Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.
3 tip blog…
- Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
- Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini 🙂
- Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.
*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam, saya masih baru dalam menggunakan weblog tuk sampaikan “good infos” bagi pelangan2 saya. Selama ini saya hanya pembaca setia weblog orang lain. Pelanggan saya sendiri introduce weblog ! Atas permintaan pelanggan, saya usahakan weblog sendiri. Sy suka menela’ah blog rakan2 yang memberi komen disini.Sy juga ada iklankan weblog rakan2 disini (yg berkaitan dengan perancangan kewangan. Semakin hari saya semkin berminat dengan perniagaan internet walau apa asalnya niat sy hanya untuk menyampaikan infos. Caranya sy masih tercari2. 🙂 Semoga kita semua disini boleh menjadi rakan online untuk bertukar2 pendapat dan networking yang baik. (harap one day leh join nya seminar..)inysa Allah
Panduan berguna menulis blog ni.
Assalamualaikum Irfan
Saya ada blog wordpress tapi default theme. saya nak tukar designnya.macamana saya nak lakukan? Ada panduan, sumber atau langkah-langkah yang boleh saya jadikan rujukan.
P/S : Saya budak baru belajar. Saya dah beli C om Langkah 1-2-3 Bina Laman Web Perniagaan Internet dari Irfan.
.TQ fir the tips.
@Nayan: Nak tukar default theme senang jer…
1. pilih theme baru yg diminati (banyak yg free, search it at google)
2. download new theme ke PC u dan unzip
3. Kemudian gunakan ftp untuk upload keseluruhan folder theme tersebut ke folder
http://www.yourdomain.com\wp-content\themes
4. Login ke WordPress
5. Klik Presentation. Theme yg baru di upload sepatutnye tersenarai di situ.
6 Double-klick pada theme baru untuk mengaktifkan nya
7. Done
Good luck
mmg berguna tips ni. thanks 4 ts tips.
Memang tidak dinafikan blog menerima lebih banyak pelawat dari web produk. Contohnya web politik ‘generasi 2020’ menerima 6,000 pelawat setiap hari.
salam..
memang benar blog mempunyai pengaruh dan kuasa serta daya tarikan yg tersendiri terhadap pembaca
pembaca skrg lebih terbuka pemikirannya
dgn adanya blog dlm perniagaan, terbukti meningkat kan sales terhadap produk @ bisnes kita
blog juga mampu memberi impak postif terhadap sales kita..
sebagai contoh, ramai pelanggan saya membaca blog kami di http://www.dvlteam.com/?id=noramin
secara tak langsung meningkat kan jualan
apa khabar? moga sehat dan ceria selalu hendaknya. selamat maju jaya dari saya abdfatah. salam ceria dan salam luarbiasa baguzzzzzzzzzz…
tips yang cukup berguna untuk mereka memulakan tarikan trafik ke blog masing2.
yang abru bermula jangan mudah putus asa. masih ada peluang untuk anda merebut peluang yang luas dalam dunia perniagaan intenet
always nice tips from nice person
TQ cjcm…di atas tip nak tukar default theme yang diberikan.
Nanti bila dah dapat tukar theme tu saya akan bagitau pada cjcm..
Blog satu industri baru..masih banyak saya perlu belajar…yang penting buat promosi secara berterusan seperti kata .THakns
Sebenarnya kat mana yang paling sesuai nak hosting blog, sy perasan server tempat hosting pun ada provide software untuk blogging, tapi nanti susah pulak search engine nak sampai, thanks again yr nice tips.
saya memang seronok membaca blog sifu ni :0
nur setuju…pembeli/pemborong jrg tinggalkan pesanan dlm blog nur…bila mereka berminat,terus call/msg nur tanya harga produk nur jual(walaupun nur dah sediakan borang pesanan)…nur xkisah…yg penting dua2 selesa…http://batiksutera-nurul.blogspot.com
agaknye blog saye tue tak unik kot.. pasal tue takde pelawat… sabar jela..
hmmm…info yang menarik dari saudara irfan,
membuatkan hati saya membuak2 untuk memulakan pembinaan laman web informasi saya sendiri…tq
thanks IK..saya dah melalui hal tu, tak ada komen during 6 initial months. Sekarang, walaupun blog motivasi kendalian saya dan seorang kawan langsung tak ada iklan dan non-profit, ia tetap menerima kunjungan ramai serta menduduki carta tinggi dalam Google Malaysia. Its truly a miracle..
Saya dah ada blog tp tak ramai yang lihat dan komen mcm mana caranya nak bagi ramai tertarik dan menjadi pelawat setia.
tahnks,for the tips..
tip-tip ni sgt berguna kpd saya..
i will use it!! =)
Mohon kebenaran utk share tips2 ni di blog saya
salah satu info yang menarik dapat dikongsi bersama ..saya pun masih baru dalam perniagaan internet @online harap dengan adanyaa maklumat sebegini dapat memperbaiki jualan produk saya ‘terima kasih IK
Setuju dengan pendapat tuan, memang kebanyakkan trafik/ rakyat Malaysia lebih gemarkan blog berbentuk hiburan,gosip,politik dan sebagainya, kurang pula yang minat dengan blog perniagaan internet.
tips yg berguna walaupun ringkas…thanks Tuan Irfan
maklumat yg sgt berguna utk new blogger seperti saya
Tips ini sangat berguna kepada mereka yang baru untuk memulakan blog. Jadi, apa yang penting adalah fokus setelah mencipta blog. Terima kasih atas tips yang berguna ni Tuan Irfan
TQ. Tips yang ringkas tetapi sangat berguna
terima kasih irfan…info yang sgt2 membantu
Info yang ringkas tetapi padat dari Tn. Irfan.
Teringan dulu beli buku Rahsia Jutawan Internet dari Tn. Irfan.
Terima kasih…
Tip yg baik telah dikongsikan oleh Ik.
Saya baru bermula, Harap boleh dapat banyak belajar di sini 😉
Satu saja sedang saya fikirkan sekarang..bagaimana menjadikan weblog saya unik? hurmmm…