85% kejayaan anda bergantung pada orang lain

85% daripada kejayaan anda bergantung pada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat dari orang lain serta kenalan-kenalan anda.

Saya pasti anda kenali muli-millionaire Robert Kiyosaki. Dalam salah satu temuramahnya, Kiyosaki mengatakan bahawa dirinya ingin menjadi amat kaya, oleh itu beliau bergaul dengan billionaires!

Begitu juga motivator Anthony Robbins mengatakan dirinya merapati orang-orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi dari dirinya.

Dalam menentukan bulatan kenalan anda, anda perlu memilih sedikit.

Bukan bererti tidak kawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya.

Sekali lagi saya ulangi statistik… 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain. Oleh itu,tentukan siapakah “orang lain” itu!

ps: Sejak beberapa bulan lepas saya mendekati mereka yang berjaya dalam bidang membina Institusi, Kolej dan juga University. Bulatan kenalan ini yang memotivasikan saya untuk memulakan suatu Academy saya berkaitan dnegan E-dagang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “85% kejayaan anda bergantung pada orang lain

  1. Mark this:

    “Bukan bererti tidak kawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya.

  2. owh….Dr dah nak ade akademi e-dagang sendiri..tahniah…
    ramai kawan² yang cemerlang lagi kite motovasikan diri kite untuk cemerlang…

  3. Saya setuju dengan tulisan tentang perkara tersebut.

    Anda semua boleh membaca tulisan Thomas J. Stanley, dalam buku beliau Millionaire Next Door (juga penulis Millionaire Mind) yang mengkaji tentang jutawan2 yg bertaraf ‘decamillionaire’ di U.S.

    Mereka juga mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain dan salah satu persamaan ialah bergantung kepada orang lain untuk menjadi jutawan. Dlm buku tersebut menyatakan bahawa jutawan2 di US yang ingin membuat sesuatu pelaburan akan mendapatkan pandangan terlebih dahulu daripada org2 yg lebih mahir dalam bidang tersebut..

    Satu fakta yg amat menarik dalam buku beliau ialah kebanyakan jutawan2 ini bukanlah datang dari kalangan ‘cerdik’ sewaktu mereka di kolej/universiti. Kebanyakan daripada mereka hanyalah ‘average students’yg low profile (susah mendapat gred ‘A’ dalam peperiksaan) dan ada juga yg diramalkan tidak mempuyai masa depan oleh pensyarah mereka! Kunci kejayaan mereka ialah komitmen dan bekerja keras untuk mencapai apa yg mereka impikan.

    “You are what your friends are!”

    Syah

  4. Jadikan kawan untuk berjaya dan bukan kawan untuk menjatuhkan anda.Kuatkan bulatan kawan kita dan kita akan jadi orang yang berjaya.Saya pun sedang cuba merapatkan diri dan bergaul dengan orang-orang yang berjaya agar satu hari nanti saya pun akan berjaya.InsyaAllah… 🙂

    Salam Usahawan!

  5. kalau tidak ada bulatan kawan macam org2 yg berjaya..
    jalan terbaik adalah membaca buku2 org yg berjaya,ikuti kursus2@ceramah2 org yg berjaya…atau lebih mudah hari2 tgk tips i minit IK…

    terima kasih IK..

  6. Yes memang benar…kehidupan kita ini perlu ada sikap memilih supaya agak berkualiti.
    Kalau kita ada duit dah tentu kita inginkan kehidupan yang lebih baik bukan?

    Untuk berjaya kita perlu berkawan dengan mereka yang dah melaluinya supaya kita boleh belajar dari mereka.

    Cuma janganlah menyalahgunakan ajaran macam kes dalam utusan hari ini laman web bank pun dah kena ceroboh dan di ciplak…

  7. Itu memang benar. Apa yang kita baca dan kenalan kita boleh mempengaruhi minda. Tetapi bagaimana jika seorang surirumah yang terhad pergaulannya?

