Malam tadi saya bertemu dengan Nizal Mohammad (TV3) untuk berbincang sedikit mengenai bakal seminar komunikasi efektif yang akan diadakan. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi efektif (amat penting dalam perniagaan).
Saya ada tanya satu soalan yang sering saya fikirkan!
Kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik!
Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut! malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?
Jawapan Nizal adalah!
Eh! sebelum dengar jawapan Nizal, apa pendapat anda? 🙂 Mengapa situasi di atas berlaku dimana budak mat Salleh yang di interview selalunya sporting dan budak Malaysia selalunya takut-takut? (walaupun keduanya tidak berpengalaman dalam interview)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pada pendapat saya ini adalah kerana sistem pendidikan kita. Kita, sejak di sekolah rendah lagi di didik untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tak kira apa terjadi, banjir ke, tanah runtuh ke, ribut ke, yang penting mesti dapat semua “A”. Itu memang bagus, sebab mengasah IQ kita, tetapi, ia perlu seiring dengan pembinaan EQ…
Mungkin kerana tabiat dan budaya…
mengapa ya?
pada pendapat saya, budak mat salleh terbiasa dengan environment komunikasi yang efektif di persekitaran mereka, mewujudkan rasa konfiden, tenang dan professional.
Sedangkan di Malaysia bebudak di sini tak berapa terdedah dengan persekitaran sedemikian masa di IPT, selalunya cuma dengan kawan-kawan yang ‘sewaktu dengannya’
Kat kolej pun, pelajar tak berapa didedahkan dengan skill komunikasi ‘pro’, kalau ada pun cuma yang join debat, syarahan dan yang mahu cemerlang. Ada juga yg petah bercakap tetapi, bila time diinterview, pucat abis..
Selain itu di barat sana, persaingan amat sengit dari segenap aspek kehidupan, omputeh kata ‘fierce competition’, so mereka kalau boleh nak be the best. Untuk ke arah itu, mereka jadiklan komunikasi sebagai ‘tiket’ untuk mencapai matlamat dalam apa jua keadaan, termasuk time diinterview bagi position yg mereka idamkan..
lihat saja dlm The Apprentice
Kemungkinan cara pendidikan di barat dan di Malaysia. Di sana sedari kecil mereka dididik untuk berhadapan dengan apajua situasi sekali pun. Tidak di Malaysia, kebanyakan kita diajar jangan buat itu dan jangan buat ini. Sedikit sebanyak ia ada pengaruh kepada perwatakan kita dan juga perangai kita.
Banyak faktor ni…
Tapi tak boleh laa persalahkan semuanya kepada faktor2 tersebut.
Tapi semuanya akan menjurus kepada diri sendiri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
“You are what you want” and if you dont get what you want, dont blame others. Look into yourself.
http://cjcm2u.com/2006/09/20/how-to-accept-mistakes-and-dont-blame-others/
As’kum dan selmt pagi…’Budak Mat Salleh vs Budak Malysia’…pendapat saya..1/ pendedahan awal ATTITUDE POSITIF (berkomunikasi/sistem pendidikan/pembacaan/kenyakinan/semangat nak berjaya/kepercayaan boleh berjaya/budaya/disiplin/banyak lagi) KURANG DI MALAYSIA…bermula suasana peringkat KELUARGA(ibu dan bapa/saudara mara) lagi..sebelum suasana SEKOLAH(guru2/rakan)…sebelum suasana KAMPUNG(orang2 kampung)…peringkat UNIVERSITI…sebelum suasana BANDAR(orang2 bandar)…sebelum suasana DALAM DAN LUAR NEGARA..sebab itu saya berpendapat orang2 luar negara terutama budak/orang Mat Salleh amat berkenyakinan bila BERKOMUNIKASI…2/ Budaya orang malaysia yg majoriti dlm keadaan’ ZON SELESA/budaya cukup lahhhh….’juga mempengaruhi cara kehidupan diMalysia 3/ Cara ‘ BERFIKIR’jugak yg majoriti tidak ‘POSITIVE’menghalang pembentukan ‘MINDA KELAS PERTAMA’..yg sepatutnya dipupuk sejak diperingkat keluarga lagi…betultak saudara IRFAN?…Zamri Azran Alam
Budak Melayu malu tak bertempat rasanya…
saya rasa ini kerana takut kena gelak dengan org lain..tak confident nak suarakan pendapat…saya sendiri pun byk kali mengalaminya…
Komunikasi budak mat salleh vs malaysian
Byk faktor..
