Be a giver… Jadi seorang pemberi!

“Be a giver and not a taker” kata pepatah Mat Salleh.
Maksudnya untuk anda memberi sebelum anda fikirkan untuk menerima. Ianya hukum alam, apa yang anda beri dan taburkan, anda akan menerima.

Salah satu cara anda pasti akan dapat ramai  orang menolong anda untuk berjaya, adalah dengan anda membantu orang lain untuk berjaya.

Sebagai contoh, sekiranya anda menemui seorang kenalan baru. Dan kenalan tersebut mengenalkan dirinya kepada anda sebagai seorang businessman/women dan memberi kad bisnesnya kepada anda, anda boleh tanya,

“Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapat pelanggan?”

Selepas anda mendapat jawapannya, cuba fikirkan dalam contact list anda, ada tak sesiapa yang memenuhi ciri-ciri sebagai prospek untuk kenalan baru anda tadi. Dan anda boleh perkenalkan contact anda kepada kenalan baru anda ini.

Satu teknik ini sahaja akan dapat impress kenalan baru anda tadi dan mendapatkan anda lebih ramai pelanggan (dan kenalan-kenalan lain) melalui referal kenalan baru anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

12 thoughts on “Be a giver… Jadi seorang pemberi!

  1. Adalah hukum karma bila kita memberi satu, pulangannya akan kembli kepada kita 10, bagai pokok bila dicantas, maka naik pula tunas baru yang mungkin lebih baik.

  2. Apabila kita menjalankan perniagaan, niat kita untuk membantu orang lain insyallah dengan sendirinya keuntungan akan datang.

  3. selmt pagi saudara irfan…t/kasih tip hari ni yg mana saya panggil ‘KONSEP CERMIN ‘bagi saya…’the more u give..the more u get’…’kita bagi dulu pasti dapat balasannya’..’baik bagi..baik dapat’..’buruk bagi..buruk dapat’..’positive attitude..positive result’…’think big…get big’…’ramai kita tolong…ramai pulak org tolong kita’…itulah yg saya amalkan…insyaAllah kita sama2 lakukan..Zamri Azran Alam

  4. Salam buat semua… mata ini melihat sendiri, mereka yang banyak memberi lebih berjaya, lebih selesa, lebih bahagia kehidupan mereka… yang kedekut, yang berkira sangat, ‘berjimat’ tidak mengira tempat… hidup mereka tidaklah sehebat mereka yang banyak memberi… sama-samalah kita pratikkannya… kerana ini salah satu formula untuk berjaya… insyallah…

  5. btl tu…. kalu kita jadi pemberi, kita akan lebih selasa ,lebih berjaya berbanding jadi penerima…
    jadilah pemberi yang iklas..

Leave a Reply

Your email address will not be published.