Perniagaan dan komunikasi

Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita atau teman sekerja yang lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Jawapannya adalah, ianya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan.

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Tip hari ini adalah untuk anda fikir sejenak, adakah kelemahan dalam bidang komunikasi yang menghalang kejayaan anda? Sekiranya ya, maka, ingat kembali tentang prinsip jungle tracking yang kita pernah bincangkan *klik di sini. 😉 (bagi saya suatu ketika dahulu, komunikasi adalah kelemahan utama saya)

ps: beberapa hari lagi, laman web Saudara Nizal Mohammad (TV3) akan dilancarkan berkaitandengan cara anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi. Sila rujuk posting semalam 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Perniagaan dan komunikasi

  1. Komunikasi memang amat penting.Kebanyakan pekerja yang diambil masa interview adalah orang yang pandai bercakap(pada pendapat sayalah).Masa interview kalau dia tanya kita tak jawab ataupun tak pandai “pusing” jawapan alamat kita tak dapat la keje tu..

  2. “adakah kelemahan dalam bidang komunikasi yang menghalang kejayaan anda? ”

    ya, semasa saya di bangku sek dahulu.

    tapi, selepas belajar pd seorang profesor semasa belajar kat universiti dahulu, “public speaking” semakin baik.

    teringin juga nak pi bengkel nizal mohamad, tapi utk sementara waktu ni, saya letakkan keutamaan mengenalpasti produk yg sesuai utk saya jual, then membuat laman web, dan mempromosikannya.

    lepas tu, jika sudah cukup “modal”, barulah saya hadir bengkel nizal tu.
    ok ka ?

  3. Kalau nak tengok cara orang berkomunikasi bole buka tv sekarang & tengok perwakilan memberi public speaking dalam perhimpunan agong UMNO.Mungkin ada yang boleh kita belajar dari situ tentang komunikasi.

  4. Saya rasalah, rata -rata semuanya boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa melayu. Asalkan kita tau apa yang kita buat.
    Masalahnya nak ‘speaking’ (in English) yang jadi hal. Grammar silap, standard pun jatuh!
    Ni disebabkan background kita disekolah.
    Betul tak?

  5. As’kum dan selamat pagi…t/kasih info hari ni..’Perniagaan dan Komunikasi ‘..saya yakin komunikasi memainkan SALAH SATU kejayaan seseorang dlm hidup disamping perkara2 yg lain..komunikasi yg betul membawa kepada keputusan yg betul dan sebaliknya..oleh itu saya sarankan kepada diri saya sendiri agar mempertambahkan ilmu komunikasi spt menghadiri bengkel ‘saudara nizal tv3’..spt yg disarankan oleh saudara irfan..insyaAllah.. Zamri Azran Alam

  6. Mungkin ada benarnya keupayaan berkomunikasi berupaya menaikkan status seseorang.. tak kurang juga ada yang berpangkat tinggi tapi tak pandai berkomunikasi dengan orang bawahan akhirnya dipandang rendah nilai peribadinya..
    Response terhadap pelanggan seperti pertanyaan mengenai servis, sebutharga dsbnya.. juga adalah bentuk komunikasi yang berkesan..
    Sebagai iktibar, saya ada membeli barangan dari luar negara melalui itnet, memang saya berpuashati dengan servisnya, dan saya terus berlanggan dengannya.
    Tetapi ada 1 perkara lagi, saya ada bertanya mengenai sebutharga 1 produk/servis Melayu/Malaysia, tunggu hampir 1minggu dah 3 kali e-mel saya hantar, langsung tak dibalas.
    Sekarang hati saya dah tawar walau di’gah’kan dgn promosi, banyak lagi tempat lain yang ada menawarkan produk/servis yang sama.. Tak perlu buang masa.. Kadang2 saya terfikir.. ‘Inilah bisnes orang Melayu..’.. Macam IRFAN ok, pantas dan responsive, tabik!

  7. Komunikasi secara efektif adalah satu cabang ilmu kemahiran yang boleh dipelajari.Walaupun diketahui banyak manfaatnya tetapi halangan terbesar untuk mencapainya itu adalah datangnya dari minda kita sendiri.Saya masih ingat lagi seni kata lagu,..’jika fikirkan boleh,kita boleh lakukan..’ianya satu perangsang bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada saya.

  8. Bagi aku,mmg benar yang komunikasi amat penting untuk kita menhadapi dunia sekarang yang mmg mencabar. tapi terlalu ramai ‘orang kita’ tak berapa pandai cakap English. betul tak yang aku cakap? yang penting jgn malu….cuba petua yang aku slalu buat ni.bila kita nak berkata2 dgn orang yang bukan ‘orang kita’, blasah je english language..aku suka dgn bukan ‘orang kita’ ni,tak pernah langsung gelak apa yang kita cakap wlaupun brapa teruk kita ckp english ni.percayalah.jgn malu..

