Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali. 

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…

  1. ya, memburukkan pesaing seolah-olah membuatkan kita di blacklist oleh ramai pesaing.

    sebab itulah iklan sabun buat lawan jenama XX je sebagai contoh iklan. yelah, nnt habislah kena cop memburukkan produk orang.

    Tapi kalau lihat Open source: mozilla firefox dan internet explorer, memang ie selalu kena kutuklah sebab firefox nie ramai-ramai develop dan bukan untuk dijual pun |o|

  2. ye betul tu…kalau kite gune pendekatan burukkan org lain..mmg tak lame lah..
    sy ade pengalaman dalam ni…tak lame bertahan…kite pakat cube hakis lah sifat2 keji2 ni..tak de gune pun..kite sesame muslim kena bersatu..
    “set2 kite jangan berpecah” 🙂

  3. fuhhh..persoalan ini nggak tahu lah bung.
    mungkin buat yang lebih baik daripada pesaing dan act cool. lain situasi mungkin lainc ara utk tackle. kalau bab harta intelek, mungkin boleh bawa pergi court. kalau bisnes makanan, mungkin boleh buka branch-branch kat tempat lain. kalau bisnes baiki kereta maybe boleh capture hati regular customer spt bagi free mentol ker.
    mungkin ada pandangan yg lebih bernas dari saudara saudari yg lain…

  4. Biarkan je, tumpukan pada bisnes kita , sebenarnya umpat keji orang adalah saham juga pada kita. jadikan segalanya sebagai satu motivasi untuk kita lebih maju. think positif , tentu ada kelebihan pada kita yang dicemburui hingga sanggup buat publisiti murahan menjatuhkan perniagaan kita. perniagaan kita adalah diri kita, jadi mahukah kita rebah dan kecundang hanya kerana cakap2 yang tak berasas yang tentunya datang dari mereka2 yang TAK ADA AKAL…

  5. Betul tu, sifat mcm ni takkan bawak kita kemana. tapi sikap ni lah yang banyak ada dalam diri masyarakat melayu kita.
    Rasanye semua org tahu yg rezeki masing2 Allah yg bagi tapi buat2 tak faham, itu yang wujud sifat tu.
    binalah persaingan yg sihat kan bagus, kalau terkena jugak situasi macam tu, tak yah peduli ngan diaorang, lebih baik fikirkan macam mana nak tingkatkan business kita,kualiti produk kita, sambil2 tu fikirlah jugak camne nak elak benda2 mcm ni kan…

    janji kita tak buat macam tu dekat orang lain, insyaallah kita pun selamat.

  6. perli,memburukkan pesaing dan apa semua dah lama berlaku dan masih di gunakan sehingga kini oleh company2 besar.so i still think if your company has a great product it will still sell no matter how you degrade your competitor.sometimes its called aggressive marketing!!burger king vs mcdonalds and pepsi vs coke.pernah tgk iklan dorang kat america?

    contoh iklan:seorang budak kecil pergi ke mesin air,kemudian memasukkan duit dan menekan butang utk mengeluarkan air tin coke,dia masukkan lagi duit dan sekali lagi menekan butang coke,dgn adanya dua tin coke ni,dia meletakkan kedua2 tin coke atas lantai,pijak atas kedua2 tin coke yg baru beli tu (utk di jadikan height support),masukkan duit, dan menekan butang air pepsi.hahaha

    these things will never die in business.
    so it still comes down to the very basic,fantastic product will sell.

  7. Assalamualaikum.

    Betul tu. Takde faedah nya memburuk-burukkan orang lain. Satu jari menunjuk ke orang lain, 4 jari tunjuk ke diri sendiri.

    Sebelum burukkan org lain, cuba fikirkan apa perasaan kita kalau kita dilakukan begitu.

    Wassalam.

  8. Pada pendapat saya kalau kita memberi perkhidmatan yang memuaskan,kalau orang nak jatuhkan kita pun agak sukar.Kita mesti tunjuk yang kita tidak seperti yang digambarkan.Kita jangan mudah patah semangat.Kita melawan dengan cara positif.Sebelum keadaan jadi terdesak,kita mesti ada plan B.

    Salam Usahawan! 🙂

  9. Satu Berita Baik. Bila ada orang macam ni tentu dia nampak kelebihan pada diri saya yang saya sendiri tak nampak

  10. Ehem, ehem, Irfan ada baca ker post saya kat wangcyber ? kalau tak baca baik jangan (lepas puasa nanti bacalah) .

    Assalamualaikum

  11. Saya setuju sekali… tapi bagaimana pula seseorang yang melepaskan geramnya dengan sesebuah perniagaan akibat produk dan kualiti tidak setimpal dengan bayaran?

    Adakah ini juga memburuk-burukkan?

