By now mungkin anda telah dengar berita Steve Irwin dari rancangan Crocadile Hunter maut disengat stingray. Steve Irwin adalah antara personaliti TV favourite saya sebaris dengan Jamie Oliver (Naked Chef) dan Ian Wright (Travel Channel). Sebab nya…
Sebelum Steve Irwin, siapa sangka seorang penjaga zoo boleh jadi popular?
Sebelum Jamie Oliver, siapa sangka seorang chef yang memasak masakan simple sahaja boleh jadi popular?
Sebelum Ian Wright, siapa sangka pengembara “backpackers” ni boleh jadi popular?
Tip kali ini adalah, tidak kira apa sahaja industri anda, terdapat peluang untuk anda “popularkan” diri anda di dalam industri tersebut sekiranya mengenakan sedikit kreativiti kepada diri anda sendiri.
Menjadi popular adalah strategi perniagaan. Orang ramai lebih suka memilih yang popular berbanding dengan yang kurang popular- psikologi manusia!
Soalannya adalah…. bagaimana hendak menjadi popular? Berikut adalah 3 tips:
- Be passionate sehingga orang ramai boleh nampak passion anda (lihat cara Ian Wright bercakap mengenai pengembaraan)
- Be very good at what you do. (lihat cara Jamie Oliver memasak)
- Be different- lakukan sesuatu diluar jangkaan orang ramai (lihat cara mendiang Steve Irwin bermain dengan buaya dan ular)
Popularity boleh menjadi strategi perniagaan yang baik jika digunakan dengan cara betul. Selain daripada 3 personaliti di atas, Donald Trump, Richard Branson dan Bill Gates adalah 3 billionaire yang sering menggunakan popularity dalam perniagaan.
Cuma, kalau nak popular, tak boleh la malu-malu cat (meow!) 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Ayark… kan ni pemalu :D. Ya menjadi popular menerusi penulisan ;).. Masih ada berbagai cara untuk menjadi popular.
*”Bilalah aku nak popular” dengan nada yang agak serius 😀
Berasaskan kepada istilah POPULAR ni teringat pulak saya tentang senario nasional yang berlaku dalam beberapa minggu yang lepas iaitu PERKAHWINAN CT NURHALIZA DGN DATUK ‘K’.
Kalau kita melihat senario demikian dari sudut negatif memanglah kita merasakan bahawa banyak perkara-perkara yang kurang enak berlaku semasa berlangsungnya perkahwinan tersebut yang lebih menjurus kepada suatu pembaziran dan terlalu ‘GRAND’ seolah-olah mengagung-agungkan seorang penyanyi terkenal tanahair. YA PERKARA TERSEBUT MEMANG BENAR!
Tetapi tahukah anda apakah manfaat yang dapat diperolehi oleh mereka-mereka yang terlibat di dalam menjayakan perancangan majlis perkahwinan tersebut? Datuk K seorang ahli bisnes, maksudnya bagi seorang bisnesman, setiap sen yang dikeluarkan harus mendapat pulangan melebihi sen yang telah dilaburkan. Maka dengan itu, jika kita kaji balik daripada setiap apa yang telah diaturkan sama ada tukang pengacara majlis, katering masakan, mak andam, tukang jahit baju pengantin, tukang hias pelamin, pembekal audio sistem, pembekal khemah perkahwinan, hatta tokey tukang pembekal telur ayam sekalipun secara tak langsung menjadi POPULAR hasil daripada persandingan orang POPULAR NO 1 MALAYSIA masakini. Selain itu, tahukah kita berapa banyak lagi syarikat-syarikat ternama yang terlibat di dalam memberikan sponsor kepada persandingan berkenaan.
Bukankah ini secara tak langsung telah mengADVERTISEkan mereka untuk menjadi lebih POPULAR daripada sebelumnya dan dapat melariskan lagi produk jualan mereka? Mari kita renungkan….
Selain itu, saya merasakan perlu juga menekankan tentang pentingnya aspek PIONEER dalam menjalankan sesuatu bisnes selain daripada POPULAR semata-mata. Di mana apabila kita menjadi pioneer di dalam apa jua produk dan jenis bisnes yang diusahakan, ia lebih banyak membantu kita untuk menjadi POPULAR secara sendirinya, selain kita dapat mewujudkan identiti dan kelainan kita sendiri yang berbeza daripada orang lain dan sekaligus menjadi TRADEMARK di dalam perniagaan.
