Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!

falling.jpg
Mengapa kita jatuh?

Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih… siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

Saya sendiri pernah gagal dalam perniagaan Internet ketika awal penglibatan saya dalam bidang ini. Tetapi, dengan mengingati petua-petua di atas, perniagaan yang gagal kemudiannya beransur mencapai kejayaan, syukur Alhamdulillah. Untuk berjaya dalam Perniagaan Internet bukan sahaja memerlukan teknik dan strategi yang betul, tetapi juga dedikasi dan sikap yang betul.

*Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan anda sendiri di Internet, dan memerlukan teknik, strategi dan juga bimbingan & sokongan dari kami, sertai lebih seribu usahawan Internet yang berjaya melalui program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Dengan dedikasi dan sikap yang betul, anda juga boleh menjalankan perniagaan yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!

  1. Salam IK 😉

    Memang benar… kegagalan adalah perkara biasa dalam kehidupan….

    Mengikut pengalaman saya… kita boleh mengurangkan jumlah kegagalan jika kita sanggup menimba ilmu, mendapatkan mentor dan bertindak dengan segera

  2. Bruce Wayne masa kecik? Tu filem Batman Begins, The Dark Knight sequel yang sangat awesome. Thank you Christopher Nolan for making Batman movies into an epic piece of art. Tak sabar nak tunggu The Dark Knight Rises tahun depan.

    ps: sorry ter-off topik pulak 🙂

  3. Assalamualaikum.
    Banyak bisnes kecilan sy join.Namun, adakalanya separuh jalan. Namun, hati kecil saya berkata, suatu hari nanti saya pasti akan menemui perniagaan yang kena dgn diri saya selagi sy mencarinya dan berusaha. terima kasih atas perkongsian motivasi perniagaan.

  4. aslmkm en. irfan khairi, sy ingin memulakan perniagaan online. api masih xdpt nk cari pemborong. en. irfan khairi blh x tlg sy suggest mane2 supplier yg blh sy dpt aksesori wanita seperti gelang, rantai, handbag n sebagainya.., pertolongan en. irfan khairi sgt2 sy hargai…, ni email sy… wannum90@gmail.com

  5. Jatuh bangun adalah perkara lumrah dalam bisnes,yang penting jangan putus asa dan sentiasa berusaha!!!!!!!!!!

    Jepun di langgar bom atom bangkit walaupun hampir keseluruhan negara rosak.

    Jadi kalau kita jatuh jangan pernah takut untuk bangun kembali

  6. Frust dalam perniagaan adalah perkara biasa.Kita perlu menerima kegagalan dan mengkaji semula mengapa kegagalan berlaku dan bangkit dengan strategi yang betul

  7. u got so many experiences and knowledge.. but i have a no sprit to start any bissnes. so i know that i got many idea when i saw your website. tq

  8. saya dah mencuba dari MLM juga business internet sejak 1997, tak mendapat sambutan apalagi hasil, boleh ke dapat bimbingan dari Dr Irfan untuk ke arah kejayaan, amat berharap.

  9. Promosi IKSB memang memberangsangkan dan menarik.Tapi bila dihadiri, baru faham. Bukan semua pihak Profesional. Janji tinggal janji. Khidmat nasihat 1 tahun hanya mimik perniagaan. Susah untuk berhubung dengan IKSB baik secara email maupun telefon. Janji untuk telefon balik hanya janji kosong. Pentingkan KUANTITI PESERTA KURSUS dan tidak KUALITI. Gunakanlah konsep mentor sebenarnya yang memastikan anak didik diasuh dengan sempurna.

  10. Kita berniaga mesti sentiasa enjoy. Kalau tak untung pun, SENYUM je. Yang penting kita terus berusaha & berdoa kepada Allah. Kerana HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBERI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH KEPADA MAKHLUK-NYA.

    ** Irfan Khairi terbaek !!!!

  11. Ye, sayang gagal dalam perniagaan saya. Perniagaan pertama saya. Saya berenti kerja sbb nak meniaga. Duit dah takada lagi. Kecewa, sedih, malu, ya Allah hanya dia yang tahu. Alhamdulillah, suami sangat memahami. Setiap hari, saya bersedih, murung, kusut. Di bibir saya kata redha, tapi hati pilu. Saat menaip ni pun saat tangisan. Fikiran saya terganggu. Tolong saya. Macamana saya nak redha kan diri saya.

  12. Saya juga dah banyak kali gagal berniaga. So, ini dah kali ke berapa agaknya, tapi sy still xgive up. Dan saya mula +ve dgn bisnes ni. Sudah menampakkan hasil. Alhamdulillah.. semoga ia berpanjangannn

  13. Setiap kali gagal memang kita belajar sesuatu, tapi jiwa perlu sangat kental dalam menghadapi kegagalan, tapi keadaan yg terhimpit dan terdesak menjadikan kita terpaksa berusaha dengan lebih kuat.tapi kegagalan sebenarnya menjadikan kita lebih sedar diri siapa diri kita dan kepada siapa kita perlu berharap

  14. Saya bisnes sebab nak tambah side income. sebelum berbisnes saya join 1 pelaburan tp hangus semuanya. Bodoh2 jek kene tipu. Menangis air mata darah sekalipun dah takde gune. habis duit simpanan. Sekarang buat bisnes tp masih belum berjaya capai target. Memang frust sb tgk kawan2 dah berjaya. Selalu bila tgk mereka pos mcm tu, saya letak kat otak sy ni. Kalau dia boleh, why cant me. Rezeki masing2 ALLAH dah tetapkan. Ada org ALLAH bg mudah jek ikot tu. Ada orang ALLAH uji sikit. Saya selalu ckp kat diri saya, jgn stop berusaha, jgn give up & mintak lah kat ALLAH. Bila tiba masa, ALLAH bagilah bahagiannya.

  15. Ilmu tentang perniagaan itu amat penting. Berguru dgn mereka yg telah berjaya. Ambil pengajaran di sebalik kegagalan dan kejayaan mereka. Pengalaman diri juga dpt mematangkan dalam membuat tindakan dan keputusan. Perniagaan pasti ada rintangan dan kebahagiaan di sebaliknya. Jgn mudah mengalah. Ayuh teruskan perjuanganmu!

  16. Kepada azi:ingin saya berkongsi sedikit kisah suka duka saya. Sebelum ini saya berkerja di syarikat swasta yg mana gaji nyer amat lumayan sehingga menjawat jawatan pengurus di beberapa buah negeri.Isteri juga berkerja dan pendapatan kami amat memuaskan.kami tidak pernah merasai masalah kewangan walaupun kenaikan harga minyak kerana kenderaan, rumah, minyak,api air semuanya di tanggung oleh syarikat.hampir 10tahun saya berkhidmat dan tahun ini saya dan isteri nekad berhenti dan berniaga.ternyata keperitan dan kesukaran yang dialami sukar digambarkn.inilah yg dirasai oleh orang2 yg berpendapatan rendah demi meneruskan kelangsungan hidup.tetapi sedikitpun kami tidak menyesal, kerana melalui pengalaman ini, membuatkn kami setiap hari menadah tangan berdoa kpNYA, tidak seperti dulu.berniaga banyak mengajar untuk sujud dan patuh padaNYA . alhamdulillah 6 bulan telah berlalu, rezeki datang tidak disangka sangka. Kembalilah kita kepadaNYA, insyaallah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.