[Sambungan dari bahagaian 1]
Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.
Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).
Pastinya anda pernah dengar istilah “yang kaya semakin kaya” bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!
Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih IK atas perkongsian yang bermanfaat ini. Memanglah duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit hari ni. Percayalah jadi kaya lebih bahagia dari tak mempunyai apa-apa, sama ada secara emosi juga kepuasan diri. Bukan atas niat nak menunjuk2
Tips yang amat berguna IK.