Teknik mendampingi mereka yang hebat!

Ramai yang tertarik dengan topik semalam, jadi saya lanjutkan lagi hari ini.

Ada yang bertanya, bagaimana hendak mendampingi mereka yang hebat? Perlu jadi hebat juga kemudian baru boleh dampingi mereka yang hebat?

Tidak sama sekali…

dato.jpgBeberapa hari lepas saya berpeluang bersama ahli perniagaan & multi-millionaire, Dato’ Ghazali. Sememangnya, Dato’ Ghazali lebih hebat dari saya sebagai seorang tycoon Melayu yang disegani dan beliau juga sering menasihat perdana menteri (Tun & Pak Lah) dalam hal ehwal ekonomi.

Bila bersamanya, dapat berbual selama hampir 2 jam one-on-one sehingga 12 tengah malam!. Dalam ketika itu, terlalu banyak yang saya pelajari- sambil bersembang saya menulis nota dalam buku nota. Macam reporter pula jadinya 🙂

Mendampingi mereka yang hebat, walaupun dalam sedikit masa, macam-macam yang boleh dipelajar- sekiranya kita membenarkan diri kita pelajari dari perbincangan. Ramai yang bersembang, tetapi tidak mendapat apa-apa yang manfaat. Saya sebaliknya, mendapat 3 muka surat nota bertulis!

Jangan malu menulis nota depan mereka yang hebat oleh kerana kalau tak tulis, anda akan lupa segala points penting.

Dalam masa hampir 2 jam itu, berbagai-bagai informasi & pengalaman saya perolehi. Mungkin bertahun-tahun saya dapat menjimat masa mencari ilmu tersebut sendiri. Sudah pastinya, selepas berbincang, berbagai-bagai idea saya mula implementasikan untuk melipatkali gandakan pendapatan!

Jadi, bagaimana saya melakukannya?

Jawapannya adalah… KOMUNIKASI EFEKTIF! Cara anda berkomunikasi akan menggambarkan personaliti anda. Pelajari cara komunikasi yang efektif untuk anda mendampingi mereka yang hebat. Komunikasi, bukan sekadar bercakap sahaja, tetapi, komunikasi termasuk juga ekspresi & persembahan (apa yang kita pakai).

Saya mendalami ilmu komunikasi untuk menambahkan lagi network saya, mendampingi mereka yang hebat supaya dapat memperluaskan perniagaan. Asal usul saya, seorang yang pendiam/pemalu… kini masih lagi! 🙂 tetapi, dengan ilmu komunikasi efektif yang betul, kita dapat mendampingi sesiapa sahaja untuk meluaskan lagi jaringan kenalan kita sehingga ke mereka yang hebat-hebat belaka!

logonizalbig.gifUntuk mempelajari Komunikasi Efektif, saya menjemput anda ke Program Nizal Talk! kelolaan Nizal Mohammad (personaliti TV3). Nizal adalah mentor saya dalam bidang komunikasi dan modul yang di ajarnya kepada saya secara peribadi, telah dijadikan program 1 hari untuk manfaat anda bersama.

Komuniaksi efektif amat penting. Secara peribadi, saya melihat mengapa perniagaan bumiputera gagal serta ramai bumiputera menganggur, adalah kelemahan dalam komunikasi efektif.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Teknik mendampingi mereka yang hebat!

  1. Wow…Mmg hebatla Irfan. Kalau kat Spore, saya tahu mcm mana boleh contact dgn usahawan, biznesman yang berjaya…

    Boleh join Young Entrepreneur Network, Business Society dan banyak lagilah… 😛

    Kalau di Malaysia, mcm mana pula yer? Ada society usahawan yang boleh saya join? Boleh kongsi idea sama sama… 🙂

  2. Tamadun dunia bermula dengan Komunikasi!? Tepat sekali apa yang Doc katakan. Tanpa komunikasi tidak wujud jaringan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.

    Dengan komunikasi terjadinya peralihan (untuk lebih berjaya dan lebih hebat) bagi mereka yang memanafaatkannya.

    Tetapi komunikasi hari ini lebih terarah kepada virtual (telephone, video, internet, etc), tidak secara ‘one-on-one’ (fizikal). Apa pandangan Doc?. 🙂

    Hisham;
    P2..DotCom

  3. Dapat saya rumuskan di sini, utk berjumpa dengan mereka yg hebat, kena “be at a right place (or event), at the right time, with the right networking” then only kita akan berpeluang berbual secara one-to-one dengan mereka yang hebat.

    Kalau kita sendiri tak pernah ke majlis yang menghimpunkan org2 yang hebat dan berjaya ini, macam mana nak berbual dgn mereka ye tak?

