Jutawan banyak membaca!

baca.jpgSalah satu kunci jutawan adalah menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca. Berapa banyak buku perlu di baca? 

Ketika Workshop Jutawan Internet saya menceritakan kunci-kunci jutawan dan salah satunya adalah membaca. Peserta mungkin ingat saya menyebut berapa banyak buku yang pernah saya baca bukan? Basically, berapa buku yang terdapat di perpustakaan di rumah…

Irfan khairi : >400 buku

Azizi Ali: > 700 buku

Semalam saya menceritakan pengalaman saya bersembang dengan multimillionaire Dato’ Ghazali… agak agaknya berapa buku diperpustakaannya?

Jawapan:

Dato’ Ghazali : > 6,000!

Tersesak juga nafas apabila mendengar tu. Saya ingat saya sudah banyak membaca- 1 minggu 1 buku habis (give or take). Tetapi Dato’ Ghazali habis 3 buku dalam masa 1 minggu.

Jadi, it’s proven… untuk berjaya dari segi kewangan… perlu banyak membaca. Lagi banyak membaca, lagi hebat status kewangan anda- insyaallah! 🙂

ps: ini salah satu point daripada nota 3 muka surat saya sebutkan semalam 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

86 thoughts on “Jutawan banyak membaca!

  1. Sdra IK. bersesuaian dengan galakan agama terhadap membaca, ia mmg kunci kpd kejayaan.Spt kata Einstein, ‘a person with an open mind and accepts new ideas will not get back its original size’.salam.Syamsul

  2. saya suka baca buku Dare to Fail-Billy Lim,Think & Grow Rich- Napoleon Hill,How to make friends & influence people-Dale Carnegie-so selamat membaca

  3. assalamualaikum

    saya baru jumpa website ni . baru baru ni saya balik ke malaysia setelah beberapa tahun tak kembali ke tanah air .. memang hobi saya pergi ke kedai buku . kalau di tempat saya belajar sekarnag , jgn haraplah nak dpt buku bahasa melayu dari sudut motivasi mahupun bisnes . jadi ape yg saya buat waktu balik sebulan haritu .. saya borong banyak gile buku .. baca satu persatu secepat mungkin .. sebab tak mungkin saya boleh bawak buku buku tu ke tempat saya sekarnag ni .. timbang barang di airport hanya boleh lepas 30 kg .. banyak barang lain yg menjadi kepentingan utama untuk saya bawak .. jadi ape nak buat .. saya kene habiskan baca lebih dari 10 buku dalam satu bulan tu .. dalam satu bulan yg sama tu jugak saya uruskan perkawinan saya dan seminggu setelah tiba di tempat saya sekarnag ni perkawinan saya berlangsung dan sekarnag saya kene tumpu ke buku pelajaran pulak sebab 2 minggu lagi final exam saya .

    anyway, satu je yg ingin saya share bersama kawan kawan disini . bila kita mengetahui hakikat ilmu dan manfaat dia . kita takkan sanggup tinggalkan seminit pun dalam hidup kita untuk dibazir bazirkan begitu saja tanpa membaca apa apa .

    sejak 1997 – 2008 saya belajar di negara orang . doakan saya dpt catch up kembali information tanah air . hehe

  4. saya bangga dengan pencapaian irfan. saya mahu tahu kekadang kalau saya membaca lebih-lebih lagi ilmu pelajaran lambat memahami seolah-olah khayal je… bagaimana nak buat

  5. bagus kalau kita banyak membaca..semua orang tau..malah dari kecil lg da diterapkan untuk banyak membaca..tapi kenapa susah kita nak amalkan budaya ni? tapi amalan ni da lama diamalkan oleh orang jepun.. kenapa susah nak contohi diorang?

  6. orang kita tak pandai promosi buku serta kurangnya publisiti…maaf sekiranya terkasar bahasa demi kemajuan. contohlah indonesia jumlah penerbitan buku melebihi kita.jangan jadi kan bil rakyat sebagai ukuran untuk menerbitkan buku

  7. Membaca jambatan ilmu.Banyak membaca banyaklah ilmu yg kita dapat.Jgn membazir duit beli bhn bacaan berbtk hiburan,belilah buku yg dpt member sesuatu untuk kemajuan diri kita.selamat membaca!!!

  8. Perkataan pertama dalam Al-Quran ialah Iqraq yang bermaksud “Bacalah”. Oleh yang demikian membaca amatlah dituntut oleh Islam. Kerana dengan membacalah banyak ilmuwan-ilmuwan dahulukala dapat menghasilkan pelbagai kejayaan dan penciptaan. Samada dari segi sains, teknologi dan sebagainya.

