Tak semua matlamat yang kita tetapkan akan tercapai. walaupun dah berusaha, dah belajar, dah berkorban… tapi tak kesampaian juga. Maksudnya, dah bermula, tetapi tak capai apa yang dihajati mengikut masa atau target yang ditetapkan.
Pertama sekali, ini bukanlah satu KEGAGALAN. Tidak mencapai matlamat bukanlah gagal sekiranya kita telah bermula, mencuba, dan berusaha.
Kalau kita tak mula, tak cuba dan tak usaha, maka itu boleh dikira sebagai KEGAGALAN. Tetapi, kalau dah berusaha sebaiknya, capai atau tidak matlamat, jangan dikira sebagai gagal.
Memang kita akan rasa sedih dan down bila tak capai matlamat. Kita sedih kerana kita melihat apa yang kita tidak capai.
Sebenarnya, perlu fikir dengan cara lain. Fikirkan apa yang anda telah lalui walaupun tak capai matlamat tersebut. Bila kita sering sedih kerana tak capai matlamat, kita akan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita sedia ada. Sedangkan bersyukur itu sendiri adalah kunci dalam menarik reseki yang diberkati.
Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat yang kita akan terima. Bersyukur dengan apa yang kita ada, walaupun sekiranya kita tidak capai sesuatu matlamat. Bila bersyukur, baru kita akan rasa nikmatnya usaha kita. Kalau tak bersyukur, nanti tertutup pula pintu rezeki akan datang.
Pastinya ada terasa sedih bila lepas berusaha dan tidak capai target yang ditetapkan. Hingga adakalanya rasa tidak puas hati dengan usaha yang dilakukan. Maka, dalam keadaan ini, kita tidak dapat merasa nikmat usaha kita selama ini.
Sememangya usaha itu penting. Sekiranya kita sudah ikhtiar untuk mencapai sesuatu itu, tetapi tidak kesampaian juga, fikirkan rezeki itu bukan milik kita di waktu itu.
Tambahkan usaha untuk mencari rezeki yang lain dengan sentiasa bersyukur atas usaha-usaha kita sebelum ini.
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini mendapat sambutan yang amat hebat dan hasilnya adalah ramai usahawan berjaya menjana pendapatan melalui perniagaan masing-masing dalam masa 6 bulan program ini dijalankan. Sekiranya anda berminat untuk memulakan dan menjalankan perniagaan Internet anda sendiri dari rumah, dapatkan maklumat lanjut program Intensif 6 bulan ini bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Lawati www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut.
Betul apa sifu cakap! Kita kena fikirkan hikmah di sebalik kegagalan. Bersedih boleh tapi jangan lupa bangkit semula
saya setuju…. terima kasih atas nasihat yang sangat berguna ini kepada usahawan seperti kami… semoga kita tidak lupa untuk bersyukur setiap masa… alhamdulillah… nice to know you… tqsm
Sangat setuju… Syukur apa yang kita ada dahulu adalah kunci untuk mendapat rezeki…
-Ezwan Sahwan-
http://www.RahsiaBajuKurung.com