Wassalam
Tak sangka Irfan minat jugak tengok Jamie Oliver masak.Saya pun suka jugak tengok dia masak..lain dari yang lain.Susah nak miss.Bila dah popular ni nak buat publisiti pun tak susah sangat sebab ramai dah kenal.
Tapi kalau cakap soal passionate ni saya suka tengok orang jual ubat di pasar malam tu… kalau cerita mesti penuh bersesak-sesak nak dengar dia cakap.Kalau kena teknik pemasaran yang betul,memang berhasil apa yang dia cakap tu… kalau dia datang tiap-tiap minggu dia jadi popular jugak..cuma kat kawasan tu je la.. mungkin kita boleh belajar sesuatu dari situ 🙂
gunakan populariti untuk perniagaan, kalau dah popular jual apa bendapun org akan beli. Itulah psikologi manusia.Tapi jgn terlalu kejar populariti atau glamour sampai lupa pulak target sebenarnya..nak popular kena bersedia untuk popular..:)
Nak popular, jangan malu2 ‘cat’…
Nak popular pun kena ada teknik pemasaran yg bagus…kalo orang tak kenal kita, buat apa po orang tak peduli…contohnya penjaga zoo, kalo dok dalam zoo pagi petang siang malam. sampai bila pon takkan popular. So kena buat something supaya boleh dikenali dan popular. Cuba teliti 3 tip yg irfan bagi tu….dan yg penting, jgn cepat give up, jgn cepat ubah fikiran kerana cara pendekatan yg diambil kurang berkesan…teruskan usaha…..
Yap…saya setuju dgn
Cumakan..saya nak tahu bagaimana dapat mengatasi perasaan malu2 ‘cat’ yea?Saya dapati mereka yang mula2 nak berniaga semestinya ada perasaan malu2 cat nie sehingga menghalang mereka untuk memulakan langkah pertama.Saya harap dapat berkongsi dari pengalaman sendiri.Yelah amat menarik gak bagaimana org yang pemalu seperti dapat mengatasinya.
Yea..kita tengok yer kebanyakkan ahli bisnes mesti akhirnya dapat mengatasi segala ketakutan mereka yang selama nie mereka anggap x dapat mengatasinya.Malu2 cat nie la yang sebenarnya kalo kita x dapat atasi dahulu payah rasanya nak bergelar usahawan yang berjaya.
Bukankah begitu ?
Assalamualaikum.
Malu betul nak pergi menjual.
Tapi bab lain rasanya saya tak tahu malu.hehe
Wassalam.
Nak popular nii, saya rasa kena ada kesabaran sikit. Mungkin buat permulaan kita posting artikel kan kat buletin board siap dengan gambar kita dalam internet. Lepas tu masuk majalah ke, dan surat khabar. Kemudian kalau ada can masuk tv. Ikut style la. Step 1 saya dah mula kenal-kenal dalam internet. Kemudian nak tampal sticker kat cermin belakang kereta. Betul tak macam tu. p/s: Minat tengok cerita Ultraman dari dulu sampai sekarang.
Sorry laa Tertinggal sikit. Nak popular nii kita tak boleh gelojoh sangat. Seperti ambil gambar dengan Sang Buaya kemudian masuk tv. Nanti dia ngap kita, habisss. Kita ambil iktibar sudah laa..walau dah terror macam En.Steve, mesti berwaspada selalu.betul kan. Nanti orang jealous, bila dah berjaya!
Jika orang boleh buat, saya pun pasti boleh…insyaallah. agi idup agi ngelaban. Tapi nak mula dari mana ye? Ni yang lemah ni…:(
popular ni memang seronok!! ramai orang kenal kita disamping tak sukar nak pasarkan produk kita..
tapi saya nak tanya sikit
Bila dah terkenal tak risau ke ada yang nak menangguk di air keruh?
saya nak kongsi pengalaman sbg pensyarah….memang malu sebenarnya nak bercakap di khalayak ramai..but kita kena gak mula kan langkah dan cuba dulu…rase dulu sedap ke, manis, pahit pengalaman…kalo x sampai bilo2 kita x rase pengalaman tu…mula2 malu..pastu nak biase dah…mungkin leh relate kot ngan jual produk..:)
aku kalau bab malu nak jumpa orang ramai ble gak… tapi tak lawan kalau nak mulakan perbualan sebab aku tak tau mengayat. kadang-kadang tu bahasa tunggang langang, BI aku lagi lah tak laku diapasaran… aku nak kaya SIKIT.
popular ini penting dengan kepopularan kita akan dapat mengembangkan lagi biz kita.betul tak
POPULAR.. YA.. POPULAR NIE KIRA BERJANGKIT JUGAK.. SESIAPA YG POPULAR, MAKA ORG YG BERURUSAN DGNNYA TURUT TERKENA TEMPIAS POPULAR SPT PERKHAWINAN CT & DATOK K..
