Bagaimana hendak jadi kaya? Soalan yang sering sangat saya dengar. Pastinya anda yang membaca tajuk besar di atas juga mempunyai soalan yang sama bukan?
Apabila diberi mandat untuk menulis setiap minggu di Majalah M, amat saya seronok oleh kerana dapat sebarkan lagi mesej kekayaan, dan juga teknik kewangan kepada pembaca-pembaca setia Majalah M. Oleh itu, jangan lepaskan untuk mendapatkan Majalah M pada setiap minggu!
Masalah kewangan boleh diibaratkan seperti masalah kesihatan. Ianya lebih baik diketahui dari awal sebarang penyakit dan halang sebelum atau tanda-tanda penyakiy itu dapat dilihat.
Di minggu-minggu akan datang saya akan berkongsikan tentang strategi, teknik dan tip-tip kewangan yang boleh membantu keadaan kewangan anda, tidak kira di tahap mana pun anda berada.
Namun, selain daripada berkongsi melalui pengalaman dan kepakaran saya, saya juga inginkan ruang ini menjadi lebih interaktif, di mana, saya dapat menjawab soalan perihal kewangan andapada setiap minggu. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan, ajukan soalan-soalan anda melalui ruang Facebook saya di www.facebook.com/irfankhairi.fb
Berbalik kepada soalan asal. Bagaimana hendak menjadi kaya?
Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom ‘tak mahu kaya’? Ok, apa maksud saya?
Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.
Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo” (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”. Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek ‘anak orang-orang kaya’. “Eleh, tengok anak orang kaya tu… macam bagus!” . Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.
Bersambung di: Bagaimana hendak jadi KAYA? (Bahagian 2)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021