– kurang/tiada pendedahan
– tidak/lambat bertindak bila dah tahu/sedar kekurangan/lemah dlm berkomunikasi
– kurang/tiada galakan daripada ibu bapa/guru
– malu menguasai diri
– tak/kurang yakin diri
– dari kecil fokus pada kecemerlangan atas kertas peperiksaan sahaja..mesti dpt ‘A’, atau mesti dpt no 1, pangkat 1….
– mungkin juga faktor kesihatan…tiada/kurang keseimbangan MEM (Medan Elektro Magnet) dlm tubuh dgn MEM alam………aura lemah
– dan lain-lain faktor terutamanya dlm diri budak-budak Malaysia sendiri..
#Jadi, bertindaklah utk mengatasi/memperbaiki kelemahan diri
Kita org Melayu ni bahasanya berlapik, penuh kiasan. Kita lemah-lembut, sopan santun. Secara tak langsung ini mempengaruhi bangsa kita di dalam menyuarakan pendapat. Nak cakap apa kena fikir dulu, takut ada yg tersinggung etc. hinggakan kadang2 mesej yg nak disampaikan samar2 dan tak kesampaian.
Macam mat saleh lak, mereka begitu terbuka dan straight fwd dlm menyuarakan pendapat. Takdenya nak berkias-kias. Klu pegi menziarah rumah org, ditanya nak minum apa? Diorg akan jawab, “coffee please..” tapi klu org melayu akan jawab, “tak kisah la apa-apa pun…” kadang2 ditambah lak.. “takyah la susah2” (padahal tgh haus gile!) hehehe… 😉
In short, persekitaran dan budaya sesuatu bangsa akan membentuk cara pemikiran dan bertutur/berkomunikasi.
mungkin krn budak2 mat salleh tu diajar supaya sentiasa berterus terang, kalau tak faham, tanya dsb, sbb itu budaya mereka. Mereka juga dididik utk berani menyuarakan pendapat. Ibu bapa mereka pun sentiasa memberi ruang kepada anak2 mereka untuk express themselves.
rasanya sebab sifat malu yang menebal dalam diri budak melayu termasuk diri saya sendiri. ataupun bleh dikatakan malu tak bertempat.
mungkin jugak disebabkan rasa takut salah dgn apa yg kita ckp. lack of confident n mcm2. camtulah rasanya kot berdasarkan pengalaman sendiri. alhamdulillah skang tak lagi lepas belajar sendiri cara peningkatan kendiri 😉
assalamualaikum..
dh lame tringin nk tulis komen..tp malu..
so lpas bace post kali ni..rs tcabar plak..
Irfan Khairi…nantikan Irfan yg ini pula!!
IRFAN JANI..i’m on my way..insyaAllah..
My opinion about the difference between 2 kinds of attitudes..
‘Mat Salleh’ usually always ‘open’, open minded and supporting, and sometimes ‘too open in everything..’ while..
Malaysian people masih banyak yang memegang salah satu prinsip rukun negara iaitu ‘kesopanan dan kesusilaan..’
As they are always try to close or hide something or anything even their self from public..
“Malu bertempat adalah sebahagian dari cabang iman”
saudara irfan,
secara amnya, ini semua atas keperibadian diri seseorang tu sendiri. inner-self la lebih kurang.
kalau sejak kecik2 lagi dah didedahkan konsep ” jgn segan bertanya”, lama2 secara automatis dia jadi berani (in confronting) so lama2 dia x kisah pasal penampilan dia utk apa2 pun asalkan dia dapat express itself.
mcm saudara jugak mungkin?
