Motivasi bermula di minda

Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

goal-setting1.png

Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industry mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan kearah itu.

Dalam apa sahaja industry sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Minda hebat, kejayaan pun pastinya hebat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Motivasi bermula di minda

  1. Salam Ramadhan IK 😉

    Saya amat bersetuju artikel kali ni.. untuk berjaya kita sangat perlukan ilmu dan pelajari dari orang yang dah berjaya (mentor) supaya kita boleh tiru strategi kejayaan yang mereka guna

  2. Ramai orang biar circumstances yang berlaku pada diri diorang sebagai penghalang kepada masa hadapan mereka… sedangan semuanya hanyalah mainan minda mereka.

  3. Betul tu segalanya bermula dengan minda, nak buat sesuatu perubahan perlulah difikirkan dengan minda yang terbuka terlebih dahulu. Saya teringat seorang kawan ada berkongsi satu teknik dalam membuat perubahan diri iaitu Minda-Soul-Body dimana fikirkan dulu perubahan yang ingin dibuat seterusnya hayatinya seolah-olah sudah berlaku barulah tubuh badan akan bertindak. Sekian…

  4. Masalah information overload melanda diri kalau takde matlamat. Tanpa motivasi, usaha akan terhenti dengan mudah. Tanpa komitmen, hasil kerja tidak berkualiti…… Thanks Bro Irfan for this motivational entry.

  5. Selalunya saya akan gunakan peta minda supaya setiap haluan saya tidak menyimpang dari matlamat yang saya mahukan. 🙂

    Apa-apa pun, terima kasih atas perkongsian ini. (^_^)

  6. setuju dgn artikel ni…elok kita lakarkan apa yg kita idamkan di atas kertas setiap malam ketika sebelum waktu tidur..bila bangun pagi, kompom kita rasa lebih bersemangat tinggi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.