3 Pesanan bila berniaga dari rumah

Menjalankan perniagaan dari rumah kini menjadi satu aktiviti yang tidak asing lagi bila makin ramai yang mula memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga hanya dari rumah. Saya sendiri mula menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 2000. Cuma kini bila perniagaan dah berkembang, memiliki premis offline dan 10 staff!

anakpanjat.jpg
Perniagaan dari rumah? Satu impian untuk ramai 😉

Berikut adalah beberapa tip dan pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:

  1. Jadual waktu – Anggap kerja dari rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.
  2. Ruang yang tetap – Zaman ini, perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi, mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk anda masuki “zon perniagaan” anda!
  3. Sokongan keluarga – Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa menjalankan perniagaan.

ouminirazzi

Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia akan menjadi realiti!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, dan tidak tahu di mana atau bagaimana perlu anda mulakannya, sertai Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Open University Malaysia – IPD. Program separuh masa khas untuk usahawan, bakal usahawan dan suri rumah dalam memulakan dan menjalankan perniagaan Internet yang menjana pendapatan dari rumah. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenUni.com.my. Tempat terhad, kini hanya 3 tempat kosong sahaja!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “3 Pesanan bila berniaga dari rumah

  1. Assalam..

    Bisnes dari rumah memang menjadi idaman ramai di kalangan kita kerana banyak kelebihan yang ada di samping boleh menjimatkan kos.

    Walau bagaimanpun, utnutk pastikan ia berjaya, perlu perancangan yang baik dan juga pelaksanaan yang berkesan.

  2. Memang berminat nak buat biz online dari rumah tapi betullah nak minta komitmen ahli keluarga yang lain tu kekadang memang susah terutama anak2. Kekadang isteri pun sama. So ini menyebabkan lari dari rumah dan cari sudut atau ruang kerja di tempat lain yg lebih sesuai.

  3. Pesanan yang amat berguna. Ramai yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet tidak dapat berkembang maju kerana tidak berjaya mendisiplinkan diri.. termasuk saya seketika dahulu.. 🙂

  4. Saya setuju dengan poin pertama IK. Memulakan perniagaan dari rumah mempunyai cabarannya sendiri di mana kita akan mudah tergoda dengan pelbagai rancangan menarik di TV, mudah ke dapur mencari makanan dan juga untuk bersenang lenang berehat.

    Tanpa disiplin yang kuat dan jadual yang baik, pasti perniagaan yang diusahakan lambat menemui kejayaan. Usahawan internet harus bijak membahagikan masa kerja mereka biarpun hanya berada di satu sudut kecil di rumah mereka sendiri.

  5. Tips yang sangat berguna, saya kerja office full time and saya ada waktu malam je untuk buat video tutorial design website untuk blog saya. tapi waktu malam isteri dan anak nak bersama saya. so saya rasa bersalah pulak dengan mereka, InshaAllah saya akan uruskan masa saya dengan lebih baik.

  6. Hebat perkongsian bermanfaat dari IK, macam tu rupa nya kalau kita nak serius dalam perniagaan internet ni ye IK ..

    Anyway thanks very much for the valuable info.

  7. sangat best berniaga dirumah, tapi cabaran yang besar bagi saya adalah ada anak kecil. suami pula kadang2 tidak memahami.erghh!!.

  8. Terima kasih..info yang amat berguna.saya pon dah mula kan perniagaan dari ruma hanya mengunakan bilik kecil .alhamdulilah anak2 semua dah besar, tiada ganguan. Masa berniaga bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Macam2 kita boleh meniaga di internet, perhiasan wanita, pakaian, kerepek2,produk wajah ,kek , tudung dan lain2.

  9. Good info for us especially untuk kami surirumah yang ingin menambah pendapatan keluarga dengan berniaga secara online. Thanks. 🙂

  10. Saya juga dah alami situasi seperti yang disampaikan, dulu saya kerja kerajaan, banyak cabaran sebelum mula berniaga di rumah, kini saya usahawan internet sepenuh masa, sekarang hanya kerja di rumah dan di mana-mana sahaja.

  11. Alhamdulillah. Pada Asalnya Hanya Sbg Operator Di Kilang. .. Ada Masalah Waktu Kerja Selepas Melahirkan Anak.. Mula2 Ada Perasaan Takut Nak Berhenti keje sbb takut belanja x mencukupi. Alhamdulillah Mula berjinak dgn Bisnes on9.. Alhamdulillah Skrg pendapatan mencecah 10k sbln utk jualan 1 jenis produk… Utk suri rumah tangga… Jgn takut utk Mencuba kalau kita nk merasa mewah mcm org lain.. tp yg plg penting restu suami… in Shaa Allah kita semua pasti akn berjaya. Amiiiiin

  12. Kerja dirumah bukan saja secara online tapi boleh guna gaya pos…tapi disiplin ITU penting…rekod Bisnes kemas Dan perlu up date setiap hari…klik pada nama saya untuk lihat blog perniagaan dirumah yg. Saya jalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.