  9. assalamualaikm,saya tertarik dengan buku sejak tingkatan 1 lagi.tapi sejak tingkatan 3,saya sudah taksub dengan membaca.mungkin terdorong dengan motivasi yang kuat melalui buku.saya juga taksub untuk membeli buku lebih sehingga ibu bapa saya marah….tapi saya suka baca buku.

  10. saya rasa seronok membaca komen2 dlm ni.. saya memang suka sangat membaca.. sampai ada yang cakap saya ni macam dapat dadah bila baca buku.. dari kecik sampai la ke besar.. dan dari darjah 1 lagi saya memang nak ada sebuah perpustakaan dalam umah saya.. sekarang ni ada la 1 rak kecik buku2 saya punya, baru nak mula simpan.. saya suka baca pasal motivation, biznes, keagamaan, dan sbnrnya ape-ape pun boleh, sbb i love reading so much!

  11. assalamualaikum..
    saya sebenarnya nak cari laman web tentang buku-buku. boleh tak kalau saudara bagi sedikit maklumat tentang laman web itu?
    terima kasih..

  12. assalamualaikum…
    sebenarnya kalau nak dikutkan,memanglah sayapun suka membaca,,,
    tambahan lagi saya dahpun memasuki ke dunia perniagaan…iaitu usahawan produk iks…
    jadi,,di sini saya ingin menyatakan pendapat dan hasrat saya..
    bolehkah saudara irfan ketengahkan budaya membaca kepada golongan baru..
    terutamanya ,,ketengahkan buku-buku yang berkaitan dunia perniagaan tetapi dalam bahasa melayu…
    sebab golongan semacam saya ni,,kadang-kadang tidak punyai kebolehan dalam bahasa inggeris…
    jadi…judul-judul buku seperti yang saudara ketengahkan membuatkan saya berminat,,,
    untuk pengetahuan saudara irfan juga,,,
    saya memang selalu mengikuti tips-tips yang saudara berikan dalam jejak usahawan di dalam majalah maskulin…

    sekia terima kasih….

    wassalam…

  13. Salam
    Saya bersetuju dengan anggapan orang yang banyak membaca merupakan orang yang berjaya, tak kiralah didunia atau diikharat. Tapi kalau nak pastikan apa yang dibaca itu berguna untuk kita maka kita haruslah membuat perkara2 berikut

    1. NIAT IKHLAS KERANA ALLAH- semua ilmu adalah milik Allah sehingga dapat dikatakan sekiranya nya kita menggunakan seluruh air dibumi ini untuk menulis ilmu Allah, maka ia tak akan cukup
    2. BERKONGSI ILMU DENGAN ORANG LAIN-lebih banyak kita memberi lebih mudah kita ingat dan lebih banyak ilmu kita akan dapat
    3. AMALKAN KEARAH KEBAIKAN-ilmu yang digunakan kearah kebaikan akan mendapat keberkatan.
    4. TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NERAGA CINA-saranan nabi agar menuntut ilmu sampai ke negara cina penuh dengan seribu makna, jadi cuba lah mengkeji cara berniaga orang cina(baca buku rahsiah niaga orag cina keluaran PTS)

    saya adalah peserta Workshop Perniagaan Internet 7 Feb 2009-bersemangat untuk membuat blog sendiri. insayaAllah pada hari lahir pada 10 Feb ini saya akan memulakan blong sendiri dan akan cuba fokus pada tip kepada bakal haji

  14. best nye baca semua maklumat bg tu.
    saya turut mula baca buku berbentuk motivasi sprt “How to make friends & influence people-Dale Carnegie” . . . belum habis baca lah . . . kiranya mcm nak cari potensi yg ada pada diri. saya amat yakin mlalui pembacaan pasti dapat dapat lihat apa yg selama ni tak nampak . . .

    bagi sy tak perlu kita nk jd org lain yg pasti jgn tertewas & sentiasa maju ke hadapan

    p/s : irfan bagi tips utk kekal semangat membaca dan sentiasa inginkan motivasi supaya tak mudah pudar

  15. salam semua…memang terbukti dengan membaca nampak perubahan minda dan komunikasi kite lebih lancar dan berkesan.terus membaca untuk membuat perubahan pada diri dan semua…semoga jimpa d puncak kejayaan…

  16. Ok..bro saya setuju dengan anda membaca akan membawa banyak ilmu tapi buku apa yang nak di baca…????

    Satu lagi bagaimana nak concentrate membaca jika suasana persekitaran kita ..maksud saya bro mungkin duduk dirumah jer..tapi cam mana yang bekerja di kilang, atau kerja buruh….balik rumah plak kena kacau ganggu dgn anak anak….hehe he ..plz respon

