Dalam perniagaan ada susah dan senang, ada turun dan naik. Kisah kejayaan tidak banyak kita dengar, kisah kegagalan selalu kita lihat. Apakah sebabnya kegagalan sesuatu perniagaan? Berikut adalah antara 4 sebab utama…
1. Tiada matlamat untuk berkembang
Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, pastinya perlukan matlamat. Matlamat jangka masa panjang, tak lupa matlamat jangka masa pendek.
Perniagaan yang tidak mempunyai matlamat akan tetap di tempat yang sama melakukan perkara yang sama tanpa sebarang momentum untuk kehadapan dan berkembang. Apabila tidak berubah dan di tempat yang sama sahaja, pastinya pesaing-pesaing yang mempunyai matlamat akan lebih berjaya dalam mendapat pasaran yang lebih besar.
Maka, perniagaan tanpa matlamat akan sering ketinggalan pesaing!
2. Takut untuk bersaing
Tidak kira apa sahaja bidang perniagaan yang dijalankan, persaingan adalah pasti. Mungkin pada awalnya tiada pesaing, lambat laun pastinya ada jua.
Pesaingan boleh diambil secara positif atau negatif.
Secara positifnya, melihat pesaingan sebagai cabaran dan memberi motivasi kepada kita untuk lebih berusaha dan melakukan pemasaran yang lebih hebat lagi dari pesaing. Secara negatif pula, melihat pesaing dan takut dengan pesaing.
Apabila kita takut bersaing, kita kurang berusaha dan kurang inovatif dalam menjalankan perniagaan. Kita biarkan pesaing-pesaing kita kehadapan dan hanya sekadar tunggu dan lihat.
Tunggu dan lihat apa? Tunggu dan lihat pesaing yang mencapai kejayaan!
3. Tidak inovatif
Perniagaan yang tidak inovatif pastinya akan ketinggalan ke belakang. Inovatif bermaksud bijak dalam melakukan sesuatu yang baru atau mengubahkan sesuatu dengan pendekatan yang baru.
Inovasi boleh dilakukan kepada proses kerja untuk lebih efisyen, pada produk untuk jadikan produk lebih baik, pada pemasaran untuk jadikan lebih efektif dan sebagainya.
Melakukan perkara yang sama sahaja dan tidak inovatif pada zaman ini akan ditinggalkan oleh pesaing yang lebih berinovasi. Pesaing kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, lihat keliling kita sahaja sudah beratus jenis produk kesihatan yang ada.
Daripada beratus itu, bagaimana hendak dapatkan tumpuan pelanggan sekiranya tidak berinovasi?
4. Tidak melakukan pemasaran
Pemasaran adalah nadi perniagaan. Tanpa pemasaran tiada siapa akan tahu tentang perniagaan kita. Pemasaran perlu dilakukan setiap hari secara efektif. Boleh dikatakan sebab utama kegagalan perniagaan adalah kerana tiada ilmu pemasaran, atau ilmu pemasaran yang terhad.
Sebagai contoh, usahawan hanya tahu satu cara pemasaran sahaja dan bergantung kepada satu cara itu tanpa menghiraukan kaedah pemasaran lain- contoh hanya menggunakan Facebook untuk pemasaran. Masalahnya adalah, sekiranya hanya fokus kepada satu cara, bagaimana pula jika pesaing menggunakan pelbagai pemasaran seperti Facebook + Blog + Email + Google dan sebagainya? Bagaimana pula sekiranya reach Facebook semakin kurang dan harga pengiklanan Facebook menjadi semakin mahal? Pastinya akan mengalami kesukaran promosi.
Jawapannya, perniagaan akan ketinggalan lagi dan lama kelamaan pastinya akan gagal!
Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya mudah pastinya banyak perniagaan yang berjaya hari ini. Namun kini, lebih banyak yang gagal dari berjaya. Tambahan, tidak seperti dulu, mungkin 10-20 tahun lepas, pesaingan tidak ramai. Ini memudahkan lagi jalan sesuatu perniagaan. Tetapi kini, pesaingan yang begitu banyak disekeliling membuatkan usahawan perlu menambahkan lagi ilmu perniagaan supaya kegagalan tidak menjadi pilihan!
*Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah menjadi pilihan beribu usahawan Internet untuk mempelajari cara memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet.
Bantuan dan bimbingan yang diberikan selama 6 bulan dalam program ini telah banyak membantu usahawan bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada di pasaran dengan pelbagai strategi pemasaran. Untuk maklumat lanjut, klik di sini atau sekiranya ingin bercakap dengan kami, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang soalan.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021