  12. hi semua..

    bagi saya bila pesaing mula start menjatuhkan saya, saya takkan balas dengan cuba menjatuhkan dia pula, tapi saya berusaha sedaya upaya mempertingkatkan servis bisnes saya pada pelanggan, menambahkan kualiti produk dan berusaha menjadi lebih baik setiap hari..

    tumpukan pada bisnes sendiri, jadikan ketidakpusahatian orang lain pada kita sebagai satu cabaran…bila dianggap itu sebagai cabaran, diri sendiri dan bisnes menjadi lebih maju…jadikan umpatan pesaing sebagai motivasi untuk lebih berjaya dalam bisnes..

    saya menghadapi keadaan ini setiap hari bila mana kawan-kawan merasa sangsi dengan bisnes internet yang saya jalankan, diorang buat bsnes jualan langsung

    ..mereka kata bisnes internet ni menipu ja lebih, tapi bila diorang tengok penyata akaun bank saya, mereka terdiam dan saya terseyum puas! mentaliti & kebolehpercayaan orang kita pada bisnes online masih lagi di tahap rendah..

    bagaimana nak ubah mentaliti ni?

    apa-apa pun, tq pada tip hari ini

  13. Be tactful..
    Kena tengok sampai tahap mana dia nak jatuhkan kita..
    Selagi kita boleh sabar, kita sabar dan ignore je lah..
    Kalau dah melampau sampai nak ‘tuang pasir’ ke dalam periuk nasi kita, ‘orang berbudi kita berbahasa’.. jangan kasi muka…
    Kasi reflect sama dia, krn tindakan reflect bagaikan ‘cermin’ yang dia tak akan sanggup lihat akan berlaku pada dirinya pula..
    Amacam..! ‘sarang tebuan jangan dijolok’, tak maut pun kira ok, kasi bengkak saja (itu prinsip tebuan).

  14. Biarkan sajalah, kalau over dan cukup bukti buat court case..
    Secara ‘average’nya sukahati dia oranglah..
    asalkan jangan cederakan kita sudahlah..
    Apapun kita kena happy dan kita enjoy..!

  15. I tend to agree with Azmir.

    Biasalah tu, nama pun competition. Bak kata Azizi Ali, “Whoever take our market share become our competitor. And we cannot expect to be invited to his/her birthday party…”

    Semua orang pun begitu. It just siapa yang claim dia lebih baik dari orang lain dan the other who just don’t care.

    Rite?

    Fantastic product will sell. Sebagai konsumer, it entertain me to see people competing.

  16. begitulah adat dunia. lebih2 lagi kalau kita baru nak naik, ada saja kata2 yang tidak sedap kita dengar. bagi den, sonang aje, buat don’t know aje. janji kita jangan sesekali patah semangat.
    bak kato orang tuo2, “kalau tak berani dilanda ombak, jangan sesekali berumah ditepi pantai”.
    apapun, perjuangan mesti diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir!

  17. “Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?”

    Jika perkara ini berlaku, saya memperteguhkan kembali prinsip ‘Berniaga dengan jujur’.

    Apa yang dijanjikan kepada pembeli maka itulah yang harus diberikan. Contohnya, jika penghantaran dlm tempoh 24 jam, maka dlm masa 24 jam, produk harus sampai kepada pembeli.

    Lumrah manusia amat mementingkan kejujuran untuk membina kepercayaan. Kepercayaan hanya akan lupus apabila tiada lagi nilai kejujuran mahupun keikhlasan ditunjukan.

  18. if diz thing happen~
    hurmmm definitely I’ll prepare my shield for the sake of my business.

    Alaaa mcm org2 tua dolu cakap â€sediakan payung sebelum hujan”.(kalu lelebih siapp arr!~)
    Betul tk guys??

    (^_^)

  19. Strategi memburukkan pesaing adalah satu strategi yang baik untuk anda kerana dengan itu perniagaan anda akan bertambah cepat,hebat,dan bergaya sekali…

    kerana CEPAT perniagaan anda akan lingkup,HEBAT dengan cara anda jatuh(iaitu dgn menjatuhkan dan memburukkan pesaing anda)
    dan BERGAYA sekali kerana semua orang tahu yang anda jatuh kerana menjatuhkan org lain

    Oleh itu burukkan pesaing anda dan rasai KEHEBATAN KEJATUHAN yang CEPAT dan lakukan sebaliknya jika anda ingin BERJAYA dan KAYA dalam perniagaan

    Wassalam,
    Nizal
    Pasir Mas

  20. sy akan tambahkan ilmu,bayangkan gerai ayam melawan kedai kfc yang besar…Ibarat bercakap seorang diri..he2

  21. Sy akan tambahkan ilmu, bayangkan gerai ayam memburukkan kedai kfc yang besar,,ibarat bercakap seorang diri…he2

Leave a Reply

Your email address will not be published.