Nak mulakan perniagaan terus besar… jangan!

Teringat satu ketika dulu saya sedang berbual-bual dengan kenalan baik saya, Chef Ismail, mengenai perniagaan. Chef Ismail merupakan Chef selebriti yang tidak asing lagi dan pemilik restoran yang sangat berjaya, Rebung di Bangsar. Bila saya tanyapadanya tentang rahsia kejayaan restorannya, Rebung, jawabnya…

Untuk berjaya sebagai pemilik restoran hebat, perlu bermula dari bawah. Perlu tahu mencuci peti sejuk dahulu. Perlu tahu selok belok dapur terlebih dahulu. Perlu tahu semua kerja-kerja yang dikira leceh terlebih dahulu sebelum ingin memulakan perniagaan yang besar. Tak kira, bekerja dulu dengan orang untuk menimba pengalaman. Kemudian-kemudian, perlahan-lahan mulakan perniagaan dan perlahan-lahan besarkan perniagaan.

Sememangnya benar pesanan itu. Bagi saya juga, perniagaan saya kini hanya bermula sebagai one-man-show di Internet dari rumah bermula tahun 2000 dahulu.

Ramai yang inginkan perniagaan yang terus besar. Mungkin dapatkan pinjaman bank, gran kerajaan, minta ahli keluarga untuk bantu wang, ataupun bermodalkan sendiri berpuluh atau beratus ribu ringgit ingin memulakan perniagaan besar terus.

BAHAYA!

pilihan_terbaik

[PENGUMUMAN: Ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan? Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru bermula bulan hadapan. Daftar hari ini sebelum terlewat.]

Melainkan anda sedia mempunyai pelbagai pengalaman, pernah berjaya dalam perniagaan, tahu selok belok dan turun naiknya keusahawanan, mempunyai jaringan network perniagaan yang sedia besar dan hebat, mempunyai modal yang banyak sebagai kecemasan sekiranya perniagaan tidak berjaya, dan banyak lagi, maka tak salah nak terus mulakan perniagaan besar. Tetapi, itupun masih lagi perlu berhati-hati.

Sebaiknya timba pengalaman dulu dari bawah, dari zero, dari kosong. Memulakan perniagaan kecil-kecilan dulu dapat membantu anda:

1. Meminimakan risiko perniagaan

Sememang perniagaan memerlukan modal. Kalau perniagaan kecil, kecil lah modalnya. Kalau besar, maka besar modalnya dan risiko juga turut besar.

Sering saya dengar kisah seseorang itu mempunyai simpanan RM20,000 dan ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan keseluruhan RM20,000 tersebut. Bukan sahaja itu, berhutang pula lagi RM20,000 sebab tak cukup modal!

Mencari nahas namanya ini.

Mulakan kecil, rendahkan risiko pelaburan pada perniagaan. Kalau bisnes kecil pun tidak boleh berjaya, bagaimana nak berjaya bisnes besar kan?

2. Timba pengalaman dan ilmu

Apabila memulakan bisnes kecil dan kembangkan perniagaan kecil tersebut perlahan-lahan dengan keuntungannya, pelbagai pengalaman dan ilmu dapat dipelajari.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu dan pengalaman memainkan peranan penting. Jadikannya satu cabaran bagaimana perniagaan kecil yang kita mulakan tersebut boleh menjadi sederhana besar. Kemudian, daripada perniagaan sederhana besar tersebut boleh jadi besar dan hebat.

Ilmu yang dipelajari melalui pengalaman sendiri membina sebuah perniagaan dari kecil hingga besar akan menjadikan seseorang itu lebih hebat sebagai usahawan berjaya.

3. Menguji diri dan pasaran

Tidak semua perniagaan berjaya kali pertama. Malah, lebih banyak lagi kegagalan perniagaan pertama lagi daripada yang berjaya. Memulakan perniagaan besar terus mendedahkan diri kita kepada risiko perniagaan gagal yang lebih teruk.

Apabila bermula kecil, ia dapat menguji kebolehan diri kita sendiri mengendalikan perniagaan. Ia juga dapat menguji pasaran perniagaan tersebut. Mungkin selama ini kita “rasa” kita boleh mengendalikan perniagaan dan mungkin kita “rasa” perniagaan tersebut mempunyai permintaan di sesuatu tempat itu.

Tetapi adakah ia pasti? Tidak semuanya pasti dalam perniagaan. Mula kecil dan uji kebolehan diri sendiri dan pasaran terlebih dahulu. Mana tahu, selepas beberapa bulan anda mencuba, anda rasa perniagaan itu bukan untuk anda. Atau, selepas mencuba, baru anda tahu tiada pasaran yang bagus untuk perniagaan anda di situ. Maka, bermula kecil dapat membantu memperbaiki diri anda sendiri serta mengenalpasti pasaran dengan lebih tepat lagi tanpa risiko yang tinggi.

Memang saya tahu, bermula dengan premis perniagaan hebat, berkereta mewah, mempunyai ramai kakitangan bunyi glamour dan nampak pun seperti orang berjaya.

Cuma takut, nanti premis hebat, kereta mewah, kakitangan ramai tu la yang membuatkan kita tertekan bila hutang keliling pinggang. Pendapatan cukup-cukup makan. Dan hampir-hampir lemas perniagaan! Mudahan dapat dijauhkan dari kita.

*Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Nak mulakan perniagaan terus besar… jangan!

  1. bagi saya untuk biz zaman kini tak semestinya premis atau biz besar sahaja tapi skala promosi kena berterusan dan non stop juga jika ada biz yang hebat tak ada web juga masalah kerana zaman kini walaupun jual air tebu tepi jalan perlu ada web untuk meningkatkan jualan bukan hanya offline tapi online

Leave a Reply

Your email address will not be published.