Sememangnya ramai bercita-cita ingin memulakan perniagaan Internet sendiri untuk membantu ekonomi diri dan keluarga. 3 Sebab utama yang seringkali membuatkan seseorang tidak mampu memulakan perniagaan Internet adalah:
Tiada idea hendak memulakan perniagaan apa?
Dalam memulakan perniagaan, terbaiknya memulakan perniagaan yang mengikut minat anda. Seringkali kita seakan-akan ingin mengikut apa yang orang lain berniaga. Bila lihat ramai berniaga tudung, kita pun hendak berniaga tudung. Bila lihat ramai berniaga produk kesihatan, kita pun mahu berniaga produk kesihatan.
Pastinya ia tidak salah. Namun, terbaik adalah mengikut minat sendiri dan bukan minat orang lain. Masalahnya melakukan perniagaan mengikut trend apa yang ramai lakukan adalah, persaingan menjadi tinggi. Dan ini menyukarkan anda bersaing di medan perniagaan yang sedia kompetetif.
Terbaiknya adalah untuk mencari keunikan pada minat dan diri masing-masing di mana perniagaan tersebut menjadi kebanggaan diri anda sendiri untuk terus berusaha hingga berjaya.
Tiada bantuan, bimbingan dan sokongan yang betul
Pepatah Inggeris berbunyi “No man is an Island” bermaksud, kejayaan sukar dicapai sekiranya berseorangan. Pastinya perlukan bantuan, bimbingan dan sokongan orang sekeliling. Apa yang penting adalah, sokongan dan bantuan sekeliling akan memberi dorongan dan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Bayangkan seumpama melakukan senaman berseorangan diri. Sudah tentu kurang seronoknya berbanding dengan bersama-sama bersenam di gym. Bagaikan menarik ‘aura’ orang lain untuk sama-sama berusaha. Begitu juga dalam bidang perniagaan yang sememangnya ada jatuh bangun, susah dan senang silih berganti. Bantuan dan sokongan dari segi teknikal dan praktikal juga adalah amat penting untuk membantu diri sendiri.
Tidak tahu cara, teknik dan strategi yang tepat memulakan dan menjalankan perniagaan yang berjaya
Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, ilmu adalah amat penting. Tanpa ilmu, perniagaan tidak akan ke mana. Apa yang membezakan mereka yang berjaya dalam perniagaan dan mereka yang gagal? Bukan “nasib yang baik” tetapi “ilmu yang dipelajari”.
Bukan lagi rahsia ilmu adalah kunci kejayaan. Jangan pula kita sombing mencari ilmu, dan sekiranya gagal, salahkan keadaan, situasi, pesaing dan seribu satu lagi alasan. Dengan ilmu, strategi, teknik yang lengkap ianya umpama senjata dalam melengkapkan kita di arena perniagaan.
Oleh kerana 3 persoalan utama inilah, yang membuatkan program Intensif Perniagaan Internet dan strategi Media Sosial berjaya melahirkan amat ramai usahawan Internet baru sejak 3 tahun lalu. Untuk maklumat lanjut program 6 bulan ini besama saya, klik di sini.
Melalui program ini, peserta akan dibantu dari langkah awal memilih produk atau perkhidmatan yang terbaik untuk diniagakan di Internet, serta dibantu selama 6 bulan sekiranya menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan Internet. Sesi kuliah dan juga atas talian yang diberikan akan menguatkan lagi kefahaman usahawan dan bakal usahawan dalam menjayakan perniagaan masing-masing. Klik untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya setuju dengan “Terbaiknya adalah untuk mencari keunikan pada minat dan diri masing-masing di mana perniagaan tersebut menjadi kebanggaan diri anda sendiri untuk terus berusaha hingga berjaya.”