    selamat mencuba…

  9. Memang kuasa KOMUNIKASI dapat menarik perhatian atau tumpuan orang terhadap kita,Bijak berkata-kata.. tapi harus diingat berkomunikasi bukan hanya cakap-cakap kosong yang tidak ada ilmu,kalau petah berkomunikasi pun tapi tidak mendatangkan sesuatu penarikan atau tidak ada isi langsung tak guna juga kan.Kebiasaanya orang akan memandang hormat,terpegun,tertarik pada orang yang bijak berkomunikasi.Kerana hal itu,untuk punyai komunikasi yang baik kita seharusnya bisa menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.Bukanya berkomunikasi pada orang yang tertentu sahaja.Satu masalah juga bila kita kurang memahami dan bertutur dalam bahasa English,Memang baik jika kita tidak perlu rasa malu untuk cuba bertutur dalam bahasa tersebut walaupun ada kesilapan tatabahasa.Kerana dengan cara itu juga dapat mendidik kita lebih yakin untuk terus belajar memahami sekaligus menguasai bahasa English.Masalahnya apabila kita bertutur bahasa Englis dengan bangsa kita sendiri dan berlaku kesilapan adakalanya dipandang semacam je,padahal kalau orang Asing dengar kita berkomunikasi dengan mereka walaupun salah mereka tetap menghormati.Tapi semuanya terletak pada kekuatan dan sikap kita sendiri.

  10. komunikasi amat penting pada dunia sekarang. Sesetangah graduate tidak dapat komunikasi dengan baik. Apa yang alami semasa belajar kebanyakan pelajar tidak mahu bila pensyarah meminta untuk buat presenstation. Ini kerana sifat malu untuk memcuba. Apabila masuk alam pekerjaan banyak berlaku tidak komunikasi dengan baik. Ada satu kes dipejabat dimana seorang staf yang ada ijazah tetapi di tempat kerja tidak

  11. IK..saya nak dapatkan contact number nizal mohamad untuk tujuan pembelajaran. kami bercadang untuk menjemput beliau ke program kami. email saya asap.

  12. saya berminat dgn perniagaan tapi spt org lain saya selalu merasakan bahwa saya tak mampu dan tak akan berjaya.tak tahu nak mulakan mcm mana rasa tak yakin sgt wpun allah dah berfirman 9 rezeki adalah dlm berniaga.selalu merasakan diri tak punya apa-apa malu nak ckp.mudah kesian pada orang jika org mintak harga ahli ( berniaga CNI/zhullian/nutrimectic)secara kecilan terus nak bagi terutama kwn2….kdg2 tak ada support dari kel @ kwn2………
    saya nak ubah nasib diri tolonglah bantu….cara terbaik..saya tak ada komputer….kalau modal besar2 pun tak ada……pergaulan kurang…….bantulah saya…

  13. satu nasihat saya.. Komunikasi adalah penentu segala.. TAK CAYA?? tgk lah lepasan universiti, nak temuduga, gagal.. kenapa?? sebab komunikasi gagal.. sama juga dalam biz, bila nak tawan hati pelanggan, komunikasi kena betul.. jaga hati pelanggan. 🙂

  14. komunikasi adalah anugerah illahi yang tidak tidak nilai,dengan alat ini kita dapat berhubung antara satu dengan lain,komunikasi terbahagi banyak cabang contohnya lisan,.pena,mata,isyarat tangan,mimik muka dan banyak lagi.jadi tidak hairanlan komunikasi terdapat satu fakulti menwar-warkan pendidikan berkomunikasi yang berkesan dan efektif untuk kepentingan pelbagai termasuklah mencapai keuntungan perniagaan…

  15. Kebolehan komunikasi @ Public Speaking sangat penting dalam bidang bisnes…Kebanyakkan org yg boleh menguasai kebolehan ini mempunyai peluang cerah untuk membuat satu phenomenon terhadap dirinya…

  16. saya memang tak pandai bercakap,tapi saya cuba kaji dan berfikir dahulu apa yang saya nak cakap samaada betul atau tidak,dan membawa keuntungan tak..
    kira saya belajar dari pengalaman dan persekitaran,
    saya nak cuba tukar cara percakapan biar orang tak memandang rendah dengan saya sebab kebanyakan saya banyak bertemu dengan orang yang lebih tua dari saya(macam dia orang fikir saya nie masih budak) jika nak dilihat sebab saya ada buat investment kedai yang besar(kira bos lah)
    boleh bagi idea macamana saya nak berkomunikasi dengan kes saya nie..boleh sesiapa tolong

  17. saya baru bekerja dalam pengurusan kewangan,masalah saya ketika bekerja bila berjumpa dgn pelangan,saya jadi cepat panik dan tak tahu nak terangkan apa dgn pelangan.kadang kala saya jadi buntu dan semua yang saya huraikan pelangan jadi tak faham.selalunya bila saya dah tak tahu nak jelaskan apa2 lagi dengan pelangan saya terus bawa pelangan tersebut berjumpa dengan ceo.nasib baik lah ceo saya kenal saya.jadi macam mana nak atasi masalah saya hadapi ni.mungkin ka faktor pengalaman @ kurang daya tumpuan dalam bekerja?

Leave a Reply

Your email address will not be published.