Untuk memaksimakan jualan produk atau perkhidmatan anda. Fikirkan soalan ini.
Dengan produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada, bolehkah anda bawa ke pasaran yang berbeza?
Contoh, sekiranya saya menjual eBook 101 CaraPromosi, pasaran sedia ada adalah usahawan Internet. Bolehkah produk yang sama dijual kepada agen insurans yang ingin mempromosikan perkhidmatan mereka bukan di Internet? Bolehkah produk yang sama di pasarkan di peringkat antarabangsa (apabila dialih bahasa)? Bolehkah produk yang sama di extract (pendekkan) untuk dijadikan free gift menarik lebih ramai pembeli?
Semua ini adalah contoh produk yang sama, pasaran berbeza. Ia merupakan satu strategi untuk memaksimakan pendapatan anda. Salah satu soalan yang paling utama saya sering tanya pada diri sendiri untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan saya adalah:
“Bagaimana perniagaan ini dapat mengaut keuntungan dari pasaran yang berbeza?”
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
satu lagi soalan yang juga sering muncul dalam minda saya, bagaimana produk saya boleh bantu orang lain, dalam masa yang sama mengaut keuntungan walau saya pasarkan kepada profesion pelanggan yang berbeza, umur yang beerbeza dan di tempat yang berbeza..
Satu contoh implementasi produk sama, pasaran berbeza adalah dari kawan saya, Ahmad Fadzli (penulis buku remaja Resepi Kejayaan) host Al-Bayan yang interview saya minggu lepas.
Beliau membuat buku Rezepi Kejayaan untuk Pengawas. Resepi Kejayaan untuk Pelajar Sekolah Menengah. Resepi Kejayaan untuk Pelajar Sekolah Rendah… dan sebagainya.
Produk yang sama, pasaran berbeza! mengguna teknik ini Fazdli berjaya menerbitkan >10 buah buku di bawah penerbit PTS.
Good tips! Maybe saya boleh fikirkan utk kembangkan bisnes saya yg sedia ada ke pasaran yg lain, yg lebih luas
P/s: Saya ingin menjemput Irfan dan semua pemvaca tip 1 minit yg beragama Islam khususnya utk melawat laman web saya yg terbaru:
http://www.SoftwareForMuslim.com
hmmm susah jugak tu. bila masuk pasaran baru kene fikirkan teknik baru.pendekatan mungkin agak berbeza. tapi, kalau “ayat power” .. apa-apa pun boleh jual.. heheh (ayat nie dicilok dari kawan saya,seorang businessman yg berjaya) 😀
ada produk terbaik pun, kalau cara promo x pro consumer, mmg x kemana. bagi saya, elok juga ebook 101 cara promosi tu implented oleh agen insurans. skop pun agak sama. lelain, boleh diguna pakai oleh para salesman juga. 🙂
Bagi menjual produk yang sama kepada pasaran yang berbeza, produk tersebut mesti “flexible”
dan boleh diubahsuai mengikut pasaran yang berbeza.
Untuk mencipta satu produk untuk pasaran yang berbeza kita mestilah kreatif dan peka pada pasaran semasa dan cepat membaca kehendak serta perubahan pada pasaran berbeza.
Hisham; 🙂
PromoPropser.Com
Promosi Dan Pemasaran Serentak
Beginilah idea seorang peniaga @ usahawan. Bijak mencari peluang. Tips ini telah memberikan saya idea baru untuk terus kreatif lagi inovatif…
Thank alot
Ia lebih berkait rapat dgn ‘niche’ kan…
Lebih tertumpu produk kita, lebih senang dpt pasaran.
Software For Muslims > Good idea, good niche! Rasanya Cara Promosi boleh banyak membantu… especially join forum2 perbincangan berbentuk islam overseas. Guna cara promosi yang free.
ps: bagi yang ada Cara Promosi 1.0, please update versi baru 1.1. Lebih teratur! 🙂
Guna cara promosi yang free
tima kasih bebanyak ik
Orang yang pengalaman luas baru boleh cuba pasaran baru….