[Bersambung dari “Salman Al-Farisi (Bahagian 1)”]
Sara hidup dengan menganyam daun-daun kurma
Salman Al-Farisi, merupakan seorang gabenor di Al-Madain yang terletak berhampiran dengan Kota Baghdad. Selain itu beliau juga adalah seorang amir.
Meskipun beliau adalah seorang gabenor dan seorang amir yang terjamin kehidupan dan pendapatannya, namun beliau tetap berusaha gigih dan bekerja sendiri untuk menguruskan serta mengawasi kebun kurmanya bagi menyara hidup keluarganya.
Salman Al-Farisi sanggupmengambil upah merajut dan menganyam daun-daun kurma untuk dijadikan tikar, bakul dan beg sebagai sumber pendapatan beliau untuk menyara keluarganya. Beliau membelinya dengan harga 1 dirham dan dijualnya kembali dengan harga 3 dirham. Hasil pendapatan daripada jualannya itu telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu 1 dirham digunakan untuk pusingan modal, 1 dirham digunakan untuk bersedekah dan 1 dirham lagi digunakan untuk dinafkahkan kepada keluarganya. Di sini jelas menunjukkan betapa Salman Al-Farisi tidak sekali-kali menggunakan kuasa dan amanah yang dimandatkan kepadanya untuk kepentingan diri sendiri dan keluarganya. Inilah ciri-ciri seorang pemimpin dan ketua yang amat kita sanjungi yang sukar ditemui pada masa kini.
Sebagai seorang gabenor negara, sudah pastilah beliau mendapat insentif sebanyak 5000 dirham, tetapi kesemua wang tersebut telah diinfakkannya ke jalan Allah dan tidak ada satu dirham pun yang diambilnya untuk keperluan diri. Beliau sanggup menolak untuk tidak menerima wang gajinya sebagai seorang gabenor negara. Demikianlah pengorbanan besar yang dilakukan oleh Salman Al-Farisi yang begitu zuhud serta berpegang teguh dengan agamanya iaitu Islam.
Sumbangan dan jasa Salman Al-Farisi.
Sepanjang baliau bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. beliau tidak pernah sekalipun menyertai peperangan kecuali peperangan khandak yang merupakan peperangan pertama yang telah disertai olehnya. Bermula daripada detik itulah beliau tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk turut serta dengan Rasulullah s.a.w. di dalam peperangan-peperangan yang lain sebagai jihad dan perjuangannya menegakkan Islam.
Ketika berlakunya peperangan khandak yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. bersama dengan tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang, sedangkan pihak musuh pula terdiri daripada 10,000 orang maka, Salman Al-Farisi pun mencadangkan kepada Nabi agar kaum muslimin menggali parit di sekeliling Kota Madinah sebagai satu strategi utama, untuk menewaskan musuh-musuh Islam yang pada ketika itu tentera Islam telah diancam oleh tentera Musyrikin Mekah serta kaum yahudi yang laknat. Salman Al-Farisi menyuarakan pendapatnya kepada Rasulullah s.a.w. dan dengan persetujuan Rasulullah s.a.w. maka kerja-kerja pembinaan parit tersebut telah berjaya dilakukan dan dapat disiapkan dalam tempoh enam hari sahaja.
Berkat cadangan itu jugalah maka tentera Islam telah berjaya bertahan daripada dalam Kota Madinah. Madinah akhirnya terselamat daripada jatuh ke tangan musuh-musuh Islam dan umat Islam telah mendapat kemenangan besar di dalam peperangan khandak. Alangkah hebatnya Salman Al-Farisi menggunakan kepakaran yang ada pada dirinya, untuk menewaskan musuh Islam dengan kejutan yang telah dilakukannya.
5 Sifat terpuji
1. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
2. Sentiasa memahami dan bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
3. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.
4. Keteguhan jiwa dan ketinggian budi akan menjadikan kita insan yang hebat dan dimuliakan.
5. Lengkapkan diri dengan segala ilmu agar kita bijak dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul serta berhikmah bila berkata-kata.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saidina Salman Al-Farisi Radiyallahuanhum.
akhlak yg patut dicontohi sbg peniaga, jgn terlalu fikir untung, ikhlas sewaktu meniaga, barulah perniagaan menjadi semakin baik…
saya juga menawarkan perkhidmatan sewa kereta, dan menjual produk sempena raya..seperti kuih raya, dan pes nasi arab. Masak nasi arab semudah abc dengan pes nasi arab…hanya di rumah.