senaman minda

Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 2)

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang  positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Berikut adalah senaman minda yang
perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

1. Orientasi keputusan

Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?

Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.

Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!

senaman minda

[PENGUMUMAN: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan ingin berjaya bersama beribu-ribu usahawan online di bawah program-program Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi, klik di sini untuk maklumat lanjut]  

2. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan

Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.

3. Dedikasi dalam memperbaiki diri

Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.

Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik ‘nasib’ yang akan dating  kepada kita!

4. Lakukan sesuatu sekarang!

Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu ‘melengahkan masa’ sebagai satu tabiat.

Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.

Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar “Tunggu dulu… nanti-nanti kita buat” sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Amalkan kesemua senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.

*** Sememangnya ilmu adalah amat penting untuk berjaya dan minda  tanpa ilmu adalah hanya sia-sia. Pelajari ilmu perniagaan Internet A-Z di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, program separuh masa 6 bulan bersama Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk menempah tempat anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 2)

  1. Anda tidak perlu menyertai dalam Olimpik Matematik untuk meregangkan kemampuan minda anda. Permainan dan aktiviti yang mudah seperti sudoku atau silangkata sudah memadai untuk memberi impak ketara pada prestasi otak anda.

    Anda boleh membawa buku silangkata atau telefon pintar yang mempunyai permainan ini setiap hari, sebagai contoh.

    Secara peribadi, saya gemar main perlawanan chess setiap hari sebelum mula belajar. Ia hanya mengambil sekitar 15 minit, untuk memastikan otak saya mendapat rangsangan setiap pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.