Alhamdulillah, malam semalam bersamaan 31hb Oktober menyaksikan pelancaran buku “Secrets of Millionaires Revealed”- pertama kali buku Malaysia di lancarkan di UK.
Pelancaran di hadiri oleh Tan Sri Elyas Omar dan Datuk Abdul Rahman (Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia). Juga turut hadir, Mayor of Oxford (Datuk bandar Oxford) dan ramai lagi termasuk Professor-professor dari Oxford. Juga ramai kenalan dari OXIM yang turut memberi sokongan. Tan Sri Lim Kok Wing tidak dapat hadir oleh kerana last minute sebab-sebab kesihatan (takde rezeki). Ada juga orang kenamaan yang lain dari Malaysia dan negara lain termasuk Bahrain tetapi saya sendiri tak ingat… nanti saya kasi tau bila dapat full list.
Gambar pelancaran buku belum dapat lagi sebab perlu minta dari cameraman… kalau dapat, nanti saya letak. Di bawah adalah gambar di luar tempat pelancaran di Eynsham Hall, Oxford. Macam James Bond.
Siang semalam pula telah berjumpa dengan Dr. Hassan presiden Oxford Islamic Center untuk memberi sumbangan buku kepada perpustakaan Oxford. Gambar di bawah adalah bersama Dato Abdul Rahman & Dr Hassan.
Perjumpaan yang amat bermakna dan menyuntik semangat saya untuk teruskan usaha dalam mendidik dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet & motivasi. Juga alhamdulillah, terbuka peluang untuk menjalankan kursus perniagaan Internet di negara-negara Islam yang lain menerusi perjumpaan ini. Inilah hightlight saya hari ini… sokongan yang diberikan amat bermakna dan saya akan usahakan untuk ke peringkat global khususnya negara-negara Islam. Harapkan doa anda semua!
Pelancaran semalam juga agak menyeronokkan oleh kerana dapat bergaul dengan Mayor Oxford. Memang kelakar orangnya, tak henti-henti saya gelak bersembang dengannya. Dia kata dia pernah ke Malaysia (zaman british) tahun 60-an dulu… kemudian, dalam tahun 2000 dia ada datang kembali dan terkejut melihat perubahan Kuala Lumpur. An honor dapat kenal dengan Mr Mayor kelakar ni (gambar bersama Mayor Oxford)
Pagi ini akan shooting “strategy X” sekejap, kemudian akan drive ke destinasi seterusnya… France! Perjalanan dalam 5 jam… kita jumpa lagi & terima kasih atas sokongan anda 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
hebat! hebat Terharu saya buku dah dilancarkan .. semoga ramai yang guna kan buku ini..
Tahniah sekali lagi
😀
salam…
tahniah diucapkan kepade irfan…
kami begitu berbangge dengan pencapain yang ditunjukkan oleh ..
tahniah sekali..semoge usaha murni ini sentiase berjalan dgn lancar…
“proud to be malaysian”
Wow.. saya sungguh berbangga melihat anak jati Malaysia telah sampai ketahap ini. Tahniah
Wah, pelancaran buku baru? Kena cari di pasaran ni.
tahniah
“give to the world the best u have,
and the best will come back to u”
dr, dah beli ke kereta james bond tu?
Tahniah Irfan,terharu dengan kejayaan
Walaupun sudah ditahap ini, masih sudi memberikan kami pedoman/tips.
Semoga matlamat tercapai.Insya-Allah.
assalammualaikum IK, sy ader idea utk buat perniagaan internet tetapi sy x berkemampuan,nak pegi bengkel pon sy x mampu.sy ader semangat yg tggi sjak kecil lg utk berniaga,tp sy masih kat sini makan gaji.gaji yg sy terima amat kecik smp kekadang miss soruk sy,aper yg berlaku buatkan sy lbh semangat utk berniaga tp aper yg sy ader hanyalah idea semata tp utk melaksanakan sy x mampu kerana tiada modal,aper yg telah ajar dlm hari2 yg lepas mengatakan bniaga guna modal sendri tp sy x memiliki ape2.sy telah pon mohon pinjaman tp masih tiada jawapan,ape yg harus sy lakukan utk memulakan perniagaan? klu ader bagaimana utk laksanakan? boleh x jd mentor sy dan bimbing sy? aggp sy berhutang dgn nnt insyaallah klu berjaya sy akan byr sket demi sket utang sy,ht sy terlalu mendesak utk mulakan biznes tp modal membantutkan idea sy,xkan hidup sy utk mengkayakan org lain sdangkan sy berpenat lelah sndri(makan gaji).klu blh ajar sy bgaimana nak cari modal dan usahakan idea2 sy sehingga berjaya nnt bila dah untung sy akan byr krane jd mentor sy. boleh x? plizzzz,reply kat email sy same ader boleh atau x ok sy tggu…..
Assalamualaikum.
Hebat. Dasyat. Tak dapat nak gambar kan dengan perkataan.
Tahniah dari saya di Malaysia kepada Irfan di sana (UK or France?)
Wassalam.
Tahniah ! Lawa kereta.. 🙂
Sesekali nak tengok benda baru juga..
Asyik tengok KFC, McDonald, asyik kulit yg sama jer..
Kali ini nak tengok jenama baru, jenama MALAYSIA, jenama MELAYU, jenama ISLAM..
