Waktu tempatan kini pukul 4.30. Apa la pagi-pagi buta saya buat depan Internet? Tak dapat tidur… masih lagi jet lag dan tak dapat sesuaikan waktu Malaysia vs waktu UK. Sini dan sana dalam 8 jam berbeza…
Jadi, turun sebentar ke business center dan login Internet sekejap. Ada yang tanya mana gambar2 uk? Masalahnya, PC di business center ni ada masalah dengan USB port… jadi, tak dapat lah saya transfer gambar lagi.
Insyaallah hari ni akan berpindah ke lokasi lain, dapat transfer gambar.
Semalam shooting berjalan lancar. Dapat selesaikan satu bahagian daripada “Pengenalan”. Pagi ini, shooting seterusnya di lokasi yang lain pula yang berkaitan dengan Strategy X ni (masih lagi di Birmingham).
Tengah hari nanti saya akan berangkat ke Oxford pula. Oxford terletak lebih kurang 1 jam drive selatan kepada Birmingham. Buku Secrets of Internet Millionaires Revealed akan di lancarkan di Oxford pada malam esok. Petang ni ada perbincangan dengan event organisers. Malam ni juga ada dinner, insyaallah ada la gambar-gambar nanti 🙂
Di Birmingham saya kurang juga ambil gambar sebab segan :)… nanti macam tourist pula. saya pernah bekerja di sini lebih kurang 3 tahun (sebelum perniagaan Internet berjaya)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Semoga apa yg Irfan rancang akan berjalan lancar, insyaAllah.. Apa salahnya tangkap byk gambar . Kami di Malaysia ni kebanyakannya belum berpeluang melawat ke UK.. Cuma tengok gambar dan filem.. Tak tahu keadaan sebenar di sana.. 🙂
Yalah Rosli, semoga kita sama-sama dapat manfaat dari usaha Irfan ini nanti..
Ya bila gambar dah banyak, boleh tulis buku kembara pula kan… Saya bersedia untuk menulis mengenai perjalanan itu berdasarkan gambar. That why, kena ada banyak gambar he he he…
yup betul tu.. kalau dapat tgk gambar … seperti kami pun ikut ke sana.. terasa macam kita pun kat UK.. hewhehe.. semoga berjalan lancar hendakNya.. amin…
Wa seronoknya bila la aku boleh melancung ke negara orang ni. Suka tengok gambar-gambar orang pergi melancong.
wah… bagus yer dapat jemputan kesana… mencurah2 rezeki bila dah berjaya ni… saya tak tahu lagi bila nak dapat fly ke sana…
semoga berjaya di uk…jaga nama Malaysia…saya faham sangat orang kat europe ni..sempat pergi ketempat2 tu dulu… terutama uk/france/germany….kita kena tunjuk yg kita p Malaysia cukup bertuah…bila agaknya balik kat malaysia….zamri