Budaya dan persekitaran yang berbeza…tambahan pula..skill komunikasi x diasah oleh ibu-bapa dari kecil…bile masuk universiti…kebanyakan remaja masih x dapat membentuk identiti…kite digalakkan untuk berjaya dari segi akademik…tapi masih banyak lagi skill yang perlu dipelajari dan diterokai…lagipun kebanyakan remaja tidak mendapat sokongan kawan-kawan bila ingin tingkatkan diri…so..kenali rakan bulatan..
entah la . biasa kalau saya tgk TV, kalau yang tak biasa dengan kamera mesti nampak kaku, keras, gugup tuh pasal kebanyakkan mereka nak masuk TV kena ujibakat dulu….
p.s: hanya pendapat
Gugup, kaku, gelabah, cemas, gementar adalah satu perkara yang selalu terjadi apabila berada dihadapan audian.. tetapi tak ada audian, depan kamera pun kita jadi macam tu.. itulah yang saya dok fikirkan…
kena belajar macamana nak berhadapan dengan kamera kot?
p.s: tak leh dengar take action!
Sistem pendidikan di sini tidak menekankan public speaking atau pengucapan awam kepada anak-anak kita sejak dari awal persekolahan lagi. Berbeza dengan pendidikan di barat mereka melatih anak-anak muda mereka membiasakan diri untuk berucap di khalayak ramai. Itulah yang membezakannya…betul tak tuan ????
Sistem pendidikan Malaysia yang terlalu ‘suap’kan student especially di IPTA make them feel comfortable and everthing is ready for them….environment and culture di IPT yang tak provide good preparation in public speaking and discussion make us feel ‘malu-malu’…back in Australia, everything kena cari sendiri..lecture rasa cam tak penting langsung..just point out important points..not much explanation and examples..communication during tutorial is vital..everybody is given the chance to change ideas and opinions..can learn effective communication as well…
Institusi pendidikan juga yang salah…. hehehe… tanya Hishamuddin cepat…
tapi bukan anak2 mat salleh je yang byk cakap n sporting, tapi anak2 org arab pun kalo di interview sporting habis bercakap..cakap macam org dewasa..mungkin satu nya..sebab bahasa :
1.kita sbg org melayu,memang paham bahasa melayu..so bile tgk anak2 yg di interview tu berbahasa melayu..kita taula la apa yg diaorg cakapkan…n kita pun rase entah ape2 tah..sebab kita phm bahasa melayu
2.pastu kita tgk anak2 org putih n org arab tu bercakap di tv ok jer kan..sebabnya kita yg rase mereka hebat la..sebenarnya entah ape2 la yg mereka cakap , tapi disebabkan bahasa yang digunakan adalah bahasa inggeris n arab yg kita pun x paham(bukan bahasa melayu) maka kita rasa mereka hebat sgt la..
Kita tengok kebanyakan rumah org Melayu, ruang tamu penuh ngan hifi, dvd, cd citer melayu yg menyempitkan minda, majalah hiburan yg terpesong dgn budaya dll.. Kemudian hifi, tv dll dibeli hutang lak tu kat kot memot !!. Kalau nak beli buku ilmu cukup berkira. Mahal lah dll.Langsung takde perancangan nak adakan library ke apa ke yg boleh mengembangkan pendidikan anak-anak.Itu sbb anak-anak mereka IQ lemah dan x tahu berkomunikasi dan memberi pendapat yg pintar.
knp kita takut dan knp mat salleh tak takut. itu semua sb mat salleh telah dilatih kecil lg.
Setuju! mungkin tidak biasa berhadapan dengan kamera kalau hendak dibandingkan dengan orang2 barat yang dah biasa dengan kamera sebab mereka merakam kehidupan mereka.
