alasan

3 Alasan mereka yang tidak berjaya

Hendak beri alasan memang ada banyak. Tetapi, cara penyelesaian ada banyak juga. Masalahnya adalah apabila kita hanya dapat melihat alasan sahaja dan tidak melihat jalan penyelesaian.

Inilah petanda untuk menjadi seorang yang mudah gagal dan tidak berjaya.

Berbeza dengan orang yang berjaya, mereka akan melihat masalah sebagai peluang. Berikut adalah 3 alasan utama yang akan menggagalkan kita dari mencapai kejayaan…

1. Orang tu hebat. Kita bukan seperti dia…

Kadangkala kita akan lihat orang yang mencapai kejayaan dan rasakan kita tidak boleh capai kejayaan yang sama sepertinya. Alasannya adalah orang tu hebat tidak seperti kita. Oleh itu, kita langsung tidak mencuba mencapai kejayaan.

Sememangnya orang yang hebat kini, satu hari dulu tidak hebat mana. Kesemua kehebatan bermula dari asas. Untuk menjadi seorang jurugambar yang hebat, pastinya perlu pelajari asas dahulu. Bukan, terus menjadi hebat.

Oleh itu, jangan bandingkan pencapaian seseorang itu sekarang dengan keadaan anda sekarang. Membandingkan orang yang hebat sekarang dengan anda yang masih belum melalui pengalaman yang sama, pastinya perbandingan yang tidak adil.

Tanamkan dalam fikiran “Kalau dia boleh, pastinya aku pun boleh!”

3alasan

[PENGUMUMAN: Program separuh masa 6 bulan besama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat program atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan bermula sekarang! Tempat adalah terhad. Daftar hari ini! ]

2. Saya tak tahu lakukannya…

Kalau tak tahu, perlu ambil tahu. Untuk berjaya perlu ada ilmu. Jangan jadikan alasan “tak tahu” sebagai penghalang memulakan sesuatu dan mencapai kejayaan.

Memanglah kalau kita tak belajar, kita tidak akan dapat ilmu. Dan tanpa ilmu, apa sahaja yang dilakukan tidak akan menjadi. Kalau tak tahu, maka perlu ambil tahu.

Baca buku, baca atas talian, hadiri kursus atau seminar, banyak bertanya pada mereka yang berpengalaman untuk mencari ilmu dan ubahkan TIDAK TAHU menjadi TAHU.

Apa yang terbaiknya adalah, dengan lebih banyak ilmu, kita akan lebih menyukai sesuatu bidang tersebut bak kata, tak kenal maka tak cinta. Dan apabila kita cintakan sesuatu bidang itu, maka ia akan menjadikan kita lebih bersemangat dan motivasi untuk  lebih berjaya dalam bidang itu.

3. Saya tidak ada masa…

Semua orang mempunyai masa yang sama- 24 jam sehari. Mereka yang berjaya atau mereka yang gagal. Pengemis mempunyai 24jam sehari. CEO syarikat mempunyai 24jam sehari. Anda juga mempunyai 24jam sehari.

Ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan masa kita. Adakah benar-benar kita tiada masa? Tahukah anda sekiranya anda membaca buku selama 30 minit sehari, dalam masa 1 tahun, anda boleh menghabiskan lebih 20 buah buku?

Takkan tiada masa 30 minit untuk diluangkan sehari mendalami ilmu untuk mencapai kejayaan bukan? Atau adakah ianya hanya alasan semata-mata.

Adakah kita menghabiskan masa menonton TV? Atau surf Internet? atau keluar bersama kawan-kawan? Dan tidak melakukan seusatu yang membawa kita ke arah mencapai matalamat.

Pastinya masa memang ada. Bergantung kepada kita bagaimana kita mengurusnya.

Memang pelbagai alasan akan datang ke fikiran kita. Oleh kerana kita rasa selesa dengan keadaan semasa, alasan akan menjadi logik untuk diri kita. Untuk mencapai kejayaan, pastinya perlu ada perubahan. Alasan akan menghentikan kita dari melakukan sebarang perubahan!

*** Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan sering alasan menghalang anda, apa kata lakukan perubahan hari ini! Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, program separuh masa 6 bulan besama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat program atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan bermula sekarang! Tempat adalah terhad. Daftar hari ini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “3 Alasan mereka yang tidak berjaya

  1. Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Untuk beralasan, memang amat mudah. Begitu juga dengan hendak berjaya, ianya juga tidak susah. Hanya perlu “BUAT SAHAJA”. Ramai orang nak berjaya tapi tak nak ambil langkah pertama untuk berjaya iaitu “BUAT SAHAJA”

Leave a Reply

Your email address will not be published.