“Motivasi” sahaja mesti tak cukup. Perlu juga ada…

Sejak sekolah rendah, sampai la sekolah menengah, ke kolej atau university, memang tak habis-habis kita lalui kursus atau kem motivasi. Tak lupa, bila kerja sekarang pun, ada juga seminar-seminar motivasi. Kalau nak diikutkan, kita di Malaysia ni memang penuh dengan motivasi dari dulu sampai sekarang!

Adakah penting motivasi? Jawapan pendeknya, memang penting.

Tanpa motivasi, tiada action. Bila tiada action, maka tiada hasil. Bila takde hasil, makin kurang pula motivasi dan semangatnya dan begitulah ceritanya…

Namun, tak semua motivasi memberi action. Pergi sahaja kursus atau seminar atau kelas atau, namun, keputusan untuk take action, tiada siapa yang boleh lakukan untuk anda.

Tiada siapa boleh mengubahkan diri kita, kecuali diri kita sendiri. Motivasi yang penting sekali bukan datangnya dari luaran. Tetapi, ianya datang dari dalaman sendiri. Iaitu kemahuan dan keputusan dalam diri sendiri untuk ambil tindakan.

motivasi

[PENGUMUMAN: Hanya beberapa hari sahaja lagi untuk intake terbaru Program Insentif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut]

Tindakan pula, ada seninya. Bukan sahaja tindakan melulu. Semangat dah ada, motivasi dah kuat, dan terus melakukan sesuatu tanpa teknik dan strategi yang betul. Maka, tak menjadi juga action atau tindakan yang kita lakukan itu.

Selepas motivasi, perlu ada tindakan yang teratur.

Sebab itu juga mereka yang bersemangat selepas menghadiri kursus motivasi, diberi sehari dua selepas itu, kurang semangatnya. Diberi seminggu dua, hilang pula semangat. Diberi sebulan dua, terasa di takuk lama kembali dan fikir untuk sekali lagi mencari motivasi.

Jadikan tindakan itu sebagai satu tabiat supaya momentum motivasi yang ada diteruskan. Bukan sahaja hangat-hangat tahi ayam. Pelajari teknik dan strategi untuk memberi tindakan yang terbaik. Salah satu caranya adalah dengan melihat mereka yang telah berjaya dalam industry anda. Apakah tindakan yang dilakukan? Apakah teknik dan strategi yang digunakan?

Tidak perlu mencipta teknik dan strategi kejayaan yang baru. Mat Salleh kata, you don’t need to reinvent the wheel. Lakukan apa yang orang lain lakukan, dan jadikan itu sebagai tindakan dan tabiat anda.

Motivasi tanpa tindakan dan strategi, tidak akan memberi anda apa-apa.

*Ada yang bertanya pada saya adalah saya menjalankan program motivasi? Jawapan saya tidak. Saya hanya menulis artikel motivasi melalui blog ini 😉 Kerana ada banyak seminar-seminar motivasi dikendalikan oleh pakar-pakar motivasi di serata Malaysia. Kesemuanya hebat-hebat belaka!

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial adalah program menunjukkan teknik dan strategi. Khas bagi mereka yang telah mempunyai motivasi dalaman untuk memulakan perniagaan Internet, program ini akan menunjukkan cara dan kaedah tindakan melalui teknik dan strategi secara konsisten selama 6 bulan untuk menjadikan perniagaan sebagai tabiat anda. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.OpenEdu.com.my

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on ““Motivasi” sahaja mesti tak cukup. Perlu juga ada…

  1. salam tuan mohon tanya mcm mana cara utk iklankan prodak takaful dalam internet..sbbnye ramai org buat iklan takaful tetapi tidak menarik, tidak dapat mencuri perhatian orang.. tuan mohon beri pandangan .

  2. Waaah bagus artikel ni..sy blambak buku2 motivasi tapi xdapat nak mbantunsy bmotivasi..mgkn sbb sy lemah dalam 2 perkara ni..ya Allah bantu saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.