Beberapa hari lalu saya menjalani pengambaran sebagai pengacara/motivator untuk program motivasi di TV. Lokasi di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur.
Kali ini, production house yang terlibat adalah Wayang Tinggi Productions. Di set, apa yang menguja saya adalah saya dapat pelajari berbagai-bagai benda baru. Daripada kamera, bunyi, lampu, dan segalanya yang teknikal dalam production. Bukan itu sahaja, saya turut pelajari cara mengendali di depan kamera, timing untuk edit serta perkara-perkara yang berkaitan dengan industri production.
Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda dan memudahkan komunikasi.
Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.
Industri TV bukan bidang saya. Tetapi daripada banyak bertanya pada tidak kira siapa, berbagai-bagai dapat saya pelajari dalam waktu yang singkat untuk memperbaiki performance pada masa yang akan datang.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Have u ever thought that some day u will a celebrity apart from being a millionaire π
dr, tq for info.
peh, sekali tengok gambar di atas, nampak mcm pengarah filem/drama pula.
teringat saya pd seminggu pertama bekerja di tempat kerja saya sekarang, pelbagai pertanyaan/persoalan saya tujukan kpd mereka yg ada di depan saya, walaupun kadangkala jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya, namun saya seronok dan cepat belajar.
hinggakan pd suatu hari, seorang pengarah kanan di sini, memberitahu saya, walaupun anda baru 6 thn bekerja di sini, namun cara anda bekerja adalah amat baik dan matang dlm membuat sesuatu keputusan, terus saya jawab kpdnya yg saya seorang yg tak malu/jemu utk bertanya walaupun soalan/perkara tu dianggap remeh oleh sesetengah orang, yg pentingnya saya dpt memastikan segala persoalan dlm diri saya terjawab seterusnya melaksanakan tugas dgn cemerlang.
“Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda dan memudahkan komunikasi.”
saya sukakan qoute ini.. melihat kembali, saya banyak belajar dari pembacaan dan bertanya..
banyak kejayaan saya datang dari belajar daripada mereka yang pakar. π
saya kagum dengan peningkatan satu demi satu mengorak langkah yer.. π
Malu bertanya sesat jalan… π
‘Contoh mereka yang bertanya’
Γ’β¬ali Says:
cuma saya ada satu masalah. nak pergi ke web itu kite kene taip http://mudahnyabelajar.com/index.htm.
bagaimana nak buat supaya /index.htm di belakang tu tak payah ditaip lagi.Γ’β¬Β
Jawapan Untuk ali:
Saya rasa anda masukkan index file dalam folder yang salah ataupun termasuk ke subfolder. Cuba baca arahan Hosting anda di mana nak letak file2 anda. Biasanya hosting ada nyatakan dalam email Γ’β¬confirmationΓ’β¬Β untuk hosting anda bila dah buat bayaran. Kebiasaan di folder Γ’β¬wwwrootΓ’β¬Β.
Agaknya le! lain hosting mungkin lain caranya.
Hisham;
http://www.promoprosper.com
Cuba membantu!!!! mereka yang bertanya π
Assalamualaikum ..
Saya baru 3 minggu mengikuti tip 1 minit ni.web mmg mnarik prhatian sy krna penuh dgn tip yg hebat.Saya pun telah baca tentang program nizaltalk dan sdg kumpul wang utk ikuti program tu.sy rasa mmg berbaloi prgi ke program tu sbb sy ni pemalu dan sy ingin pandai berkomunikasi pada masa akan datang.Saya mmg kagum dgn org2 yg hebat seperti Nizal dan KRU.
Sy ingin bertnya bagaimana membahagi masa sedangkn sgt sibuk kerja.macam2 aktiviti buat.Mungkin dpt membantu sy.Trima kasih kpd krana mmberi motivasi dan inspirasi.
Salams.
Wah2. Lepas satu..satu lagi..dan lagi. Teruskanlah usaha murni ni
Sempena Tahun Baru Hijrah 1428 esok, saya nak ucapkan ‘Selamat Tahun Baru Hijrah’ kat semua bloggers.
And, I have something free at my blog for all of you:
http://mynexttrip.wordpress.com/
saya rasa masalah utama saya adalah malu untuk bertanya ?? camner??
“Malu bertanya sesat jalan…” So kalau taknak sesat, kenalah tebalkan muka bertanya π
Nak ambil kesempatan ini utk ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah… semoga azam tahun baru ni dapat dilaksanakan dan mencapai kejayaan….
mencuba sesuatu yang baru memang seronok tapi ada juga yang fear.takut gagal…tapi setiap aktiviti yang baru akan mendatangkan pengalaman baru dan interesting.
