5 Idea Produk Perniagaan Sempena Bulan Ramadhan [Bahagian 2]

… bersambung dari artikel lepas šŸ˜‰

#3 Kad Raya

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah releven untuk menggunakan kad raya pada masa kini dimana internet hanya dihujung jari sahaja. Malah, dengan adanya teknologi masa kini, ucapan raya boleh terus dihantar dalam masa hanya beberapa saat sahaja dengan menggunakan sms, mms dan juga emel. Namun, ada juga yang lebih menyukai kad raya yang berbentul fizikal kerana ia Nampak lebih bermakna jika dihantar kerana penerima boleh menyimpannya atau menggantungnya sebagai hiasan di waktu hari raya nanti.

Bagi mereka yang bergelar sebagai grafik designer, atau mereka yang mempunyai kemahiran design, inilah masanya untuk anda mencari pendapatan tambahan denganĀ  mengambil tempahan daripada syarikat-syarikat yang mahu membuat custom design kad raya untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Anda juga boleh menghubungi dan membuat deal dengan mana-mana syarikat percetakan untuk mendapatkan harga yang murah untuk mencetak kad raya yang telah anda design tersebut. Cuba anda bayangkan jika syarikat tersebut membuat tempahan sebanyak 500 keping kad raya daripada anda dan anda mark-up keuntungan RM0.20 untuk setiap satu kad ditambah lagi dengan RM100 bagi custom-made design yang anda buat, agak-agaknya berapakah jumlah keuntungan akan anda dapat?

 

#4 Baju Raya

Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang sahaja bulan ramadhan, orang ramai sudah mula menempah dan membeli baju raya untuk dipakai di pagi syawal nanti. Malah, tidak hairan juga ada yang sanggup berbelanja sakan untuk mendapatkan baju raya pilihan mereka sendiri. Pembelian mereka boleh diibaratkan seperti 30 hari raya mesti memakai 30 pasang baju raya. Bagi si teruna dan si dara, masa inilah untuk mereka berpakaian cantik dan kemas untuk menonjolkan kehenseman dan kecantikan masing-masing.

Sangat rugi jika anda abaikan untuk menjual baju raya pada waktu ini kerana rata-rata mereka akan mencari baju raya untuk dipakai di hari raya nanti. Anda boleh mencari pemborong dan dapatkan baju raya dengan harga yang lebih murah dan jualkan ianya semula dengan harga pasaran.

 

#5 Kuih Raya

Kuih raya juga adalah antara produk utama sempena musim hari raya. Kebanyakn tempat, kita dapat lihat sudah ramai penjual yang menjual kuih raya semasa bulan ramadhan. Jika anda kurang mahir atau tidak berkesempatan untuk membuat kuih raya, semestinya anda akan membeli sahaja terus dikedai. Di sini sudah nampak betapa besarnya peluang untuk pasaran kuih raya ini. Anda sepatutnya menjadi sebahagian daripada mereka yang menjual kuih raya ini. Antara kuih yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Almond London, biskut, kekacang rangup kerana ianya digemari oleh semua peringkat umur. Dan jika anda lihat, rata-rata penjual akan menjual kuih-kuih jenis ini.

 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi perniagaan yang boleh anda lakukan sepanjang bulan ramadan ini. 5 idea perniagaan yang saya nyatakan disini adalah antara perniagaan yang memerlukan modal yang rendah untuk bermula. Jadi, anda boleh cuba gunakan idea perniagaan ini. Anda juga boleh lakukan perniagaan dengan idea anda sendiri.

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan dari kami di Irfan Khairi Sdn Bhd!

*Artikel oleh Amim Najmie,Ā trainer ā€œDiploma ProfesionalĀ Perniagaan Internet & StrategiĀ Media Sosialā€ Open University Malaysia ā€“ IPD. LawatiĀ www.OpenUni.com.my

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

6 thoughts on “5 Idea Produk Perniagaan Sempena Bulan Ramadhan [Bahagian 2]

  1. Info yang sangat menarik!

    Penuh dengan tips2 yang berguna utk memulakan perniagaan sampingan untuk tambah duit raya pada bulan puasa ini.

    Moga banyak lagi perkongsian2 dari Team IK šŸ™‚

    Terima kasih

  2. Dah tiga jam cari… jumpa akhirnya … terima kasih atas maklumat yang amat berguna nie… saya terhutang budi dengan blog ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.