putus asa

Bila Hati Ingin Putus Asa…

Sesetengah orang kita lihat bagai amat mudah jalan hidup mereka. Untuk mencapai kejayaan seperti tidak perlu banyak usaha. Untuk mendapat kekayaan, mungkin sudah ada datang dalam keluarga yang berada. Harta benda pula cukup lengkap segala-galanya.

Tetapi, bila tiba diri kita sendiri, untuk mencapai kejayaan, kekayaan harta dan benda, amat-amat perit dan susahnya untuk dicapai. Segala usaha telah ditaburkan, segala susah senang dilalui bersama keluarga, tidak lupa doa dan ikhtiar yang diberi, namun, kegagalan-demi-kegagalan datang tiba.

putus asa

Ada yang kegagalan kecil. Ada juga terjumpa kegagalan yang besar yang membuatkan diri terududuk membisu. Minda menjadi buntu tidak tahu arah kemana hendak ditujukan. Terasa berat kepala memikirkan apa yang perlu dilakukan, tambah-tambah dilihat umpama semua cara telah dicuba dan diusahakan. Mengapa orang lain mudah untuk berjaya, mengapa bagi aku susah?

Ketika inilah tiba masanya kepala mula memikirkan satu pilihan yang sebelum ini kita tahan untuk fikirkan. Hati mula terasa untuk mengambil pilihan untuk putus asa.

Apa lagi pilihan yang ada? Segala ikhtiar telah dilakukan, semua jalan menghadapi kesukaran. Semua cara tidak mengena.

Sebenarnya, ini sering terjadi pada ramai antara kita. Detik perlu memikirkan untuk putus asa ataupun tidak.

Ramai antaranya akan memilih jalan yang paling mudah. Menerima kegagalan dan berputus asa. Mana taknya, berbagai-bagai yang telah dikorbankan, mungkin wang, mungkin usaha dan tenaga, tak lupa juga waktu. Apabila berputus asa, semuanya akan hilang.

Tidak ramai pula yang akan memilih jalan yang sukar, iaitu terus berusaha sedaya upaya, ikhtiar dan bertawakal tetap mencari-cari juga jalan penyelesaian untuk mencapai sesuatu itu. Tidak ramai yang mampu atau cukup kuat untuk meneruskan perjalanan.

Beza mereka yang berjaya dan mereka yang gagal terletak di sini.

Rata-rata di dunia, mereka yang berjaya tidak ramai. Mereka yang menerima kegagalan dan berputus asa memang ramai kerana ia jalan yang mudah. Tidak dinafikan, untuk terus berusaha, sememangnya sukar. Dan yang sukar itulah membuatkan ramai tidak memilihnya.

Dalam perjalanan mencapai kejayaan, pastinya kita akan bersemuka dengan keadaan dimana kita pula perlu membuat pilihan ini. Sama ada terus berusaha, ataupun berputus asa…

Pilihlah untuk terus berusaha.

*Sekiranya anda terjumpa jalan buntu  dalam perniagaan, dan ingin terus berusaha tanpa putus asa, lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk melihat bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

7 thoughts on “Bila Hati Ingin Putus Asa…

  1. Assalamualaikum Tuan
    I hv just started a perfumes & fragrances business. Sincerely appreciate if you could convince me that your course are worth the fees and I can graduate with solid online n offline business knowledge. I hv been n paid 2 courses similar to yours but the results were dissatisfied. Your kind advice and guidance is greatly appreciated.
    Looking forward for your reply and to be successful like you. Thank you

  2. Saya percaya, semua orang yang berjaya akan ada cerita kegagalan termasuk IK sendiri.

    Tapi yang lebih seronok, bagaimana orang yang berjaya ni bangkit dari jatuh dan belajar sesuatu daripada kegagalan tersebut.

    Tahniah IK 🙂 Saya belajar sesuatu daripada artikel ini.

  3. Terkadang jatuh tak terduga, ujian bertimpa2 namun putus asa tiada dalam kamus hidupku.

    Apabila terduga, aku tercari2 mentor untuk bangun semula dari kegagalan.

    Terima kasih IK atas nasihat perniagaan.

    Wassalam.

  4. Mmg saya berada didlm situasi ini sebelum ambil keputusan untuk bangkit dr kegagalan..untuk bangun semula bukan sesuatu yang mudah..tp akhirnya saya ambil jln utk teruskan perniagaan ini dgn mengikuti pengajian online bersama sifu Irfan Khairi..semoga kebangkitan semula saya akan membuahkan kejayaan yang lebih baik lg..
    Tq sifu krn memberi kami jalan keluar dr kebuntuan…

  5. Setiap langkah menuju kejayaan pasti ada cabaran dan ujiannya. Kita perlu hadapi setiap cabaran dan ujian ini. MENJERIT sekuat hati secara dalaman atau luaran sekiranya ada suara dalam diri cuba untuk memujuk berputus asa supaya menidakkan tindakn putus asa ini. Malah mesti PUJUK diri ini langkah kejayaan hnya selepas dari ujian ini walaupun kita belum tahu…

    “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)

    -Ezwan Sahwan-
    https://www.RahsiaBajuKurung.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.