Hits – kesilapan dalam mengira pelawat

Mr.A: Berapa pelawat laman kau dapat sehari?

Mr.B: Laman web aku sehari sampai 1,000 hits!

Mr.A: Wow… banyak tu…

Ni contoh kesilapan yang sering berlaku pada mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet. Kedua Mr.A dan Mr.B tersalah konsep.

Hits bukan bermakna jumlah pelawat. Hits dikira sebagai berapa kali web hosting anda menjalankan aktiviti untuk memaparkan laman anda kepada seorang pelawat.

Sebagai contoh, sekiranya satu laman anda hanya teks sahaja dan tiada gambar, sekali pelawat masuk, ia akan di kira sebagai 1 hit.

Tetapi, sekiranya satu laman anda mempunyai teks dan 19 gambar, apabila seorang melawat laman anda, web hosting akan menjalankan aktiviti untuk mendapatkan kesemua file sebanyak 20 kali (1 teks 19 gambar). Ini akan dikira sebagai 20 hits, walaupun hanya seorang melawat laman anda.

Ini bermaksud sekiranya 50 orang melawat laman anda sehari, ianya akan dikira sebagai 1,000 hits sehari!

Oleh itu, pengiraan yang lebih tepat adalah UNIQUE VISITORS atau PAGE VIEWS (unique visitors + pelawat yang datang berulang kali). Jangan mengira HITS.

Untuk menjejak pelawat laman web perniagaan Internet, kami menggunakan StatCounter.com. Free je…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

19 thoughts on “Hits – kesilapan dalam mengira pelawat

  1. pada mulanya, saya pun agak dengan term mcm ni..tapi lama-kelamaan paham gak la…tp saya selalu meneliti webstat yg disediakan oleh webhosting company…semua referal dan ip pelawat boleh dilihat disitu..so, daripada situ kita leh tau siapa yg dah visit website kita dan yg paling best, dari negara mana..

  2. Assalamualaikum.

    Saya ada soalan. cakap gunakan StatCounter.com, tapi letak kat mana ye?
    saya dah cari kat hompej , tak jumpa pon.
    Boleh sembunyikan ke?

    ps: Beraya kat mana tahun ni ?

    Wassalam.

  3. untuk mendapat hits yg berkualiti, kata kunci laman web haruslah tepat dan bersesuaian. Dan promosi web ditujukan pada khalayak yg tepat.

    saya pernah menggunakan counter di Bravenet.com

    kelebihannya, ia tidak mengira kalau kita sendiri (webmaster) yg melawat

  4. yes. jumlah pelawat sedikit, tapi berkualiti adalah terbaik.

    cuma, tip ni mengatakan salah guna istilah “hits”. di mana ia bukan bermaksud bilangan pelawat. ramai yang ingat “hits” adalah unit mengira bilangan pelawat.

    istilah yang sebenar adalah “unique visitors” atau “page views”. 😉

    hidet, statcounter boleh sorok. gunakan options dan set counter to invincible… hilang lah ia dari pandangan 🙂 statcounter juga boleh set tidak mengira lawatan webmaster seperti bravenet.

    promosi statcounter hari ni… nasib baik free!

  5. Saya tak ada laman web lagi Tengah belajar buat sendiri dari program NVU yang beri semasa worksyop dulu.Tapi faham juga apa yang sampaikan tips hari ini.

  6. Saya pun menggunakan statcounter.Kalau yang ada fixed IP tu boleh la disable ip kita yang melawat sendiri tu…best jugak boleh tengok dari mana org tu datang.Yang paling seronok bila ada returning visitor.Masa mula-mula saya buat website takde lagi returning visitor ni.Tapi makin hari makin bertambah.Saya akan cuba cara yang sebutkan dalam buku tu nak maintain customer selalu lawat website kita 🙂

    Salam Usahawan! 🙂

  7. Mungkin kita boleh estimate berapa kali website kita dilawat dengan melihat hits.

    Jika website kita hanya ada text, 1 hit maknanya sekali lawat.

    Jika ada text dan 19 gambar, 20 hit bermakna 1 pelawat dan 40 hit pula 2 pelawat (atau 2 lawatan oleh orang yang sama).

    PS: Janganlah buat kerja susah ni. Saya cuma nak terangkan maksud hit dengan kata yang lain.

  8. erm..memang dah pakai lama statcounter..tapi sejak ade hosting sendiri ni lebih senang pakai Awsats..lebih detail nampak..apa pun thanks for the good tips..:)

  9. Salam!

    Baru saya tau, begitu mathematics untuk kira hits. Ok sangat info ni. Kalau hits tinggi dapat apa yeh? Ada hadiah ke? (Just kidding!) Saya ni memang tak pandai bab-bab ni.

    Wassalam.

  10. ooo…gitu…patutla rasa dah ramai masuk dalam website,produk tak terjualpun…..kalau pakai geo leh tak??sapa yg tau??

Leave a Reply

Your email address will not be published.