Tetapkan deadline matlamat anda

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak menetapkan deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat. 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Tetapkan deadline matlamat anda

  1. part yg nih paling susah.. hehe
    rasa malas tu ada saja..tapi bila teringatkan deadline … kene push kaw2 juga lah … bila sampai deadline.. lapang la pulak dada nih..tiada masalah .. tido pun lena .. hihi 😛

  2. Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Irfan. Saya sendiri sedang berusaha untuk mencapai “deadline” iaitu membuka taman asuhan kanak-kanak by end of this year. Yang pasti apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita penetapan sasaran itu penting demi memastikan segalanya berjalan lancar. Ia juga dapat merangsang kita supaya lebih teliti dalam membuat persiapan sebelum sesuatu perkara itu dapat dicapai.

  3. saya bersetuju dengan tip tetapi meletakkan sasaran memang amat susah, takut tak tercapai, berulang kali gagal mungkin akan timbul rasa kecewa.Mungkin boleh bagi tip cara membuat sasaran yang sesuai dan munasabah

  4. Dari makan gaji hinggalah bekerja sendiri… masih lagi mengejar deadline. No more deadline, only when we are dead! In the meantime, berlari dan terus berlari…

    …pergh! Mencungap dibuatnya!

  5. Dr i Assume u are now………. Congrats…

    deadline is one thing that i truely cant agree more…thats one of the most crucial part in any vision or mission that a person is doing……. thanks for supporting these great steps to be succesfull………

  6. Cerita bak deadline nie,aku cukup sensitif.Pasal deadline aku selalu balik lewat.
    Kadang2 buat aku tak cukup tidur. Tetapi dgn adanya deadline membuatkan kita bekerja keras dan mempunyai disiplin.

    Ada beberapa sebab kenapa deadline itu penting.
    1)Membuatkan kita bekerja lebih keras dan mempunyai matlamat.
    2)Dapat mendisiplinkan diri kita.
    3)Kerja akan menjadi lebih teratur dan terurus.
    4)Pada org yang makan gaji,macam aku nie,secara tak langsung bos dapat tengok aku kerja sungguh2 atau main2.
    5)Dan lain-lain lagi..(Nak kejar deadlinelah niee..nanti terlajak.Ade ke patut bos aku bagi 3 hari jea suruh siapkan design tooling utk part aircond kereta.Tak patut.Deadline nie bagus tapi amat memeritkan.Walaubagaimanapun
    aku tetap setuju dgn pandangan sebab dgn adanya deadlinelah laman web bisnes aku ,makin hari makin cepat dapat disiapkan.)

  7. terima kasih atas respond yang diberikan.

    beberapa hari leas saya ada katakan anda perlu matlamat yang realistik, ingat? 🙂

    cuba fikir sejenak… deadline juga perlu realistik.

    selalunya manusia mempunyai matlamat yang realistik, tetapi, deadline pula yang tak realistik. kedua duanya perlu balance.

    sekiranya tidak dapat capai matlamat anda apabila deadline sampai, senang sahaja. ubahkan ke deadline baru- ia akan mengajar anda untuk lebih realistik dengan matlamat dan deadline anda.

    satu masa nanti ia akan mengajar anda menjadi pakar dalam mencipta matlamat dan mencapainya sebelum deadline. ketika ini, apa jua cita2 anda akan tercapai!

    yang penting, matlamat dan deadline perlu ada berseiringan untuk menjadi efektif.

    salam hormat! 🙂

    ps: dah jadi tip 2 minit dah ni…

  8. aku suka tajuk ni!

    deadline untuk berjaya 6 tahun lagi!
    deadline untuk aku berusaha kearah itu bulan depan!

  9. Betul kata Irfan dengan menetapkan deadline matlamat kita boleh mengetahui sejauh mana pencapaian kita.

  10. It’s true, the deadline is the journey to success. Without deadline, we’re always in the air and finally the opportunity is gone. That’s why most of the successful person or company is always strictly followed the deadline.

  11. matlamat…realistik…deadline…
    hmmm…sesungguhnya kita semua memerlukan penetapan satu matlamat peribadi yang realistik dan dikawal selia oleh deadline supaya matlamat yang kita tetapkan pada awalnya akan kelihatan semakin jelas untuk dicapai oleh tangan kita.

    Cuma satu jer yang menjadi igauan saya sekarang…
    Adakah matlamat yang terlalu banyak menyebabkan kita gagal untuk mencapai matlamat itu sendiri? seterusnya menurunkan motivasi untuk menggapai matlamat tersebut?

  12. Saya setuju kita sebagai manusia tak dapat lari dari deadline.Kita wajib ada matlamat untuk mencapai sesuatu dan berjaya supaya orang yang berurusan dengan kita puas hati dengan kerja kita.Terutama saya dlm bidang bisnes laman web, terpaksa kejar deadline yang pelanggan inginkan. Pelanggan umpama duit yang masuk ,kalau kita gagal kejar deadline duit pun melepas.

    Tapi bagaimana terlalu banyak deadline yg penting semua harus kita siapkan pada masa yang sama?Saya mengalami masalah partner yang tidak boleh kawal stres dan selalu panas baran jika dia terlalu banyak deadline untuk disiapkan pada masa yang sama. Saya jadi mangsa panas baran dan maki hamun dia.Sebagai seorang wanita saya hanya sedih dan menangis saja.Tapi saya pun ada maruah dan ego ,saya penat nak layan karenah panas baran dia. Tolong bagi tips..

  13. memang patu ada deadline.. tp masalah saya… susah sangat nak follow…. plan dah cantik.. tp susah nak ikut… ada idea tak? perlukan tip, dan bantuan….

  14. betul tu….matlamat yg tak realistik kadang2 boleh lemahlan semangat kita….nak tanya satu soalan…bagaimana kita boleh berjaya 2 perkara dalam suatu masa?

  15. MATLAMAT CHE MOHD RAIF BIN CHE OMAR (02/03/09)
    MATLAMAT UTAMA :- JUTAWAN SEBELUM USIA 35 TAHUN (2015).
    PERANCANGAN:-
    21/3/09:-MENGHADIRI TAKLIMAT JUTAWAN INTERNET DGN IRFAN KAHIRY
    APRIL 09:-MULA KEMBALI BISNES TERSUSUN.TARGET PELANGGAN 10 RIBU X 50=RM500,000.00 DALAM MASA SETAHUN.
    MENAMBAH PRODUK DIDALAM BISNES SEDIA ADA.
    MAC 2010:-MEBUKA KEDAI PEMBORONG SPARE PART & ASESORI DI WAKAF CHE YEH.IMPORT TERUS DARI CHINA.MENGAWAL SEMUA BARANGAN BERKAITAN KOMUNIKASI
    MEI 2010;-MEMBUKA KELAS MEMBAIKI H/P SECARA PRO TARGET SELURUH N.KELANTAN
    2011:-MEMBUKA CAWANGAN DI SETIAP DAERAH KELANTAN
    2012:- BUKA CAWANGAN SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
    2013:- BUKA CAWANGAN ANTARABANGSA

    AKU PASTI JUTAWAN SEBELUM USIA 35 TAHUN.INYALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published.