[Bersambung dari “Mengapa Perlu Kita Pilih Untuk Berniaga? (Bahagian 1)”]
Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang keldai?”
Maka keldai pun menjawab, “Bos saya punya, yang sedang minum dan makan-makan dibawah pohon di sebelah sana tu!”
“Oh begitu….” kata sang semut tersebut sambil tersenyum.
Sang keldai berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira? Sedangkan kamu semua terpaksa mengangkat beban makanan yang besar-besar belaka?” tanya sang keldai kepada sang semut tadi.
“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali. Tiada istilah penat bagi kami dan kami sangat gembira melakukannya.”
“Mengapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang keldai dengan rasa penuh kehairanan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai sang keldai yang dihormati.”
“Apa perbezaannya, sang semut? Saya lihat, kita sama sahaja, membawa bebanan masing-masing?” tanya keldai kembali.
“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum dan berehat-rehat di bawah pohon sana, sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.
Keldai itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor keldai yang hanya pandai menurut perintah majikannya tanpa sedikit pun sedar akan maksud yang disampaikan oleh sang ketua semut tersebut.
Baiklah, para pembaca yang budiman sekalian. Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini?
Sebenarnya, banyak moral disebalik kisah ringkas ini! Tetapi terdapat satu pengajaran penting yang boleh kita ambil disini ialah;
Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sendiri, dan bukannya impian orang lain atau impian majikan mereka.
Pengajaran yang kedua, terdapat golongan yang tidak sedar tentang potensi mereka yang sebenar. Samada mereka tidak diberi peluang, tiada modal ataupun sudah tahu namun tidak berani untuk bertindak kerana terlalu risau tentang cakap-cakap belakang yang mengatakan berniaga itu berisiko tinggi untuk gagal, tiada pendapatan tetap dan tiada jaminan masa hadapan.
Penulis berharap agar mesej yang ingin disampaikan disini, membawa kesan walaupun sedikit kepada para pembaca. Minda kita harus dicuci dan dibersihkan. Jika kita sekarang sedang bekerja, belajarlah untuk berniaga secara sambilan dahulu. Jika tiada minat, banyakkan membaca tentang kejayaan usahawan-usahawan ternama dan ubahlah sikap, mungkin suatu hari nanti dibukakan hati untuk meminati perniagaan, kerana perniagaan itu Sunnah Rasulullah SAW.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam, saya ingin bertanyakan pendapat, macam mana cara untuk kita fight dapatkan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan? duit yang ada sangat tidak mencukupi untuk dijadikan modal dan kemamapuan untuk fight modal menjadi satu masalah yang besar. selain itu, masalah komitmen dalam perniagaan, selalu orang akan bagi alasan tidak cukup masa. apakah pendapat admin?
terima kasih atas tips diatas. Saya share . tq
perkongsian yg sangat menarik tentang kisah semut dan keldai yg tersirat banyak pengajaran. Alhamdulillah sedang berusaha ke arah itu untuk kehidupan yg lebih baik…time and financial fredom
Dr. IK sentiasa menginspirasikan saya untuk terus berjaya dalam perniagaan malah kehidupan. terima kasih atas segala jasa bakti dlm mendidik anak bangsa sendiri untuk terlibat dlm “berniaga”. Terima kasih sifu!
Terima kasih Irfan Khairi kerana sentiasa memberikan inspirasi kepada saya. Saya pada mulanya juga bekerja dan memulakan perniagaan secara sambilan. Memulakan perniagaan yang saya minat dari waktu belajar dahulu iaitu percetakan baju. Alhamdulillah, selepas hampir 3 tahun melakukan perniagaa secara sambilan, saya bernekad untuk memulakan perniagaan secara sepenuh masa. Pada pandangan saya semua perniagaan ada turun naiknya. Apabila naik, perlu beringat, simpan dan berjimat. Apa bila turun pula, perlu menjadikan ia sebagai pelajaran untuk membina. Mempelajari ilmu perniagaan yang di ceburi adalah sangat penting dan juga ilmu keusahawanan. Terima kasih Irfan Khairi di atas bantuan dan inspirasi. Semoga terus berjaya dunia & akhirat.