pesaing perniagaan

Tewaskan pesaing perniagaan dengan cara ini…

Ketika saya di sekolah menengah, saya mengambil mata pelajaran perdagangan. Sejak di bangku sekolah lagi memang saya berminat dalam bidang perniagaan.

Masih jelas lagi antara pembelajaran yang dilalui adalah ciri-ciri seorang usahawan termasuklah “Seorang yang inovatif”. 

Sejak dulu lagi, ramai kata saya seorang yang kreatif oleh kerana berbakat dalam seni InsyaAllah. Bila saya bertanyakan pada guru, apakah beza kreatif dan inovatif, jawapan yang diberikan adalah jawapan yang saya pegang sehingga hari ini. Kata guru saya ketika itu…

Kreatif adalah orang yang bijak menciptakan sesuatu yang baru. Manakala inovatif adalah bila bijak mengubahkan sesuatu yang sedia ada kepada sesuatu yang baru…

tewaskan

Sama ada tepat atau tidak istilah yang diberikan, saya tidak tahu pada masa itu. Tetapi penjelasan itu memudahkan pemahaman saya dan membuatkan saya melihat perniagaan pada sudut yang berbeza.

Antara kunci kejayaan jenama adalah menjadi inovatif. Iaitu, membina jenama sesuatu perniagaan pada sudut yang berbeza berbanding pesaing.

Melakukan sesuatu yang 100% berbeza atau baru, mungkin sukar diterima orang ramai (kreatif). Tetapi, mengubah sesuatu yang sedia ada mungkin dengan hanya 10% boleh diterima oleh orang ramai (inovatif).

Cuba lihat jenama-jenama yang hebat hari ini. Kesemuanya bukan menciptakan sesuatu yang baru, tetapi sekadar mengubah sesuatu yang sedia ada.

  • Air Asia tidak menciptakan sistem penerbangan atau pengangkutan baru, tetapi sekadar menghasilkan pembayaran tambang murah untuk  penerbangan (inovatif)
  • Ferrero Rocher (contoh artikel saya beberapa hari lepas) tidak menciptakan coklat. Terdapat pelbagai coklat sebelum Ferrero Rocher. Tetapi, menciptakan pembungkusan yang kelihatan mewah dan mampu milik (inovatif).
  • Iphone tidak menciptakan telefon pintar. Tetapi menciptakan telefon pintar yang kelihatan unik dan cantik, serta mudah untuk digunakan (inovatif)

Untuk perniagaan anda juga, anda perlu memberi inovasi kepada jenama anda. Minda manusia sering dipenuhi dengan pelbagai maklumat.

Sesuatu yang berinovasi mudah untuk diterima minda oleh kerana ianya sudah dikenali (tidak perlu mencipta sesuatu baru), tetapi berbeza dengan jenama lain (ubah sesuatu yang sedia ada).

Dalam keadaan pesaingan yang semakin ramai, dan pengguna yang semakin bijak dalam berbelanja, jenama adalah kunci #1 kejayaan sesuatu perniagaan.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.