Teaser adalah satu teknik promosi. Tahukah anda apakah itu teaser? Lihat di atas ini!
“Strategy X akan menemui anda dalam masa XX hari XX jam XX minit XX saat lagi!”
Industri perfileman sering menggunakan strategi ini dengan memberi teaser berbentuk klip dari sebuah filem, dan pada akhirnya menulis “Coming soon!” seperti teaser Spider-Man 3 di sini!
Tujuan teaser adalah ingin mewujudkan perasaan “ingin tahu”. Psikologi manusia mengatakan bahawa manusia seringkali ingin mengetahui sesuatu yang disorokkan. Teaser memainkan peranan dalam menyentuh bahagian psikologi manusia ini.
Agak-agaknya, apa perasan anda sejak kebelakangan ini apabila saya menggunakan teaser mengenai Strategy X? Adakah ianya berkesan?
Gunakan teaser sebagai salah satu teknik promosi anda untuk mewujudkan perasaan ingin tahu dan bakal-bakal pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan produk anda.
ps: Sini satu lagi teaser untuk anda. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan dedahkan “secret weapon” saya bagaimana saya yang pada asalnya pendiam dan pemalu, kini berdiri di mana saya berada.
Ada seseorang yang membantu saya, dan anda berpeluang untuk mendapat bantuan beliau juga untuk berjaya dalam semua aspek perniagaan (dan juga kerjaya)! beliau juga telah membantu ramai personaliti terkenal Malaysia. Selama ini saya keep this a secret!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya tahu, ramai akan terfikir orang tersebut adalah AZIZI ALI. Walaupun, Azizi Ali telah banyak membantu saya dan saya amat berterima kasih kepadanya, namun kali ini beliau BUKAN orang yang saya maksudkan sebab ianya bukan lagi “secret” kalau Azizi Ali 🙂 Sekiranya ingin menyertai seminar Azizi Ali yang saya highly recommend! sila lawati http://www.millionairesplanet.com
Clue: Orangnya telah banyak membantu ramai personaliti TV terkenal Malaysia…
Teramat secret, sebab itu saya tidak pernah dedahkan…
bulan lepas, saya pernah terdengar seorang IM eropah yg buat cara begini. natijahnya, apabila hari pelancarannya, beliau telah kumpul berjuta2 usd dlm sehari saja.
dr pernah dengar ka?
“Clue: Orangnya telah banyak membantu ramai personaliti TV terkenal Malaysia! ”
nak kena teka ka ?
tak teka pun takpe. teaser je tu 🙂
Siapa agaknya. Tak dapat hendak teka.
I thought it would be Azizi Ali too. How could you read our mind?
Saya rasa mahathir lokman … personaliti TV yang hebat… betul tak??
salam sejahtera untuk semua,
bagi saya siapa orang itu tak penting sangat, sebab esok lusa tau juge…., yang penting bagi saya sekarang ialah saya dapat rasakan sekarang, sesiapa yang ingin berjaya mesti ada ILMU KEJAYAAN INI, dan telah mendedahkan yang banyak menggunakan TEKNIK NLP DAN HIPNOSIS, dan saya dapat rasakan melalui tulisan , perasaan dan gambaran dan orang yang banyak mengajar tentang TEKNIK INI IALAH ………… tahniah saya kagum dengan anda, saya banyak buat kajian tentang orang yang berjaya. mereka semua ada persamaan iaitu ” programkan dalam otak untuk sentiasa menyelesaikan masalah dan berusaha menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua orang dan pada masa yang sama berusaha memenuhi keperluan diri dan mencari kesenangan hidup” dan “amal jariah yang terbaik ialah MENUNJUKKAN CARA kepada seseorang supaya dia juga boleh memberikan amal jariah”. sesiapa yang ingin berjaya di dalam apa jua bidang MINTA DIRI untuk hayati, fahami dan menjiwai persamaan orang yang berjaya.
semoga tuhan mengampuni dan merahmati kita semua,amin.
saya juga jenis pendiam dan pemalu.
tak sabar nak tau secret weapon !
