tip hidup mewah

4 Tip Mudah Untuk Hidup Yang Mewah

Tip 1 : Tak perlu kopi & rokok!

Okey-okey…. Tengok tajuk tip 1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan. Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?

Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari.

Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang  tersebut akan menjadi RM1.4 JUTA! Katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Tip 2 : Potong kad kredit

tipmudah

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru kini dibuka! Klik di sini]

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda sekarang! Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi – Paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan yang tidak perlu. Akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar faedah (bunga) yang sebenarnya memakan simpanan anda.

Katakan anda membayar faedah kad kredit lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? “Takde maknanya!” Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

Tip 3 : Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja.

Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.

90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi!”

Tip 4 :  Pakar dalam 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.

Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkin anda minat melabur. Maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah. Maka, jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Atau pun anda minat perniagaan Internet. Maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

Pada asasnya, untuk hidup mewah, anda hanya perlu lakukan dua perkara sahaja. Iaitu mengurangkan perbelanjaan, atau menambahkan pendapatan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menambahkan pendapatan, cara yang sering digunakan oleh ramai adalah memulakan perniagaan kecil-kecilan melalui Internet. 

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet anda yang pertama, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu dan membimbing anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama dan mengembangkannya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pengambilan terdekat, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “4 Tip Mudah Untuk Hidup Yang Mewah

  1. Hakikatnya apa-apa idea atau tips yang hebat dari buku-buku penulis barat adalah semuanya bersumberkan dari penulis orang Islam.

    Cuma mereka telah menggunakan istilah yang gah, apabila telinga mendengar.

    Hakikatnya apa-apa idea atau tips yang hebat itu, sebenarnya telah “diklon” dari penulis orang Islam.

  2. Mulakan dengan niat masevRamadhan nanti dari mase berbuka puasa dan Sahur puasa tak puasa kene buat.cara kunyah Kurma dalam bilangan ganjil.sebelum masa mengunyah itu niatkan, maduknya kurma untuk bersihkan segala penyakit dan tabi’at tidak baik yg tidak disukai Allah gantinkan dengan bimbingan Hidayah untuk terima semua Hak Allah dan lebih Rajin melakukan semua yang Allah Redha.
    Aamiin.
    Lakukan 40 hari di mulai 11Sya’ban terakhir sampai masuk 30 Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.