  17. Salam Irfan.. Hang bagi la kami join bisnes hang.. takat hang bagi ceramah saja bukan kami boleh watpa.. boleh dgr sajalah..
    bagi kami modai sikit.. baru la leh stat meniaga internet.. lagi satu.. takkan jual bawang, cabai garam dgn internet.. takkan jual char keow teow ngan internet… gila apa…
    k la.. salam… semuga hang sentiasa berjaya dan jgn jdai kacang lupakan kulit…

  18. salam…tertarik sy bc komen2 kat atas ni..
    sy bru je t’jumpa blog ni..bkn apa semua ni semata2 nk cr info 4 forum remaja yg ktorg nak lawan..bla sya amati semua di atas..sy mmg byk ketinggalan..sy sbnrnya turut mempunyai minat membaca..tapi..keadaan sy sbgai bdk sekolah memaksa sy untuk membaca buku yg lebih terarah kepada subjek yang masuk dlm exam..tambahan pula,kerja rumah yg diberikan guru…tapi..insyaAllah..budaya membaca akan saya pupuk kembali dalam diri sy bukan sekadar membaca buku subjek peperiksaan..

  19. Assalamualaikum…abg irfan..sy bru 20 thun n trigin jd mcm abg la..sy trigin nk berniaga n berjaya mcm abg tp sy nk tau langkah pertama saya bagaimana hendak dimulakan…mcm abg kta kita perlu banyak membaca baru kita ad hala tuju…sy nk tny adakah langkah awal sy dengan membaca buku tentang tips2 untuk jd ahli perniagaaan?

  20. Assalamualaikum…
    Saya mmg kagum dengan sdr Irfan.Anda Hebat.Tahniah!!!sy jadikan anda salah seorang idola saya.I’allah sy cuba conbine Bisnes saya dengan kemudahan internet.Saya akan ikut jejak langkan sdr irfan.mungkin saya baru 1% ikut cara sdr.Banyak lagi yg sy perlukan..i’allah saya akan ikuti bengkel jutawan anda..Jika anda BISA,saya pasti Bisa-shah

  21. saya seorang wanita berusia 46 tahun, saya suka membaca buku motivai dr anak-anak muda dan buku yg bekaitan dgn kerjaya dgn harapan utk membantu mereka yg sepatutnya dibantu. tetapi kawan2 sering kata buang masa, fikir ttg anak lagi baik, kata mereka. bagaimana nak ubah pemikiran mereka ni? anak saya yg berusia 13 tahun ingin mengikuti jejak irfan, apa nasihat terbaik & berguna dr irfan utknya?

  22. Assalamualaikum,

    14th November 2009 yang lepas saya telah menghadiri Workshop Perniagaan Internet Irfan di KL. Sebelum ni pun saya sudah banyak kali membaca buku Rahsia Jutawan Internet Irfan ni ( Malay and english version ). Tetapi , saya rasa adalah lebih baik mendengar direct from Irfan untuk mendapat kefahaman yang optimum ( jika membaca terlebih dulu mengenai topik itu, pemahaman akan lebih cepat ).

    Pengalaman saya mengenai membaca ni ada macam-macam. Saya pun suka membaca ( bukan jutawan seperti Irfan tapi dari segi lain ). Membaca adalah sesuatu yang amat baik untuk mendapatkan ” maklumat ” tetapi belum boleh dikira sebagai ” Ilmu ” lagi, selagi ia tidak ” diamalkan ” atau dipraktikkan. Perkara ini benar dari segi ilmu duniawi maupun ukhrawi. Setelah kita praktikkan, baru lah kita mendapat hasilnya dan seterusnya mendapat keyakinan.

    Sebab tu Nabi SAW kita berpesan, sebaik-baik amalan ialah membuat sesuatu ( kebaikkan of course ) amalan yang berterusan walau pun sedikit. Dalam Al Quraan pun ada menyebut, mula-mula kita mendapat ” Ilmu Yakin ” iaitu dari pada ilmu sebelum mendapat ” Ainul Yakin ” iaitu keyakinan dengan ” pandangan “.

    Saya rasa apabila membaca buku Irfan tu, saya dapat ilmu yakin, tetapi tiada Ainul Yakin selagi saya tidak praktik apa yang Irfan ajar dalam wokshop.

    Kalau ada masa boleh baca blog saya http://thefonz1608.wordpress.com . Saya sedang belajar menulis.

    Assalamualaikum

  23. saya suka membaca tapi lepas kawin dan ada anak … rasa macam tak cukup masa nak membaca…
    rasa cam tak cukup 24jam tu.. cemburu tengok orang lain boleh ….

Leave a Reply

Your email address will not be published.