitan.
- Walt Disney, pengasas “Disney” pernah dipecat dari syarikat akhbar kerana dikatakan tidak kreatif dan tidak punyai idea yang bagus
Tiada siapa akan berikan kejayaan kepada kita tanpa usaha. Tak guna kita meminta-minta di bantu, atau minta-minta diberi kemudahan jalan dari orang lain, sedangkan diri kita sendiri tidak memberi usaha dan ikhtiar secukupnya.
Selalu saya lihat mereka yang inginkan sesuatu, seperti ingin memulakan perniagaan, tidak melakukan usaha apa-apa kemudian menyalahkan pihak lain kerana tidak memberi bantuan. Selalu juga melihat mereka yang inginkan kejayaan, tetapi ingin cara mudah tanpa ikhtiar, dengan harapan nasib akan menyebelahi nya mendapat durian runtuh. Ada juga yang usaha ala kadar tidak seberapa, kemudian mengeluh mengapa perniagaan yang dijalankan tidak menjadi dan tidak mendapat sambutan.
- Tanya pada diri sendiri, adakah usaha yang dilakukan sudah cukup?
- Sudah kah kita melalui segala kesusahan dalam ikhtiar dan mencari segala-gala cara penyelesaian sebelum mula menuding jari kepada pihak lain kerana tidak membantu?
- Ataupun mungkin kita hanya mengambil jalan mudah sahaja tidak mahu usaha dan inginkan cara senang?
Ada seorang kenalan saya yang ingin memulakan perniagaan tetapi, memerlukan modal beberapa ribu ringgit. Masalahnya, dia tidak mempunyai wang sebanyak itu. Perniagaan tidak dimulakan. Namun, tidak juga berusaha untuk mengumpul wang, contohnya, masih membazir wang pada rokok, selalu keluar rumah dan berbual kosong dengan kawan-kawan di kedai mamak, berbelanja dengan boros, dan tidak berusaha mencari pendapatan tambahan. Apa yang telah dilakukan adalah, memohon geran/bantuan kerajaan dan menunggu peluang mendapat bantuan dana memulakan perniagaan.
Ada juga kenalan yang lain, yang ingin memulakan perniagaan dan memerlukan modal beberapa ribu ringgit. Namun, kenalan ini pula berusaha berjimat wang gajinya setiap bulan, membuat perniagaan kecil-kecilan di pejabat. Pada hujung minggu mencari kerja-kerja freelance untuk mengumpul wang sendiri. Beliau juga memohon geran/bantuan kerajaan, tetapi tidak mengunggu dan mengharapkannya oleh kerana dalam masa 5-6 bulan, wang yang diikhtiarkan telah cukup untuk dirinya memulakan perniagaan. Kalau ada rezeki dapatlah bantuan itu. Kalau takde rezeki, perniagaan tetap berjalan.
Memberi alasan dan meminta serta mengharapkan bantuan sememangnya perkara yang mudah. Masalahnya ramai diantara kita inginkan sesuatu dengan mudah tanpa usaha secukupnya. Tanpa mahu melalui kesusahan dahulu.
Diri saya sendiri 15 tahun lalu tidak mempunyai modal memulakan perniagaan Internet saya. Tetapi selama 2 tahun bekerja sebagai tukang cuci pasaraya untuk mengumpul modal perniagaan dan wang untuk mempelajari ilmu perniagaan. Tanpa usaha dan ikhtiar bekerja sebagai tukang cuci, pastinya hari ini saya juga tidak akan menjalankan sebarang perniagaan… dan tidak menulis di sini untuk tatapan anda.
Usaha dan ikhtiar terlebih dahulu sebelum meminta bantuan dan menyalahkan sesiapa.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya bersama ramai lagi usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan Internet dan menjana pendapatan tambahan dari rumah. Sama ada anda usahwan baru tanpa idea dan produk, atau sudah menjalankan perniagaan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan dapat membantu memulakan dan mengembangkan perniagaan anda di Internet, InshaaAllah.
Klik di sini untuk maklumat lanjut oleh kerana pengambilan terbaru kini di buka. Pendaftaran boleh dilakukan secara online hari ini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021