SAMA JUGA DGN PEMBERI KOMEN DLM TIP 1 MINIT YG MANA LAMAN WEB MEREKA SECARA TAK LANGSUNG TURUT POPULAR BILA MENYERTAI RUANGAN ‘POPULAR’DARI ‘IT SAVVY YG POPULAR’ NIE.. TAK GITU WAHAI GURUKU, IRFAN…
Cakap pasal malu ni, teringat saya kisah dalam buku Chef Li – menjejak jutawan senyap. Sungguh berkesan pada saya.
Yang paling penting kita tahu ialah malu itu adalah lumrah. Satu sifat yang dijadikan Tuhan pada semua orang. Tapi malu juga haruslah bertempat, kalau nak berjual benda yang halal, apa nak malukan.
So kita kena belajar menanganinya dgn betul.
Insyaallah akan berjaya.
Part ni yang susah kita nak jadi. Popular mesti buang sifat malu. Tapi malu ni kena bertempat Boleh share bagaimana kita nak tarbiah diri kita ini jangan malu..tapi nak jugak popular. Glamor macam mana pulak
Popular mmg strategi baik untuk perniagaan..buang malu….kenal ramai orang…pastikan services berkualiti…Insya-Allah…pelanggan akan cari kita
popular dan malu..
bagi saya perasaan malu timbul krn kurang keyakinan dgn bisnes yg kita buat..maklumlah kita baru saja buat bisnes, testimonial pd pelanggan pun tiada lagi, tu yg buat kita malu..
satu lagi bagi mereka yg buat mlm pulak, pengalaman nak bercerita tentang produk dan pelan pemasaran kpd org ramai/prospek di peringkat awal menjalankan bisnes mlm tu, mmg akan mengalami perasaan malu.
tapi bila dah dibuat banyak kali, dan menganggap bisnes tersebut sebagai habit seharian kita, ia akan jadi mudah.
popular, bagi saya ia akan dtg secara perlahan2.
cuba kita renungkan life kita..iaitu pd didukung oleh mak, then menyulur, merangkak, tak tih, berjalan, berlari…
cuma persoalannya, bila kita nak mula utk menjadi popular? rasanya, irfan khairi pun tak tahu dan menjangkakan yg beliau akan menjadi begitu popular skrg..
Steve Irvin the crocodile hunter died being stung by a sting ray. He is not an expert in the sting ray business but in the crocodile business.
So the message is very loud and clear: DO WHAT YOU KNOW BEST, AND YOU WILL MINIMISE THE RISK.
Tak boleh tahann.. melihat komen2 yang diberi.. terasa ini berkongsi.. Tentang Populariti… wahh.. betullah seperti yang katakan popular memangnya perlu bagi men’boost’kan biz kita.. tapi rata2 ramai yang malu untuk mulakan sesuatu yang baru… kerana dari kecil dulu hingga dewasa ini, kita bahasa melayu… penuh dengan malu… maaf kalau ada yang terasa hati… saya sendiri adalah melayu jati… sebab itulah kita kena bangun dan berdiri… soo janganlah malu lagi… kita bangun, berdiri dan terus berlari… Salam kejayaan buat semua…
Nak hilangkan malu, sertai Workshop NizalTalk… Dari nizal lah saya hilangkan perasaan malu-malu cat 🙂
http://www.nizaltalk.com
Steve Irwin, Jamie Oliver (Naked Chef) dan Ian Wright (Travel Channel) mmg popular.. setuju.. kita kena mempopularkan diri kita.. tapi kalau setakat keje dgn LHDN, camner nak popular ek.. heheheh.. 🙂
Untuk menjadi popular kita kena mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang.. sbg contoh sdr irfan beliau pakar dlm perniagaan internet..dgn itu kepakarannya amat diperlukan oleh org ramai, bahkan menjadi buah mulut pada setiap org yg ingin menceburi bisnes internet ini.