    So.. kalau ada pelaung2 sebegitu, grab it! Dan sudah semestinya bila dah berjumpa… jgn pulak lidah terkelu utk berkata-kata… maka sia-sia lah jadinya kan… 🙂 Di situlah pentingnya kebolehan berkomunikasi dgn baik dan berkesan…

  4. memang hebat, saya pun hendak belajar bagaimana dapat dampingi mereka yang hebat. Selain dari komunikasi efektif, boleh kongsi dengan kami maklumat-maklumat lain yang perolehi dari Dato’ Ghazali selama hampir 2 jam dan yang telah catit.
    Regards Sharifah Azran Alam

  5. pengalaman kerja selama 6 thn disini,
    saya terasa maju kedepan kerana
    senantiasa berdampingan dan mendapat tunjuk secara langsung pd ketua2 pengarah.

  6. Orang2 successful yg hebat amatlah menghargai masa. Olih itu, apabila berkesempatan mendampingi mereka, gunakan sepenuhnya dgn menimba ilmu yg berguna dari mereka dgn mengajukan perbualan yg bertepatan dgn pencapaian mereka. Saya kira mereka ini tidak akan lokek untuk berkongsi pengalaman asalkan kita menaruh penuh minat mempelajari dari pengalaman mereka.

    Semuga kita berpeluang mendampingi mereka2 yg berjaya satu hari nanti. Bila tu agaknya?

  7. hi, shueqry here..saya lihat komunikasi merupakan sesuatu yang kureng pada ramai graduan..they all tak berapa yakin nak ‘jual diri’ melalui karisma, penampilan dan skill komunikasi..ramai yang kata komunikasi ok, tapi hakikatnya bila time interview, masih gugup, ‘blur’, tak yakin dan tak mahu berusaha lebih memperbaiki diri.. maybe Nizal talk boleh diperluaskan skopnya ke IPT untuk membantu ramai graduan dari komunikasi interpersonal..

  8. emm.. saya kagum sangat dengan . kalau tak keberatan, boleh tak kongsi dengan kiter apa yang dah catit 3 muka surat tu (masa sembang dengan Dato Ghazali).. 😉

    MiRuL

  9. Bukan senang nak amik idea Dato Ghazali tu..bertuah ..nanti bleh share sekali apa yang ditulis sampai 3 page tu..hehe

  10. i’m searching for marketing exec utk promosikan servis cikda.what i did was, paste iklan2 kat sekitar area cikda stay ni, nak test ada org call ke tak.ada yg call tanya kerja. tapi u all nak tau apa yg diarang tanya? kerja KERANI ada tak? hampir 80% tanya soalan tu..hmmm.mcm mana ni…cuba fikirkan kenapa ramai yg sanggup jd kerani though pendapatan yg sedikit compared to marketing exec? COMMUNICATION PROBLEM.

  11. I nie jenis karun sikit, so I mudah ketawa dan setiap perkataan kekadang bila di’twist’ sikit, boleh jadi lucu jadinya..
    Tapi I respek dengan penulisan yang berisi mcm padi.. nie berbakat besar dari segi penulisan nie.. KOMUNIKASI EFEKTIF.. dah tu advance lagi.. Memang Pakar Perniagaan Sebenar lah nie.. Tapi kalau bab buat lawak, agak2 mesti saya yang pakar.. Gurau aje, !

  12. # Mohd Sufian Says:
    February 7th, 2007 at 10:08 am

    “Bila lah boleh bersembang dengan Irfan lak! :D”

    datang ke workshop IK mesti boleh bersembang dengan dia…

  13. Memang nak jadi orang yang berjaya senang tapi sukar,daan banyak orang berjaya sekarang bermula dengan zaman kejatuhan dan tanpa putus asa bangkit dan terus berjaya hingga bergelar usahawan internat yang berjaya,walaupun kita di ejek orang konon nya perniagaan internat ini hanya merugikan masa sebenarnya dia yang kerugian kerana dia tidak mencuba….

  14. Network itu memang penting dalam menjalankan apa sahaja biznes, tak kira online ataupun offline…

    Saya pernah terbaca dari buku Robert Kiyosaki menyatakan bahawa gaji/hasil pulangan yang kita dapat bergantung kepada orang yang berada di sekeliling kita.

    Kalau ramai kawan kita, yang bergaji 1k sebulan, kita pun akan tergolong dalam spektra network sedemikian.

    Kalau ramai kawan kita usahawan internet, dapat passive income, (pulangan pasif), kita pun akan menjadi seperti mereka.

    Sebab itu timbullah pepatah orang puteh menyatakan,

    Birds of the flock fly together…

    Cuba anda renung kembali… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.