Mencari niche ataupun pengkhususan dalam perniagaan internet adalah pilihan paling popular di kalangan peniaga-peniaga internet. Dalam entry kali ini, anda akan mengetahui tiga kelebihan menjadikan perniagaan anda lebih khusus/niche daripada memilih kelompok industri yang terlalu umum.
Kelebihan #1: Kelebihan utama mecari niche perniagaan adalah kerana anda boleh fokus kepada kumpulan lebih kecil dan lebih spesifik, anda akan lebih mudah memahami kehendak pasaran anda. Anda juga akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai niche perniagaan anda.
Contohnya, jika anda menjual produk kuruskan badan, niche dalam produk kuruskan badan, anda boleh memilih untuk produk ‘ kuruskan badan untuk wanita selepas mengandung’. Dari sini anda dapat beri keutamaan pada target prospek perniagaan anda.
Kelebihan #2: Jika anda berada dalam niche perniagaan anda; anda akan mudah berada dalam kelompok yang tepat dalam perniagaan anda. Kerana setiap pengkhususan perniagaan, urusan pekerjaan anda menjadi lebih efektif kerana anda mengetahui pengkhususan bagi setiap perniagaan yang dijalankan.
Walaupun pada masa yang sama anda sedang menjalankan pelbagai perniagaan, anda dapat memberi fokus pada perniagaan-perniagaan yang lebih menguntungkan mengikut niche perniagaan yang anda rancangkan. Sekiranya anda memberikan tumpuan lebih dalam setiap niche perniagaan anda, sebenarnya anda telah menghadirkan diri anda sebagai penyelamat kepada pemasalahan-pemasalahan yang dihadapi oleh mereka yang dalam target niche perniagaan anda.
Disinilah, anda dapat membina perniagaan anda disamping jenama perniagaan anda dibina. Sebaik sahaja anda berada di tahap itu, pemasaran anda akan menjadi lebih berkesan. Kerana apabila anda diiktiraf sebagai seorang pakar dalam niche perniagaan anda. Orang akan mula mengesyorkan produk/perkhidmatan anda kepada orang lain kerana kepercayaan mereka terhadap kepakaran anda.
Kelebihan #3: Niche perniagaan yang anda lakukan akan lebih disukai oleh ramai enjin pencari yang wujud seperti Google , Yahoo , dan sebagainya . Apabila anda berada dalam pemasaran khusus, anda akan mengoptimumkan laman web anda untuk menggunakan keywords tertentu. Enjin carian sangat suka pada laman web khusus yang mempunyai banyak maklumat yang berkualiti.
Dengan sasaran pada pasaran khusus, ia adalah lebih mudah untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi pada halaman carian dan menjana lalu lintas carian yang lebih tinggi. Ini mungkin boleh membawa kepada peningkatan pengunjung laman web, lebih ramai pelanggan, dan akhirnya lebih banyak wang.
*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Entry yang memberikan lebih kefahaman tentang kelebihan mempunyai niche yang tepat.
Terima kasih.