Penyokong setia dalam perniagaan

Baru-baru ni, penangan iPad2 melanda. Rasanya macam baru je iPad keluar, dah ada iPad 2 😉

ipad2.jpg

Anyway, beberapa hari lepas, ketika mengendalikan Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi (www.FAvsIK.com) di KLCC, pagi-pagi lagi dah ada queue panjang di hadapan kedai “Machines” (Kedai Mac/Apple Computers). Memang panjang kerana peminat-peminat iPad2 sedang beratur untuk menjadi orang-orang terawal memiliki iPad2.

Itulah penangan iPad2 dan Steve Jobs! Melahirkan kelompok besar peminat-peminat iPad yang sanggup beratur sebelum kedai buka lagi untuk mendapatkan produknya!

Apa yang terjadi di sini?

Apple telah berjaya menghasilkan produk yang mempunyai penyokong setia. Penyokong yang bangga dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan. Penyokong yang akan bermati-matian melindungi produk dan perkhidmatan tersebut. Penulis pemasaran terkenal Guy Kawasaki (juga x-Apple) menamakan kumpulan penyokong ini sebagai ‘evengelist’.

Bina penyokong-penyokong setia untuk produk dan perkhidmatan anda. Apabila anda mempunyai penyokong setia, merekalah yang akan membantu dalam promosikan produk dan perkhidmatan anda.

Membina penyokong setia adalah satu kemestian pada ketika ini untuk memastikan perniagaan kita akan berterusan oleh kerana pesaingan dan iklan-iklan pesaing yang TERLALU banyak ketika ini!

PS: Saya amat menghargai penyokong2 setia saya sejak 2006 lagi! TQ so much all! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Penyokong setia dalam perniagaan

  1. memang penyokong setia memang penting.Nak dapat pelanggan baru adalah sukar.tetapi untuk mendapat pelanggan berulang lebih mudah.Hargai lah pelanggan anda.

  2. Saya rasa produk seperti ipad atau gadget yang lain berguna untuk bisness kita. Dan saya menganggap gadget saya sebagai pekerja full time. Rasanye tak perlu nak pakai pekerja. Sebab semua gadget seperti ini membantu kita dalam promosi dan jualan.

  3. Betul kata Irfan: Membina penyokong adalah satu kemestian. 🙂

    Bila baca bab penyokong ni, teringatlah pula dengan halnya restoran. Kalau satu-satu restoran tu kena dengan gayanya (lokasi, lokasi, lokasi, sedap makan-minumnya, servis tip top dan lain-lain lagi), pasti akan ada para ‘penyokong’nya yang tersendiri. Dengan itu, senang-senang bawaan mulut akan tersebar akan betapa bagusnya restoran tu. 🙂

    ps – Sampai ada di Kelantan, nama kedai pun tak ada. Tapi kalau sebut sahaja Sup Belut di Cabang 4 Tumpat, mesti ramai yang tahu. Malah, ada pelanggannya yang datang dari jauh; antaranya dari Pasir Puteh! 🙂

    – Maslinda Wahid 🙂

  4. Yup! setuju sangat dan pada pendapat saya, untuk dapatkan banyak peminat setia, pemasaran mulut ke mulut atau referral daripada pelanggan yang berpuas hati amatlah efektif

  5. Yes betul..setiap perniagaan perlukan penyokong..saya sgt bersetuju..utk membina penyokong yang ramai..perlukan..produk yg berkualiti….mcm team bola ..kalau pasukan yg ternama mcm MU, Chelsea..ramai penyokongnya..untuk bina penyokong yg ramai..saya rasa kita kena..pastikan kualiti yang ada pada produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan Excellent..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.