Siapa pun dia… saya akan nantikannya.. apapun nak komen sikit di sini, sekiranya kita dikelilingi orang yang hebat-hebat… dan mereka pula menjadi mentor untuk memastikan kejayaan kita… pasti kita boleh berjaya jika kita mahu!
Clement> other than being an Internet expert, I’m also a mind reader… 🙂 takde lah.
EbookSwissCash> Eh… dah dekat dah tu… 🙂
Baru-baru ini, beliau merupakan jurucakap ketika perkahwinan Dato K dan Siti Nurhaliza. Sebagai seorang profesional, saya tahu, untuk berjaya di area yang saya lemah (komunikasi), saya perlu mendapat perkhidmatan expert dalam bidang tersebut oleh kerana ianya pasti membawa pulangan kembali… dan kini sudah terbukti dengan pengbabitan saya dalam satu lagi Realiti TV yang akan datang.
Beliau yang membantu saya dalam bidang komunikasi untuk berjaya dalam perniagaan. Saya yakin, beliau dapat membantu anda yang mempunyai ‘problem’ yang sama iaitu segan, malu, tak confident dalam berkomunikasi atau, untuk menjadikan anda lebih efektif berkomunikasi (mungkin selama ini anda fikirkan anda sudah efektif).
Saya rasa Saudara Nizar pengacara Tv yang terkenal tu,sebab kalau tak silap masa first2 Irfan keluar Tv dalam rancangan MHI dulu dia yang Interview.mungkin dia yang beri dorongan dan mempekenalkan Irfan pada umum.Masa tu tak ada siapa lagi kenal Irfan.
betullah apa yg razzi almansur tulis dlm bukunya,
dlm perniagaan, kita kena ada “role model”, lepas tu kita berdua-duaan dgnnya utk menuntut ilmu, then “duplicate” iaitu buat apa yg telah dilaksanakan oleh “role model” tersebut, then lepas itu barulah kita akan dilepaskan utk praktikkan ilmu yg telah didapati tadi, ibarat anak burung yg dah mahir mencari makanannya sendiri.
“role model” saya ialah irfan khairi.
ok tak?
ooo…dato’ shah reza ke ..
sy rase die lah yg jadi jurucakap siti aritu…:)
hebat kan..dri seorang yg pendiam dan pemalu..
dr jadi macam skrang ni..
Biar saya teka, siapakah gerangannya yg banyak membantu Irfan, kalau salah jangan marah yea..
Iaitu… Azizi Hj Ali… !!
Kalau yang menjadi teka teki bukan azizi Hj Ali, Mahathir Lokman pun bukan, mungkin Nizar kot..!!!
byk teaser lah…
kita tunggu je lah 2 3 ari lagi…ade la tu jwpan nya…hehe…
kan bt teaser supaya kita menanti nantikan jwpannya….hehe..
btl tak ?
Jawapannya Nizal Mohammad.. Pengacara TV3 yang kian meningkat.. Dulu ada katakan didlm blog ini dia sebagai seorang rakan merangkap sifu..
rasanya memang berkesan kerana saya ternanti2 dan tertanya untuk mendapatkan apakah jawapannya.
Jawapannya……………. saya pun tak tahu. kuang kuang kuang. Kalau Irfan seorang yang hebat tentu orang tu lebih hebat sebab dia yang banyak bantu Malaysia memang hebat.
Bersama Menuju Kearah Melayu Glokal
azizah ariffin kot…. hmmmm….
Maybe Azizi Zli atau personaliti TV….hmm
fokuskan diri anda kepada point jurucakap siti dan dato’ k.
c’mon, usahawan perlu fokus 🙂
best topik ni..aku tak pernah praktik..
nak cuba buat
ermmmm…sy teka saudara Nizal..Tol x?!