  8. Ia jarang menemui orang2 yg hebat, maju dan berdaya saing. Hidupnya jauh daripada kemodenan dan persaingan. Bagaimana ia boleh keluar daripada ‘comfort zone’nya?

  9. “85% daripada kejayaan anda bergantung pada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat dari orang lain serta kenalan-kenalan anda”.wauu,satu penemuan yang hebat!

    â€You are what your friends are!”(erm,betul kata Azran)…

    saya nak praktikannya… 🙂

  10. betul tu cikgubiz.. saya setuju.. saya pun tercari2 ape cara untuk nak mendekati org2 yang dah berjaya ni… kata org, “nak berjaya, kene tiru org yang dah berjaya”, nak tiru dari jauh pun susah gak…

  11. Pada pandangan saya, untuk jadi hero dalam bidang yang kita ceburi, kita perlu mencari mentor, kata orang melayu tok guru, kata orang cina sifu, kita perlu belajar dari tok guru kita, kita perlu belajar dari mereka, yang paling penting golongan mereka yang jutawan ini punyai idea yang bernas. Apa yang saya perhatikan idea jutawan selalunya pelik tetapi logik untuk berjaya

  12. betul laa kata mohd farid dan mohd syah…
    ‘kita ialah siapa rakan kita”….

    so ..tak salah kita cerewet dlm memlilih kawan bila kene pada tempat dan waktunya 🙂

  13. untuk eileen, jika terhad pergaulannya sebagi suri rumah, banyakkan membaca tentang kisah-kisah billonaire atau kisah-kisah kejayaan dalam bisnes, sukan atau kerjaya…

    saya juga terhad pergaulan, di kota kinabalu ini saya tiada siapa-siapa yang boleh dijadikan rujukan sewaktu mula-mula buat bisnes internet…saya berkawan dengan orang yang tak faham langsung bisnes online dan cuma tahu sebut pasal scam…

    jadi, dengan usaha sendiri saya banyak membaca, mengkaji, menganalisis dan belajar dari blog, ebook, forum dan ‘berkawan’ dengan komuniti virtual seperti dalam blog Irfan ni…itu juga kira ‘orang lain’ juga..hehe..boleh ka?

    kalau boleh, academy yang wujudkan ada long distance learning, virtual library, sebab dari sabah ke semenanjung ni banyak cabaran, terutama dari segi tambang kapal walau air asia ada..jadi, kalau belajar via internet da jimat…

  14. betul tu, sekiranya pergaulan anda terhad, jadikan buku, rujukan online speerti Tip Satu Minit dan apa sahaja bahan ilmiah yang lain sebagai “kawan” kita.

    ketika saya belajar mengenai kejayaan, saya juga kurang bergaul, tetapi, pakar2 motivasi (melalui buku) menjadi kawan2 saya 🙂

  15. Tips hari ni hebat…meluaskan jaringan sahabat kite menjadikan kite lebih matang…mengenal diri dan mencari jalan ke arah kejayaan..kite boleh menjadi inspirasi kepada yang lain…Thanks .kenali rakan bulatan kite

  16. yelah tu,orang melayu memang phd dalam bab sihir-menyihir,tak boleh tengok orang senang sikit,membantu kawan amendenyer?

  17. yeah i agree with it.we hve to choose our friends and follow their good attitude and leave their bad attitude.but it doesnt mean we hve to choose among the millionairs to be our friends!!!

  18. mafhum dari satu hadis…
    “siapa yang berkawan dgn penjual minyak wangi…dia akan terkena bau wanginya.
    siapa yang berkawan dengan pembuat besi…dia akan terkena tempias besinya”

  19. Ada jutawan cakap kat saya,”sebelum dapat title jutawan, jutaan rintangan pahit panis harus ditempuhi.” Huhhhh!!! hebatnya. Saya Tabik sungguh! Bertuah mereka dipilih Allah menghadapi dugaan hebat, utk dapat Anugerah Hebat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.