Superhero IT dah muncul.. lebih kacak dari Superman yang sama kulit spt KFC & The Geng.
ehem… senyum tak berhenti pulak karang..
p.s. kalau tengok gambar ala James Bond kat atas tu , rasa mcm nak tumpang pulak.. hehehe… Jadi iver pun takpe..
Hebat Irfan! Kami rakyat malaysia sentiasa akan menyokong anda. Teruskan dengan niat murni ingin mendidik rakyat Malaysia ini.
Tahniah .. kami turut terasa hebatnya. Manfaatkan sepenuhnya peluang tembusi pasaran dalam negara Islam lain itu. Doa kami senantiasa bersama Anda!
Sebagai orang Melayu, saya berasa bangga ada bangsa saya yang telah capai kejayaan hingga ke tahap antarabangsa. Syabas teruskan usaha murni and terus berjaya. Saya juga bercita-cita ingin berjaya seperti
Assalamualaikum ….
WaHH~!!! hebat!!..terlebih dahulu sy ingin ucapkan tahniah pd di atas pelancaran buku tersebut…selepas ini saya harap Akademy yg ingin buka itu menjadi kenyataan~!!..:)
dan saya akan jadi student yg pertama join akademi tersebut~!! hehehhehe….:):);)
ayooo… cute nya bergambar dengan keta ittew… am memang rasa berbanggala bila anak malaysia cam irfan mampu menjadi antara yang terbilang… tahniah!!! bestnya dapat jumpa dengan orang yang selamani kita dengar nama aje..!!! 🙂
Tahniah Irfan. Sebagai anak Melayu saya juga turut berbangga. Semoga kecapaian Irfan menjadi inspirasi pada semua untuk juga berusaha mengharum nama Melayu.
Sekali lagi tahniah
Tahniah !.. Semoga dapat berjumpa di workshop 18 Nov. ini dan dilimpahi dengan tips tips baru.
fuyooooooooooooooooooooooooooo………… TAHNIAH! tahniah! banyak2 dan banyak tahniah untuk semuanya. semoga maju jaya selamanya…
selamat hari raya
gambar yg dgn kereta tu lah yg paling sharp dan lawa. kalau sayalah, saya akan minta tokey kedai gambar tu frame besor-besor letak kat ruang tamu..hehe.
Irfan apa kabar? tak selesema ke kat sana? saya kat malaysia ni lepas raya, tak sejuk pon kena selesema…
Accchhiimmmmmm!!!
Askm..Irfan..
Wah bergaya sekali dlm gambar..
Semoga Tuhan membalas niat murni utk menolong org2 yang ingin berjaya dlm internet biz dgn tips2,info dan ilmu yg ada…amin..
AlhamdulilLah.
Tahniah,
Semoga diberkati segala yang diusahakan.
Tanda diberkati; kita akan bertambah hampir dengan Nya.
Semoga bertambah berjaya dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Juga bahagia dan tenang terus.
Sekian, Wassalam.
Tahniah!
Memang hebat anak watan Malaysia ni.
I’m so proud of u …nampak ade style bile amik pic ngan Merz C-Class….tu…Teruskan usaha
tahniah pada abg irfan,
seorang jutawan muda dan berjaya.
saya juga bercita cita sama seperti abg.
Congratulation!!
Assalammualaikum
boleh x saya daptkan cari termudah dan tercepat untuk buat website..harap dapat tolong saya..Sekian Terima kasih.
!! pinjam duit skit.. nak mula bisnis nii.. hihi macam tak dapat jer 🙂
MENJANA ASPIRASI DIRI, MENJULANG KEJAYAAN TERBILANG. MOGA MENJADI INSPIRASI buat Kami.
Irfan jumpa Otai lar..aku tak sabar nak dpt idea2 bisnes nih..asyik lambung mi kolok jer..bisnes kecik jer..camner eyy nak kembangkan bisnes nih..o_O”
i cabar IK buat something……..
yang sama dengan KFC,MDONALD,LEVIS,……….
TRY SATU PRODUCT DARI MALAYSIA MUNCUL SATU…….
SOFTWARE KE………..
YAHOO……WEBSITE BARU…….BUKAN GUNA NAMA YAHOO…PUN……….YABEDABEDU KE NAMANYA……..HAHAHA…….TRY SATU KELUARKAN DULU NAK TENGOK ADA BRAN TAK…….
-POSITIVE THINKING-
Assalamualaikum…
Tahniah di atas pelancaran buku SOMR..
Semoga dapat membantu orang2 yang ingin keluar dari bebanan kewangan..seperti saya juga…
Saya ada sedikit cerita untuk di kongsi bersama
Pagi tadi semasa saya membeli nasi lemak berhampiran rumah saya..saya terdengar perbualan pakcik dan makcik tentang kenaikan harga barang2 sekarang..semua dah naik..keje makan gaji..macam mana nak hidup..tak payah hidup la senang..tersengih2 saya dengar perbualan tu..
sampai kata makan ubi kayu la macam ni..
barang semua naik, gaji x naik2…
Terlintas di fikiran saya di mana silap semua ni..adakah salah kerajaan menaik kan harga barang tanpa memikirkan kesusahan yang menimpa rakyat yg hidup dalam kesederhaan..
Apa tema wawasan2020 sekira rakyat masih lagi hidup dalam kemiskinan seperti hidup di jajah di negara sendiri..merdeka kah mereka?
Jadi terlintas niat di hati saya sekira saya berjaya dalam bidang internet ini saya akan cuba membantu pakcik makcik tadi dan orang yang dalam kemiskinan..Doakan saya.. 🙂 Assalamualaikum…