Saya merasakan salah satu sebab mengapa kebanyakan orang tidak mahu bertanya ialah MALU. mereka ini MALU untuk bertanya apabila mereka merasakan soalan mereka itu nanti merupakan satu soalan yang sudah diketahui umum jawapannya.
selain itu, mereka juga MALU untuk mendengar suara-suara orang berkata “soalan macam tu pun nak tanya…”
Ingatlah,MALU Bertanya Sesat Jalan…
P/S : Seseorang murid / pelajar itu akan lebih berjaya jika dia kerap bertanya soalan kepada gurunya.
Selamat Tahun Baru Hijrah.
setju dengan phrase tu. kadang-kadang apa yang kita dok fikir dan selidik berhari-hari akan dengan mudahnya dijawab dalam beberapa saat apabila kita BERTANYA kepada seseorang.
—
http://myprepaidsms.com
A true leader always keeps an element of surprise up his sleeve, which others cannot grasp but which keeps his public excited and breathless.
Congrats Doc!
Malu bertanya nnt sesat jalan..
kekadang tu kita mahukan sesuatu maklumat…kena gak bertanya nanti x de orang yang akan membantu…diri sendiri gak yang rugi..
syah
http://www.pil-fiber.com
X faham buat kita malu tapi kalau x tanya
pasti lebih memalukan. Spt saya bekerja
dikelilingi kaum lain buatkan saya lebih janggal………….
Tapi kini, saya sentiasa bertanya pd mrk
akan sesuatu & sekaligus sdg mengambil kelas bhs mandarin KINI.
Yep,Yep,HOORAY……………
“Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar!”
Memang betul tu π
Untuk mendapat kejayaan, kita harus pelajari dan ikut strategi, orang orang yang telah mengecapi impian yang kita kejarkan.
Kita mesti mempunyai role model.
Bagi saya, model saya, mentor saya adalah Irfanlah π
heheheh…. ingat saya lagi tak?
Saya peserta seminar 23 December lalu. Saya datang dari Spore, jauh jauh naik bas dari Larkin… π
Berkat idea2 dari seminar, alhamdullilah, saya kini hampir selesai menyiapkan web saya.
Boleh menganalisa dan beri pendapat mcm mana nak perbaiki lagi web saya nie? Saya cuma nak tambahkan autoresponder dan affiliate program sahaja π
Web yang saya sedang buat,
http://www.hakjualan.com
hmmm….Berbalik pada pepatah,”bertanya adalah shortcut”.
Saya nak bagi tips ajela…Kalau nak tanya, jangan lupa tanya pada bakal pembeli.
KERANA bakal pembeli mempunyai jawapan bagi segala galanya… π
Di sini, saya ingin menawarkan pembaca tips Irfan Khairi,peluang untuk menyarankan pendapat, bagaimana untuk membuat pakej HakJualan.com leboh baik lagi.
Saya akan memilih 3 pemenang dengan idea yang terbaik, dan hadiahnya?
Pakej HakJualan.com :p
Anda akan dapat updated pakej HakJualan.com sampai bila bila pun π
Email pendapat anda ke helmihakim@hotmail.com
Thanks π
Saya bersetuju…banyak bertanya..lebih banyak tahu…make the knowledge…live
sekali tengok gambar nie mcm pengarah filem pun ada gak ..hehehe..
saya setuju bebenar.. kita kene bertanya bila kita tak tahu atau kurang pasti.. tapi, kene ingat, bertanya biarlah pada tempatnya.. dan kalau terlalu banyak bertanya juga mungkin akan menyusahkan org lain..jadi fikirkan dulu pertanyaan kita.
Tak tahu kenalah bertanya.. Ngan malu dalam bertanya. Ingat bertanya bukan berhutang π
memang betul ..
bertanya adalah satu kaedah untuk cepat mengetahui…
selalu orang malu untuk bertanya kerana menganggap mereka akan kelihatan bodah apabila bertanya…
“biar bodoh sehari dari bodoh selamanya”
Tahniah . Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa dan menjadikan ia sebagai satu inspirasi yang tak berkesudahan untuk usaha saya dalam bidang perniagaan internet ini. π
Semoga terus maju jaya!
You already became famous and icon nowadays in this industry. Our society are exposed once your are in place.
Terima kasih atas sokongan semua. Saya di set mesti selalu excited sebab dari kecil dulu nak jadi filem star… tapi tak kesampian. jadi motivator/pakar perniagaan pun ok la π
Cuba-cuba la usha director filem..
Mana la tau ader rezeki, kita semua boleh tgk irfan khairi belakon cerita cinta/hantu/aksi ke.. π
Askum Irfan, Azran mana? Sori sbb sy bertanya & menganggu..