Jawapannya adalah…
Dalam satu jungle tracking, peserta yang dibelakang sekali akan menentukan kelajuan kumpulan tersebut untuk sampai ke destinasi betul tak? Ini kerana, peserta yang paling lemah di belakang akan mengganggu kelajuan keseluruhan kumpulan, walaupun peserta yang didepan adalah kuat dan laju.
Cuba anda ingat kembali sekiranya anda pernah pergi jungle tracking dengan satu kumpulan, tidak kira betapa laju yang depan (selalunya team leader), tetapi, kalau dah kedepan sangat, team leader tersebut perlu berhenti dan tunggu anak-anak buah yang lain. Terutama yang paling lemah di belakang sekali. bukan?
Pengajaran yang anda boleh ambil dari soalan ini adalah…
Sememangnya jawapan mengenai teamwork adalah penting, di mana seseorang leader, perlu membantu team player yang paling lemah untuk maju ke hadapan. Tetapi, kali ini, saya tidak mahu menyentuh mengenai teamwork dan pengagihan kerja oleh kerana ramai sudah maklum mengenai ini… tetapi, tahukah anda bahawa senario ini dapat diaplikasikan kepada diri individu- diri anda!
Untuk memajukan diri anda sendiri untuk mencapai apa jua matlamat anda dengan lebih cepat, cerminkan pada diri anda sendiri: apakah kelemahan anda yang paling ketara dalam mencapai matlamat anda.
Faktor pembangunan diri yang paling lemah yang ada pada diri anda adalah sebenarnya apa yang menghalang anda mencapai matlamat anda dengan lebih pantas! – seperti peserta yang paling lemah dalam sesuatu jungle tracking.
Mungkin ianya, pengurusan masa? mungkin ianya melambat-lambatkan kerja? mungkin ianya malas? mungkin ianya ilmu? mungkin ianya minat? mungkin ianya rakan-rakan sekeliling? malu berniaga? atau apa sahaja faktor…
Kelemahan inilah yang akan melambatkan anda dalam mencapai matlamat anda.
Perbaiki kelemahan anda yang paling ketara, dan ini akan mencepatkan lagi anda dalam mencapai apa sahaja matlamat anda. Sebelum itu, anda perlu pastikan dan mengaku dimanakah kelemahan anda (dimanakah peserta paling lemah di dalam diri anda). Dengan mengetahui faktor yang paling lemah, baru anda tahu cara memperbaikinya.
Seperti di dalam jungle tracking- peserta yang paling lemah yang akan melambatkan kumpulannya untuk mencapai destinasi! Pada diri anda pula, faktor pembangunan diri yang paling lemah yang akan melambatkan anda mencapai destinasi matlamat anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
ok2…can accept…sy cuma tak brapa faham soalan…ingatkan sentuh ttg temawork..maklumla…br balik bengkel kerja kumpulan yang berkesan anjuran ipta di tempat sy 😀
wow tak pernah pun terpikir sampai mcm ni sekali..thanks for the great tips..ish ish tak sangka betul..memang kita kena explore diri kita sehabis2nya.
malu berniaga…kena atasi ni…
â€Kita tidak dikira berjaya selagi orang disekeliling kita tidak berjayaâ€
kata-kata itu yang saya pegang untuk memotivasikan diri saya dan rakan-rakan seperjuangan.
Pada pendapat saya,kelemahan diri kadangkala sukar untuk kita kenal pasti.Salah satu cara untuk mengenal pasti kelemahan kita adalah dengan meminta tolong orang sekeliling kita menilai diri kita.Kita harus ambil pengajaran dari apa yang orang katakan terhadap kita dan kita cuba perbaiki.
Assalamualaikum.
OO…ada maksud tersirat rupanya dalam soalan semalam..ini kot yang org cakap berfikir diluar kotak..soalan pasal kumpulan tapi jawapan tersirat adalah untuk diri sendiri..
Wassalam.
memotivasi diri sendiri adalah sangat susah berbanding dengan kita memberi motivasi kepada orang lain.Kadang2 kita tahu apa yang perlu kita ubah.tetapi persoalannya manusia ni sgt susah untuk mengubah dirinya.Kenapa sebenarnya jadi begini? Saya nak bagi contoh staff2 yg ada kat office.Pada awalnya mereka semua bersemangat dtg kerja dan ada target masing dlm kerjanya. tiba2 mereka semua jadi tak bermaya kenapa.?Boleh tak saya nak jawab soalan ini..asyik kita orang jer kena jawab soalan
Ya kita kena lancarkan peperangan dalam diri kita demi untuk mengalahkan musuh-musuh negetif yang masih bermaharajalela dalam diri. Semuga saya menang dalam perjuangan ini, Amin.
Sama jugalah dalam konteks perniagaan internet, yang dah berjaya dlm perniagaan internet kena bantu mereka yang baru nak mula, akhirnya apabila ramai yang dah mula, barulah boleh menyumbang kepada budaya perniagaan internet di Malaysia…
Ha ah la.. Walau dah jawab betul semalam tapi pengajaran fail. Kene wat list kekurangan diri ni. Pastu perbaiki cepat2..
betul tu…kite kena ikut ape yg cakap kan tu…skrg dah jadi host tv..tahniah…..
tak kisah la samada anda jawab dengan betul atau salah….kerana jawapan masing ada justifikasi yang tersendiri, bergantung kepada konsep pemikiran dan niat anda sendiri. Tetapi apa yang penting, interpretasi sesuatu masalah haruslah menuju kepada satu penyelesaian yang positif dan yg paling penting, ia mampu meningkatkan motivasi serta kemampuan mental seseorang. SALAH ATAU BETUL BUKANLAH SATU ISU…Walaubagaimana pun, tahniah kepada yg jawab dengan betul……
O betul jugak tu… asyik fikir semua boleh je tapi pasti ada part2 yang masih kita lemah yg perlu diperbaiki.
Bagus artikel ni kalau di sampaikan dalam ceramah2 motivasi ni.
Thanks .org yang pantas di samping menggunakan kekuatan fizikal dan mental akan lebih berjaya berbanding orang yang perlahan…orang yang lebih pantas menunjukkan komitmen yang lebih tinggi…untuk mencapai destinasi…
Semua orang tahu setiap individu mempunyai kelemahan masing2 (tak tahule kalau ada yang tak mengaku ada kelemahan.. 😀 ) Dengan cerita ini, saya akan kenalpasti mana lagi kelemahan diri yang paling hampeh yang mengganggu diri saya untuk maju. Dari sini saya akan kemaskini untuk jadi lebih baik..
Thanx,
sungguh tersirat ya soalan ini.
Saya pun akan buat list apa kelemahan diri. Biasanya dulu-dulu saya selalu buatkan list untuk kekuatan diri dan bina sesuatu dari kelebihan tersebut tetapi mengabaikan kelemahan seperti bertangguh.
saya seorg pegawai di sesutu jabatan yang baru mula berkeje rimas dengan kelemahan diri sendiri iaitu malu bercakap dan bertanya dengan staf lain.
apa yang paling merunsingkan ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa ingeris..
bagaimana mengatasinya??