Kadang kala sebilangan orang yang melihat tidak hirau apa yang hendak disampaikan pun boleh jadi isu, sebab mereka dok sibuk perhati siapa yang bercakap bukan nak focus apa yang ingin disampaikan. Apa pun semua perkara melibatkan sifat kena latih didik dari kecil sebaik-baiknya. Selagi hidup masih ada ruang waktu untuk melatih diri. 🙂
sebab org melayu ni dah pernah terjajah selama beratus tahun sebelum menikmati nikmat kemerdekaan ( 49 tahun ). Selama masa terjajah oleh pelbagai jenis penjajah ( portugis, belanda, inggeris, jepun, siam ) telah menjadikan Melayu terasuh dgn budaya ‘takut-takut’, or ‘unopen’ terhadap sesuatu isu daripada yang besar sehinggalah yang kecil. Justeru, budaya tersebut telah terbawa-bawa ke seluruh generasi melayu dan akhirnya melahirkan generasi melayu yang takut melemparkan idea, pandangan dan seterusnya menyempitkan lagi ruang pemikiran mereka. Pemikiran yang sempit akibat kurang berkongsi idea dan maklumat ( lokek ilmu )ini menyebabkan perkembangan tidak seimbang sesama bangsa melayu. Yang pandai semakin pandai, yang lemah semakin lemah… Akhirnya timbul hasad dengki terhadap kesenangan org lain tanpa membandingkan pencapaian dan prestasi diri yang rendah, kurang bersaing, dan kurang berkualiti. Bagi mereka yang pasif, sikap ini ditafsirkan menjadi suatu sifat pemalu yang extreme dan tidak kena pada tempat dan terus menjerumuskan diri kearah sesuatu yang tidak berkembang, malah merosot.
it’s very simple words and what can i say is ….”sopan”….”pemalu”…..melayu penuh dengan adab kesopanan and pemalu orangnye kalo nak dibandingkan dengan orang sane memang jauh bezanye…..but malu biar bertempat….jangan sampai confident dlm hidup kite hilang terus….dats y le
sebab budaya orang melayu sebelum berbuat sesuatu atau bercakap sesuatu, automatik minda mereka seraya berkata “apa orang lain akan kata nanti?”
kebanyakan anak-anak melayu waktu kecik-kecik tak di benarkan menjawab pun bila their parents marah. dikatakan kurang ajar. jadi bila-bila dah besar semuanya terbiasa dengan budaya sopan santun dan takut-takut nak bercakap sebab takut kena marah
Pada pendapat saya pula,adat sopan budaya melayu mengikat anak2 untuk takut atau malu untuk bersuara meluahkan perasaan.Mereka telah dilatih berhati hati kalau untuk berkata kata.Kalau tidak,jaga!mulut tu!jng nk tunjuk pandai….biasa…dia!hahaha camtu biasanya….
Bukan anak mat saleh aje yang ada keyakinan,anak orang arab pun ramai yang berani bercakap depan camera dan kelihatan natural.Saya ketahui melalui pengalaman menetap di timur tengah ini hampir tiga tahun dan sedikit kepandaian berbahasa Arab lah…
Dan kadang2 anak2 Arab ini menegur saya seperti kawan2 sebaya mereka.Setelah mereka ketahi nama saya mereka memanggil dgn nama dan bukan bermula kak atau sebagainya.Itu lah mereka tiada adat sopan,namun tidak pula biadap dalam teguran atau perbualan mereka.
Assalamualaikum
BERANI… bagi saya berani itu adalah peranan segala-galanya..
But, berani pada tempatnya. Orang Mat saleh vs Orang Melayu…semuanya berani. Cuma orang melayu beraninya berbeza dengan orang mat saleh.
Mungkin saya boleh katakan…
Berani yang bersandarkan PEMIKIRAN YANG POSITIF BERSERTA TINDAKAN YANG BIJAK menjadikan seseorang itu perfect.. even manusia pasti ada kelemahan…YA!!! Tapi ingat…. dengan kelemahanlah kita belajar menjadi berani.
Tindak tanduk mat saleh compare dgn tindak tanduk orang melayu amat berbeza… kelebihan mereka adalah kelemahan kita… dan …. kelebihan kita adalah kelemahan mereka.
Ramai yang memberi komen….tentang budaya…sopan santun… pemalu… etc.. Pernahkah kita dengar, orang mat saleh memuji budaya kita… sifat sopan santu kita….
HAAAA!!!!!! Disinilah jawapannya…. orang melayu perlu kekalkan budaya tetapi sikap Berani yang menjadi kelebihan orang mat saleh perlu ada juga pada diri orang melayu kerana…
Jika kita dapat menandingan kelebihan orang mat saleh maka kita akan lebih perform dari mereka.. Sebabnya…. kelemahan kita telapun diatasi….
