Zubair Al-Awwam – Menggadaikan Segala Harta Benda Demi Islam (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Zubair Al-Awwam – Menggadaikan Segala Harta Benda Demi Islam (Bahagian 1)”]

Menginfakkan harta kekayaannya ke jalan Allah.

bersedekah

Sebagai salah seorang pedagang dan para sahabat yang kaya-raya juga usahawan terbilang,  lantaran  perniagaannya yang sangat maju, berkembang dan berjaya, Zubair Al-Awwam telah menginfakkan harta miliknya demi untuk Islam tercinta.

Diceritakan sebelum meninggal dunia, Zubair Al-Awwam telah berpesan  kepada anaknya untuk melunasi hutang-piutangnya, kerana segala harta yang ada menjadi miliknya telah didermakan dan dipergunakan ke jalan Allah dan andai hutangnya juga tidak terlunas, maka beliau meminta kepada anaknya agar bermohon kepada Allah SWT sebagai pelindungnya, supaya melunasi hutang-piutangnya itu dan Allah SWT telah mengabulkan permintaannya.
Zubair juga dikatakan memiliki seribu orang hamba dan turut memiliki tanah yang mengeluarkan hasil yang melimpah ruah di mana beliau sentiasa membayar pajakannya, tanpa mengambil sedikit pun daripada hasilnya.

Sewaktu peperangan Badar al-Qubra, Zubair Al-Awwam telah menggadaikan 2 ekor kuda miliknya, demi untuk mempertahankan kesucian Islam dan dianggarkan juga beliau memiliki harta kekayaan yang bernilai lebih daripada 40juta dirham dan didermakan serta diagihkan kepada anak-anak yatim, isteri-isteri dan anak-anaknya selain untuk dirinya sendiri dan diinfakkan untuk berjihad ke jalan Allah. Demikianlah kisah seorang usahawan Islam terbilang yang kaya-raya serta sahabat nabi yang dikasihi dikenali sebagai Zubair Al-Awwam.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Zubair Al-Awwam – Menggadaikan Segala Harta Benda Demi Islam (Bahagian 2)

  1. Sesungguhnya para sahabat nabi dahulu memang betul-betul yakin dengan janji Allah. Sedekah adalah antara kunci kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.Ramai yang terlepas pandang kehebatan sedekah ni. Thanks IK kerana artikel ni memang best.

Leave a Reply

Your email address will not be published.