Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom “˜tak mahu kaya”™? Ok, apa maksud saya?
Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.
Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo” (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”. Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan sering mengejek “˜anak orang-orang kaya”™. “Eleh, tengok anak orang kaya tu! macam bagus!” . Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.
Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Biasa dengar ni. Ada tak teknik tersendiri yg berkesan utk menghilangkannya?
Contohi batman dan iron man. Mereka kaya tapi baik dan mereka superhero 😀
Betul tu.. Saya setuju dengan pendapat IK.. Pemikiran kita sering dibelenggu oleh perasaan takut untuk jadi kaya, disebabkan terlalu banyak menonton drama..;)
Take Action. itulah kunci dari semua tindakan kejayaan yang paling handal setelah mengetahui ilmu menjadi kaya
Salam,
Betul itu apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi. Masyarakat kita terutama bangsa kita ada yang takut. Kenapa kita takut. Tengok aje la perbuatan dan percakapan seharian kita.
Ada nya frasa dalam perkataan kita yang menyebut contohnya :-
Akak tidak mahula beri anak akak minum pati ikan $%#$%#% takut nanti dia tak mahu atau badannya lagi bertambah sakit.
Nampak tak?? Ucapan kita sendiri pun ada sebut pasal takut. Benda yang disebut takut itu bukannya benar pun. Tapi kita memangdah terbiasa sebut takut.
Bila terpandang orang bawa Mercedes / BMW di sebelah kenderaan kita. Kita akan katakan wah berlagak la orang tu. Kita taknak la jadi orang bawa kereta mewah itu nanti takut kena rompak!!
Moralnya di sini nak jadi kaya Insya Allah tengoklah orang kaya di sekeliling kita. Apa tindakan dan percakapan mereka tu? Belajar daripada mereka, moga-moga kita pun dapat sesuatu yang berharga dan berusaha untuk capai kejayaan dan kekayaan. Ameen.
Betul la kata orang perak tu…duit yg ‘seketul’tu memang takleh wat masuk kubo,tp kena ingat gak..sebab duitnilah kita kena tanye(hutang tak bayar dll)dalam kubur@alam akhirat…jadi takpe berduitpun asalkan terpandu dengan AGAMA…macam para sahabat r.hum…ramai yang kaya tapi semua dahulukan AGAMA maka berjaya dunia dan akhirat..Wallahualam
saya takut lagi jadi miskin dari jadi kaya.
Minda kita ialah leverage yang paling berkuasa
sekali.Setkan minda kita dengan elemen2 yang positif.
Semua orang nak kaya tapi ramai macam anggap kaya itu ikut keturunan,anak orang kaya selalu pilih kawin orang kaya.Sebab tu ada perumpamaan pipit sama pipit, enggang sama enggang.Tengok filem P.Ramlee,,Ibu Mertuaku,Penarik Beca, Antara dua darjat..semua tema kontroversi orang kaya dan miskin. Bukan nak kata, orang miskin pulak asyik bersungut ‘kita orang miskin x duit!’..tapi pokok cili dan terung pun x tanam inikan pulak nak ada motivasi nak niaga..sikap nk niaga ,MALU..begitu keadaannya.TQ
Saya seronok baca Majalah IK, tapi x de jual tempat saya..memang bagus dan beri inspirasi pd saya