To all of us… think like our friends say above.. don’t blame others but think ourselves first.
nilai dan budaya tempat masing-masing
Bagi saya ada beberapa sebab..mungkin cara pendidikan di rumah..orang kita terlalu berhati-hati bila bercakap..mungkin sebab ketimuran kita..bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa”..so bila ajaran dari rumah dah macam tu,budak-budak kita tidak terdidik dengan “speak our own mind” tapi “speak our culture”..jadi budak-budak kita lebih senang bertutur atau berbincang dengan kelompok rakan sahaja.. berbeza dengan remaja luar negara bak kata ‘budak-budak mat salleh’, mereka telah dididik “to speak own mind”..kalau tengok cerita orang putih selalunya budak- budak kecil pun boleh ‘argue’ dengan ibubapa, bukan nak tunjuk diorang pandai, tapi cara didikan untuk meluahkan apa yang mereka rasa..dan ibubapa mereka jarang untuk marah apatah lagi memukul..paling koman pun kena denda x boleh keluar bilik..but at least remaja mereka dah luahkan apa yang diorang rasa…tul x?hmm..
bila menyentuh mengenai isu mat saleh vs budak malaysia.. bagi saya budaya antara salah satu faktornya… di malaysia kita diajar sentiasa bersopan santun dalam berbicara lebih2 lagi bila nak interframe kat tv maka menjadi-jadilah sifat sopan santunnya… di barat, mereka tidak menitikberatkan hal ini.. soal pendidikan moral pun kurandi beri.. maybe pasal tu kot diorang selamba menjawab ketika interview.. tp ada sebab lain lagi yg menyebabkan berlakunya perkara ini antaranya sistem pendidikan yang ada.. kita sentiasa menitikberatkan soal kecemerlangan tapi bukan kepada skill komunikasi… kalau tak percaya… cuba interview mereka yang sedang berada di menara gading… kita lihat skill communication diorang… macam budak sekolah rendah sahaja…
Pendapat saya :
Kenapa budak melayu kaku.Budak Melayu zaman sekarang aja.
Budak Melayu zaman saya dulu, tak.
Apasal ya?
Sebab budak zaman saya , zaman colonial patutnya lebih penakut dan tak jadi orang .kami dijajah.kena cakap omputih.Sekolah kena campor semua bangsa.Cikgu main lempang dan sebat.mana ada communication skills ni semua.main belasah aja sapa yang lembab.
Ibubapa tak sekolah dan semua orang hormat kat Cikgu.
Tapi zaman sekaran serba serbi modern,belajar pakai bahasa ibunda, patut lebih faham dan lebih pandai.Tak payah terkial kial macam saya dulu.Cikgu graduate belaka.Equipment sekolah canggih.Cikgu takut kat Ibubapa & murid.
Apasal graduate hampeh?
Saya seorang majikan, nak employ budak Melayu? …buat rugi aku aja.Tu pun atas dasar corporate resposibility, paksa diri..train juga.
Pemalas,Bengap, Tak ada personal vision,tak sanggup nak bersusah payah demi mencari ilmu.
Kerja asyik nak deligate aja, terover deligate sampai dia tak tau apa dan tak mau tanggung jawab.Cuma nak gaji besar aja yang dia tau.24 jam nak tuntut hak hak hak.Bangang dia tak nak di kaji.
Communication skills?mengiggil nak cakap dengan bangsa asing.Padahal Jepun tu pun lintang pukang aja English dia.Awak yang sendiri terketar ketar tak tentu pasal….aduh…letih.
Saya dah sack 7 orang dalam 2 tahun ni saja.
Tapi saya masih menaruh harapan.Adalah hendaknya Melayu yang nak betul betul kerja keras dan berbaloi dengan gaji yang saya bayar.
Saya tak berapa setuju dengan pendapat masuri. I’m working in a quite big corporate company and I have to handle a few bosses (multiple races) with a few BIG clients. From my reservations, ramai orang MELAYU yang berkerja cukup keras dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri tapi tidak diberi pengiktirafan. KENAPA ? Senario yang perhatikan adalah ORANG MELAYU yang selalu memandang rendah kepada ORANG MELAYU SENDIRI. Tidak seperti bangsa lain, especillay CHINESES, they really help their kaum. Saya berani bertaruh. Warung Kopi China atau KUEH PAU China akan lebih maju berbanding dengan NASI LEMAK KAK LIMAH… Kenapa.. Sebabnya ORANG MELAYU yang merasa diri mereka dah BERJAYA merasa segan untuk makan di warung. ORANG MELAYU bila berurusan akan berurusan dengan ORANG MELAYU yang pandai “SPEAKING” dan selalunya ORANG MELAYU yang tidak pandai SPEAKING ni memang ramai yang tidak berjaya kecuali kalau kerja dengan government sector. KENAPA ? Orang cina yang tak pandai cakap melayu dan speaking pun boleh berjaya dalam kehidupan mereka. Padahal cakap pun “cong cang cong cang”. KENAPA ? carilah jawapannya sendiri. (INI BUKAN ISSUE PERKAUMAN TAPI HANYA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN).
