Katakan tidak!

Kita sebagai orang timur yang penuh dengan budi bahasa, kadang kala rasa berat untuk kata “tidak” dan menolak permintaan seseorang.

Sekiranya seseorang meminta anda melakukan kerja yang tidak bernilai tinggi untuk masa anda, belajar untuk menolak permintaan tersebut. Katakan “tidak”. Dari segi psikologi pada diri anda juga, dengan menolak kerja-kerja yang bernilai rendah, anda akan lebih menghargai nilai diri anda sendiri.

Katakan “tidak” adalah antara kaedah pengurusan masa supaya masa anda lebih terjaga.

Katakan “tidak” pada aktiviti yang tidak selari dengan matlamat anda, kemudian, anda boleh katakan “YA” dalam aktiviti yang menuju ke arah matlamat anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Katakan tidak!

  1. kadang2 nak jaga hati org… “saya ikut je”…

    tapi kalo berat sgt…”saya dah ada perancangan dan pengurusan masa sendiri.. mungkin peluang ini lebih besar manafaat jika diberikan kepada org lain yg lebih memerlukan..”

    nak join venture pulak…”apa perancangan awak ye..?” agak2 sama ye dgn planning asal kita.. apasalah gabung tenaga..insyallah hasilnya lebih baik dari buat sorg2

    ok kot ayat camni ekk .. 😛

  2. ooo..kite kena tegaskan diri kite ye…kalau kite rasekan mende tu tak selari dengan matlamat kite…kite kena katekan “TIDAK”…
    erm..katakan “TAK NAK” pade rokok..kire samelah tu kan..:D

  3. Ya betul kata Irfan. Tak semua benda kita boleh terima bulat-bulat atau ikut telunjuk orang.Kita sendiri pun kena ada prinsip kita sendiri.Kita juga mesti belajar membuat keputusan Ya atau Tidak supaya masa kita tak terbuang.Saya memang amat setuju. 🙂

  4. Assalamualaikum.

    Saya juga tidak pandai untuk berkata tidak.
    Macam mana ya untuk berkata tidak tanpa menyakitkan hati orang lain?

    Wassalam.

  5. ….saya setuju dgn Irfan..betul juge kite kene bertegas dlm hal ni..kadang kala ia boleh menurunkan ‘nilai masa’ dalam diri kite..

    Dalam hal mcmni kite perlu juga memikirkan tentang nilai masa kita sendiri…

  6. perkataan ni yg payah sikit dlm hidup saya selama ini. maklumlah org melayu terlalu menjaga adat ketimuran yg begitu lemah lembut.

    tapi, demi mencapai target yg begitu besar dlm hidup utk mengejar kesenangan, perkataan “tidak” kena juga diamalkan, walaupun ia mungkin pedih dan susah utk diterima oleh org lain.

    berbalik kpd niat dan objektif kita semua yg bakal menjadi jutawan e-biz kelak, perkataan “tidak” kpd perkara2 yg mengganggu urusan kita seharian perlu diaplikasikan.

  7. Tapi kadangkala dengan berkata ‘Tidak’ boleh menyebabkan kita terlepas puluhan malahan ratusan ribu RM yang ‘YA’ kemudian hari.

  8. Saya susah untuk katakan ‘TIDAK’,tetapi..amat perlu untuk katakan tidak dengan cara yang lembut.

    Kekadang perkataan tidak akan jadi ya untuk masa yang lain pula.

  9. Saya selalu terperangkap dengan situasi yang baik, tetapi kita tidak perlukannya, dan tak mampu katakan tidak… mudah-mudahan ada kekuatan untuk berkata tidak lepas ni. Tapi syukur, saya tak pernah hisap rokok 🙂

    Sesapa yang merokok tu… kira tewas teruklah. lebih teruk dari saya. Gagal utk katakan “tak nak rokok bengkok” 🙂

  10. Nak kena pandai tengok keadaan sebelum mengtakan tidak. Kerana takut terlepas peluang yang lebih besar…Akan tetapi jika kita mengatakan Ya pada perkara/aktiviti yang membuang masa, then kita juga yg rugi….So, tepuk dada, tanya selera….

  11. Emm… apa yang katakan itu amat tepat. Saya boleh mengambil contoh seperti ini. Rata-rata ramai customer yang lebih suka barang tersebut diberikan dengan percuma. Sebab itulah kadang-kadang ada tawar menawar harga.

