Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan ini, anda boleh melihat dari 3 aspek perniagaan yang berbeza dari kategori yang akan saya berikan dibawah.
#Perniagaan 1
- Modal perniagaan: Kecil
- Tempoh perniagaan: 4 jam Setiap Hari
- Waktu berniaga : 1 Ramadhan-30 Ramadhan
- Kawasan: Penempatan di setiap pekan
- Kuasa Membeli: Semua peringkat umur
Rasa-rasanya, apa perniagaan yang pertama ni ya? Perniagaan yang betul-betul mendapat sambutan di bulan Ramadhan. Modal perniagaan yang diperlukan agak kecil, waktu sesuai untuk menjalankan perniagaan agak singkat dalam lingkungan 4 jam setiap hari, dan majoriti pembeli terdiri dari semua peringkat umur dan golongan lelaki dan wanita.
Jika anda perasan kan? Perniagaan #1 adalah perniagaan yang dijalankan di bazar Ramadhan, pastinya bagi yang sibuk bekerja dan tidak sempat menyediakan juadah berbuka, bazar Ramadhan menjadi pilihan pertama bagi mendapatkan pilihan makanan dan minuman untuk waktu berbuka. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan, anda akan dapat lihat bukan sekadar pembeli yang beragama Islam sahaja yang datang ke bazar Ramadhan tetapi juga dari pelbagai kaum dan agama turut serta merebut peluang ini untuk mencuba juadah makanan dan minuman yang dijual sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi yang belum pernah ke bazar Ramadhan, jika ingin mencuba dan merasai juadah berbuka yang dijual di bazar ramadhan, anda digalakkan pergi lebih awal sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal dari waktu berbuka puasa untuk mengelakkan dari kesesakan orang ramai dan beratur untuk membeli dan juga untuk mengelakkan dari habisnya juadah pilihan dimana perniagaan bazar Ramadhan wujud di penempatan yang agak ramai penduduk dan juga kebiasaannya ada disetiap pekan-pekan kecil.
Jika anda ingin menjinakkan diri dalam perniagaan yang hanya memerlukan modal perniagaan kecil, perniagaan di bazar Ramadhan adalah pilihan yang agak tepat, anda boleh memulakan perniagaan seperti menjual air minuman dimana anda boleh menyediakan pelbagai pilihan air minuman untuk pengunjung yang datang ke bazar Ramadhan. Walaupun modalnya kecil, tetapi keuntungan perniagaan agak lumayan, dimana anda perlu rebut peluang ini dengan membina kelainan dari peniaga-peniaga lain.
[Bersambung di “3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya berminat nak jinakkan diri dalam perniagaan bermula bulan ramadhan nie, tapi tak tahu mcm mana nak tarik pelanggan untuk membeli air yang saya hendak jual. Apa pendapat tuan?