Pandangan saya munkin tidak relevan tapi hati saya sentiasa tersentuh bila MELAYU diperkecilkan….dan jangan terperanjat bila saya katakan ada anak MELAYU yang hidup di bandar besar ini tidak kenal INTERNET dan tak tahu chatting .. SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN????
Saya bersetuju dengan Rinn. Awk sepatutnya sedor dulu diri tu pun anak melayu juga.
bess lah dengar cerita ni lwk sangat.
to Masuri,
awak gagal train budak-budak Melayu tu sebab awak tak ikhlas nak train derang. I was one of them yang KAKU nak bercakap dengan orang. In my previous working company, my immediate superior and my big boss adalah insan yang tak pernah putus asa dengan bangsa Melayu. Ta[i selalu bebudak yang derang train yang tak nampak apa yang cuba disampaikan. In the end, saya rasa usaha mereka berbaloi, saya rasa lebih yakin dengan diri saya. Kenapa? Mereka ikhlas dan yakin yang insan-insan yang derang train bukan semata-mata untuk kepentingan syarikat, tapi untuk kepentingan bangsa.
FYI it was a 100% malay company dan hampir 100% pekerjanya adalah Melayu. Kebanyakan sub-contractor dan supplier yang diambil juga adalah MELAYU. Walaupun ramai supplier **** tapi kalau kita menyokong dan membantu mereka, ada ruang untuk mereka cari makan.
Yang saya kesalkan, saya terpaksa tinggalkan jugak company.
Saya sungguh marah dan kesal sekiranya orang melayu mengutuk bangsanya sendiri. Sepatutnya kita perlu tutp kelemahan bangsa kita dan cuba bangunkan semula bangsa kita..
Pada pendapat saya orang melayu takut dan malu untuk bersuara kerana kurang pendedahan dan keyakinan diri serta takut dipersendakan sekiranya mereka memberi sebarang pendapat..kalau bangsa asing mereka sentiasa confident walaupun pada dasarnya pendapatnya tak logik pun asalkan mereka berani bersuara..tengok bangsa cina..walau secorok negara dan daerah mana pun pasti ada bangsa nya walaupun mereka tak tahu berbahasa english tapi apa jua perniagaan yang di bangunkan akan maju..ini kerana mereka tak malu dan takut…
Saya berharap bangsa dan anak melayu sepatutnya menjadi lebih berani dalam memberi pendapat yang bernas tanpa rasa rendah diri dan malu diketawa @ pun dikritik.
Budaya Mat Salleh diajar supaya tidak malu membuat kesilapan ,malah di galakkan belajar dari kesilapan dengan itu belia-belia ini berlapang dada untuk menerima pebdapat dan kritikan org lain. Budaya masyarakat kita yang suka membuat komen negatif, tidak bijak membuat refleksi yang membina akhirnya menyebabkan belia kita sentiasa takut untuk membuat silap apa lagi dikhalayak ramai. Sesiapapun akan jadi sedemikian apabila berdepan dengan situasi begitu
pendapat saya didikan ibubapa dan didikan disekolah. Kita tengok negara luar kanak2 taska sering ditanya oleh guru2, diminta berdiri dan memberi pendapat tentang isu2 atau topik yang dibualkan. Anak2 kita seusia mereka jika ditaska hanya mendengar. Nak bertanya soalan pun takut. Jika dirumah, kalau anak kita menjawab, kita marah. Tp kalau mak ayah mat salleh anak2 menjawab dioerang akan dengar dan akan betulkan jika ada yg salah. Mereka tak akan potong ayat bila anak mereka tgh bercakap.