Blog perniagaan – hidup atau sudah mati?

Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?

Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:

  • Lebih fokus
    Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.
  • Enjin pencari
    Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian “perniagaan”, “kewangan”, “slogan perniagaan” dan banyak lagi di google… dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya!
  • Jenama sendiri
    Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti www.irfankhairi.com. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV

Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja… malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!

ps: Ingin mempelajari bagaimana Internet dan Media Sosial boleh membantu anda & perniagaan? Klik di sini untuk Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, di Open University Malaysia – IPD 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “Blog perniagaan – hidup atau sudah mati?

  1. Saya setuju blog masih satu platform yang sangat penting & berkesan walaupun ada banyak platform lain. Untuk perniagaan, seeloknnya mesti ada 🙂

  2. Saya sependapat dengan IK. Kerana saya sendiri masih menggunakan aktiviti blogging untuk menjana pendapatan secara online..

  3. memang tak di nafikan media sosial seperti facebook dan twitter telah menenggelamkan sedikit sebanyak pengaruh blog. Buktinya, saya pun dah jarang masuk ke blog sebab sibuk berfesbuk. huhu

  4. Salam Tuan IK,

    Saya Saufi dan sangat berminat dengan cara bisnes tuan IK,
    saya telah menghasilkan ebook pelaburan hartanah tanpa modal dan hobi saya mmg suka jual beli rumah dan menganalisa rumah.
    saya ingin mendapatkan nasihat Irfan. Kalau boleh nak jadi mentee irfan. Boleh ke?

    Salam.
    Saufi Karim (SK)

  5. Blog memang sangat diperlukan selain dari media sosial yang lain. Pandangan saya blog merupakan perkara pertama yang harus dimiliki dalam dunia perniagaan internet kerana blog memberikan maklumat terperinci mengenai sesuatu perniagaan.

  6. Salam..

    Saya setuju dengan info yang dikongsikan oleh Saudara Irfan Khairi..

    Apabila kita mencari sesuatu maklumat dekat Google, kebanyakan maklumat yang kita berjaya perolehi biasanya datang daripada blog..

    Ini menunjukkan blog sangat penting untuk membantu kita memasarkan perniagaan di internet..

    IK, saya nak minta tips macamana nak terus kekal berada di page pertama google?

    Terima kasih..

  7. Terima kasih Saudara Irfan untuk tip blog dan perniagaan yang dikongsikan. Saya sedang usahakan beberapa tip yang tuan kongsikan ini. Alhamdulillah mmg ada perubahan yg baik. 🙂

    Khaidir

  8. YA! Saya setuju, penggunaan blog semakin popular bagi proses penjenamaan. Blog adalah wang bagi perniagaan internet.

    Kini saya juga mempunyai blog sendiri selepas menghadiri workshop Perniagaan Internet Irfan Khairi. 🙂

    Hanaffi Idris
    hanaffiidris.com
    Blog Usahawan Dan Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.