    Di situ, sebagai ahli perniagaan, sepatutnya kenalah bertegas. Bukan bermaksud untuk mengaut untung semata2. Tetapi biarlah harga yang diturunkan berpatutan dengan usaha, penat lelah dan kualiti serta faedah produk tersebut kepada customer…. 🙂

  12. saya sendiri pun kadang-kadang takut utk berkata “tidak” kepada perkara yang tidak berfaedah kepada diri…

    insyaallah..saya akan cuba demi kebaikan diri dan bersama

  13. bagus betul ustat…tahniah kerane tak prnh isap rokok….kire ustat ni sentiase kate “TAK NAK” kepade rokoklah…sy dulu isap gak tapi alhamdulillah..berjaye katekan tidak kepade rokok..kire berjayelah utk katekan tidak…betul ke ?
    ye lah kot..betul kate hidet..susah juge utk berkate2.. agar kate2 kite dapt jage ati org lain..utk mengatekan tidak..
    so kite praktiskan lah same2..pakat peraktis belakelah ye..yoshh!!.

  14. Yup adakalnya kena bertegas juga sbb kadangkala ianya memerangkap kita plak…

    p/s : to ustat tq dgn email nanti saya fikirkan dulu k

  15. selalu macam tu laa yang berlaku… apa tidaknya, nak pergi shoping? pergi… nak pergi ronda2..? pergi…

    menda yang tak berfaedah masuk masuk dalam minda… ya dan ya dan ya…

    matlamat kita kat mana??

    oh tidak dan tidak juga…

  16. Tegas dan sombong adalah 2 perkara yang berbeza.
    Mungkin kita takut untuk mengatakan tidak (takut orang kata kita sombong). Tapi jika memang benar² kita jenis orang yang tegas, orang lain pun tak boleh kata apa-apa.

    Kalau orang tanya “Sibuk ke?”, jawab “Ya, sibuk, ada apa saya boleh bantu?”. Kalau dia rasa tak penting sangat, pasti dia tak ganggu atau dia tanya “Bila free?”. Dengan cara itu kita boleh set appointment untuk lain waktu yang kita rasakan kita tak sibuk.

    Jadi jadual kita sentiasa tersusun dan orang akan sentiasa menghormati kita. InsyaAllah.

  17. Helo all… Ya katakan “TIDAK” sekiranya kita tidak dpt melakukannya tp jelaskan kenapa kita bertindak sedimikian kerana itu lah yang sepatutnya . – Thank You –

  18. Saya sering mengatakan “tidak” pada diri saya sendiri bila rasa boring. cth bila baca lebih sikit, mengantuk, malas dll.

  19. Sahabat…

    Pada mulanya, saya katakan ‘TIDAK!’ pada workshop Irfan. Masa tu, saya agak sibuk uruskan pembelian mesin cetak, permit KDN, permit MPKJ..

    2 bulan selepas itu, saya katakan ‘YA!’ pada workshop Irfan..

    Alhamdulillah.. pelanggan dah bertambah ramai.

    Kita perlu pastikan ‘Ya dan Tidak’ pada masa, tempat, keadaan yang betul dan tepat!

    Salam…

  20. entahlah… saya tak reti nak mulakan. saya sebenarnya suka bisnes. tapi tak reti nak cari pelanggan. Business saya, sebagai Perunding Pengurusan Jurutera dan Arkitek. Baru nak start bukak company. tapi spt tak yakinlah…Bila sesuatu masaalah berlaku saya akan mengatakan “tidak” untuk meneruskan pengurusan itu. Bagaimana seharusnya saya lakukakan. Saya ingin sucess, tapi tak tau macamana. Bagaimana…dan bagaimana ya.

  21. katakan TIDAK kepada pekara yang mungkin tidak sangat mengutungkan kita,dan katakan TIDAK kepada pekara yang mungkin hanya menjadi kepuasan sementara..tapi malangnya saya masih juga tidak dapat katakan tak nak pada rokok,mungkin dengan dengan usaha halus saya,sikit-sikit lama-lama jadi bukit,pasti suatu hari saya dapat mencapainya….

  22. Pandangan saya pula sangat berbeza dari orang lain tetapi tepat dan selari dengan jiwa dalaman anda.

    Katakan TIDAK bila bisikan Rohani anda mengatakan TIDAK.

    Katakan YA bila bisikan Rohani anda mengatakan YA.

    Inilah kelurusan yang harus diikuti.

    Jangan dalam kata TIDAK tapi dibibir mengatakan YA atau di dalam kata YA di bibir menyebut TIDAK. Inilah sifat hipokrisi yang amat halus yang jika diamalkan lambat laun akan menggelapkan hati sendiri.

    Fikir-fikirkanlah.

    Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.