Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan andaย 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai. ๐
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Di zaman E-dagang ini, hampir setiap orang bercakap tentang matlamat untuk menjadi jutawan. Setiap orang yang ingin terbabit dalam industri hanya disogokkan dengan satu sasaran, jutawan. Sekarang berundur beberapa tapak untuk merendahkan sasaran ke 20% atau 30% dari pendapatan sekarang. Saya sedikit terkeliru. Agaknya boleh berikan sedikit penjelasan?
zoomer…..itu yg dikatakan MATLAMAT YG REALISTIK…eheh…4 the beginning nk sasar yg besar without hiraukan yg kecil erm…..tak real tuhh.(tp mcm katakan ia berkemungkinan)..erm…..mcm sekolah gak…4 the beginning kita ke tadika dulu rite…takkan trus2 ke U kot..erm…
Saya setuju dengan doktor. Ramai org yg begitu teruja dgn perkataan ‘JUTAWAN’, malangnya ramai yang menarik diri kemudiannya disebabkan realiti menjadi jutawan itu amat sukar dicapai dlm masa singkat. Ingatkan hari ini memulakan bisnes, terus untung, atau ingatkan selepas promosi besar-besaran, ramai yg akan melawat. Rupanya ia tidak semudah itu.
Di sinilah ramai org gagal utk konsisten. Semangat cepat luntur disebabkan mereka terlupa, dalam meniti perjalanan, jarang ada jalan yg lurus. Hakikatnya, selepas dilahirkan, kita tidak terus berlari, diam saja, kemudian baru merangkak, bertatih, berjalan, sebelum boleh berlari. Itulah yang sebenarnya.
Menetapkan sasaran yang agak tinggi bukan suatu yang salah, padahal ia memberi dorongan yang lebih kuat kepada diri kita. Namun, kita harus sedar bahawa jika sasaran itu tidak tercapai dengan sepenuhnya, kita harus mencari kekurangannya, dan memperbaikinya. Di sebaiknya pula kita harus bersyukur dengan sebarang pencapai dan terus berusaha demi membawa pencapai ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Kita harus berani gagal bukan!???
Syabas saudara Nordin. Komen awak sememangnya bernas dan memberi impak yang besar kepada pembaca.
Betul seperti apa dikata oleh Irfan.Kita harus realistik dalam perniaagaan kita.Contohnya apabila kita memulakan sesuatu bisnes dgn modal yang kecil.Adalah mustahil untuk kita harapkan keuntungan jutaan ringgit dalam masa yang singkat.Walaubagaimanapun tidak mustahil dgn modal yang kecil ini kita boleh jadi jutawan tetapi ianya memerlukan masa dan perancangan yang betul.
Gandakan pendapatan dari kecil ke besar Bermula dari 20% hingga semakin besar 110% ๐
“Pelajari teknik-teknik terbukti berkesan yang digunakan untuk membina perniagaan di Internet dengan keuntungan melebihi RM1,000,000… dari rumah!”
Memetik kata-kata Irfan di kulit hadapan buku beliau bertajuk “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar”. Jika berdasarkan tips yang meletakkan sasaran tambahan pendapatan 20% ke 30% setahun, pada perkiraan rakan2, jika pendapatan kita sekarang dalam lingkungan RM2,000 ke 3,000, dalam tempoh berapa tahunkah kita akan mencapai sasaran RM1,000,000 sebagaimana yang disarankan oleh Irfan itu? Semasa mencapai tahap jutawan dalam tempoh 3 tahun sebagaimana yg sebutkan dalam buku itu, agaknya berapakah sasaran matlamat pada ketika itu?
Kalau anda ada terbaca temuramah En Irfan, dirinya membuat matlamat untuk menjadi jutawan sejak umur 18 tahun. Matlamatnya untuk mencapai tahap jutawan sebelum umur 30 tahun. Ertinya, beliau memberi masa 12 tahun untuk mencapai matlamat tersebut.
Atas hasil usahanya yang berganda, beliau mencapai matlamat pada usia 25 (5 tahun sebelum deadline). Ini menunjukkan matlamatnya yang realistik iaitu 12 tahun.
Terima kasih Man kerana memberi penjelasan, bagi pihak Irfan. Kan ke bagus kalau sendiri yang memberikan respons… Walau apa pun, matlamat 12 tahun tu memang realistik. Tapi bukankah kita kerap digalakkan untuk meletakkan sasaran sesuatu matlamat itu lebih tinggi supaya kita bekerja lebih keras lagi. Contoh, bila kita meletak sasaran 50%, dengan usaha yang keras kita mungkin boleh mencapai 30% ke 40%. Sebaliknya jika kita menyasarkan 20% ke 30%, mungkin kita hanya mencapai 10% ke 15% sahaja. Saya masih keliru .. Ada sesiapa lagi yang boleh bantu menjawab bagi pihak ?
Salam….
Sedikit tips berkenaan MATLAMAT:-
1.Tetapkan MATLAMAT anda…..
2.tuntut ilmu yg mendalam berkenaan
matlamat/bidang anda..
3.usaha bersungguh2
4.belajar dari kegagalan
5.ubah strategi(plan A,B,C)
6.Teruskan mencuba sehingga BERJAYA
p/s:Jgn letakkan diri anda pada ‘OPTION SITUATION’,kerana ini akan membuatkan anda tidak FOKUS pada apa yang anda lakukan.tq
MaL Group Academy
Bagi saya istilah JUTAWAN adalah
J – Jari tangan dan kaki tidak cukup nak kira banyaknya wang
U – Usaha mestilah optima dan jangan terlampau ekstrim
T – Tambahkan ilmu pengetahuan untuk masa depan
A – Anggap kerugian sebagai cabaran kecil
W – Wajib bayar zakat bila cukup haul agar pendapatan halal dan diredhai
A – Amalan terbaik menjadi budaya
N – Nasib bukan pilihan kita kerna kita diberi peluang untuk memilih.
matlamat yg ingin kita capai mestilah realistik & masuk dek akal manusia..
kalau matlamat tak masuk dek akal, kita semula yg tertekan..
tak salah bercita2 tinggi tp perlulah realistik…