Saya fikir apa yang orang benar-benar mencari adalah jalan pintas untuk kejayaan. Jawapan ringkasnya adalah bahawa tidak ada jalan pintas. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam perniagaan anda yang akan meningkatkan kemungkinan untuk anda mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.
Pada pendapat saya, ada 7 perkara asas yang anda boleh gunakan sebagai senjata rahsia untuk digunakan dalam perniagaan anda. 7 senjata rahsia ini adalah perkara asas yang telah diketahui dan biasa didengar, atas kelemahan dan kesibukan dalam urusan harian kita, mungkin kita belum memberi tumpuan sepenuhnya dalam 7 perkara asas yang akan anda ketahui sebentar sahaja lagi untuk diaplikasikan dalam perniagaan anda .
Walaupun 7 senjata rahsia nampak macam mudah jer, sebenarnya kesemua 7 kaedah asas ini memerlukan banyak masa dan kesabaran untuk anda menempuh jalan-jalan kejayaan dalam perniagaan anda. Antaranya adalah
1. Pemasaran
Tidak kira apa perniagaan yang anda jalankan ,sekiranya anda tidak belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan anda, tiada yang akan mengetahui akan kewujudan perniagaan anda. Akhirnya , lama kelamaan perniagaan yang anda jalankan akan mati. Anda perlu belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan dan bukan hanya sekadar menjalankan iklan sahaja.
Anda perlu tahu apa yang perlu dimasukkan ke dalam iklan, apa yang membuat iklan yang baik, bagaimana untuk menulis ayat pengiklanan yang tepat dan memilih imej sesuai serta mempelajari semua bentuk pemasaran dan media yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda. Anda perlu mempelajari teknik yang tepat dalam pemasaran perniagaan anda jika tidak prospek tidak akan ketahui kewujudan perniagaan anda.
2. Kegigihan
Jangan sekali-kali berhenti! Anda perlu terus gigih meneruskan perniagaan pada peluang-peluang yang ada, anda perlu gigih walaupun gagal pada kali pertama. Bersedia untuk mengambil bertahun-tahun untuk membina perniagaan anda. Bersedia untuk berada dalam keadaan tertekan,rasa nak menangis sebab peritnya nak menguruskan sesebuah perniagaan, bertengkar dengan pasangan anda sebab terlalu sibuk menguruskan perniagaan, atau apa-apa kemungkinan keadaan, anda perlu atasi keadaan itu dalam cara yang terbaik.
3. Khidmat Pelanggan
Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab nak khidmat pelanggan ni memang leceh nak urus, tambahan pulak pelanggan yang cerewet. Memang sukar nak uruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.
4. Mengetahui industri anda
Dapatkan maklumat sebanyak yang boleh mengenai industri anda. Anda perlu tahu lebih banyak maklumat dalam urusan perniagaan anda . Bersedia dari segi pertanyaan-pertanyaan yang bakal disoal oleh prospek anda. Melalui jawapan yang diberikan, kemungkinan besar prospek akan bertukar menjadi pelanggan setia anda.
5. Sentiasa belajar
Jangan sekali-kali berhenti membaca buku-buku, artikel, ulasan, dan menghadiri workshop ataupun class mengenai perkara yang dapat memajukan perniagaan anda. Dapatkan orang yang dapat memimpin anda mengembangkan urusan perniagaan anda walaupun anda perlu bayar pada nasihat tersebut. Contohnya, ibarat palajar mempunyai guru untuk dipimpin dalam urusan pelajaran mereka. Begitu juga dalam perniagaan, anda perlu lakukannya juga untuk mengembangkan perniagaan anda.
6. Memahami teknologi
Ini adalah satu kategori yang agak rumit bagi saya, tetapi cukuplah untuk mengatakan bahawa anda perlu memahami media social, pengkomputeran, dan perisian yang sesuai. Melaui kaedah ini anda dapat memudahkan setiap urusan perniagaan anda dan juga dapat memudahkan menguruskan pelanggan anda.
7. Doa
Ini adalah senjata yang utama dan terutama, bahkan doa adalah alat yang paling berharga.Setiap urusan kita perlu diiringi dengan doa, mungkin pada permulaan perbuatan, pertengahan dan diakhir urusan harian kita perlu diiringi dengan berdoa.Jika anda sebagai usahawan, saya memahami begitu banyak kesukaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Iringan doa amat-amatlah penting untuk kita praktikkan dalam urusan harian kita dalam keadaan yang mencabar yang sedang dan yang akan datang.
Saya juga doakan moga anda dimudahkan segala urusan harian anda 🙂
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah menjadi pilihan beribu usahawan Internet untuk mempelajari cara memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet.
Bantuan dan bimbingan yang diberikan selama 6 bulan dalam program ini telah banyak membantu usahawan bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada di pasaran dengan pelbagai strategi pemasaran. Untuk maklumat lanjut, klik di sini atau sekiranya ingin bercakap dengan kami, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang soalan.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021