Beri sesuatu yang tidak disangka kepada pelanggan anda. Surprise-kan mereka! Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada pelanggan anda dan pastinya anda akan diletakkan jauh lebih tinggi daripada pesaing-pesaing anda dengan satu aksi mudah ini.
Bayangkan kita membeli sesuatu, tiba-tiba penjual tu memberi sesuatu extra tanpa di beritahu sebelum belian (free gift yang tidak diumumkan). Pastinya kita akan terkejut, dan pada waktu yang sama rasa diri kita dihargai oleh peniaga tersebut!
Pepatah mat salleh berbunyi:
People will forget what you do. People will forget what you say. But people will not forget how you make them feel!
Beri sesuatu ‘surprise’ dan pastinya anda akan membuat pelanggan anda merasa gembira dan mereka tidak akan lupakan anda!
ps:ย Malam ini adalah peluang terakhir untuk dapatkan Power Pack Digital Irfan Khairi pada harga yang tidak disangka- potongan RM1,000.ย Klik di sini untuk ambil peluang ini sebelum ianya diturunkan dalam beberapa jam sahaja lagi!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Adakah memberi bonus yang biasanya diperolehi dalam pembelian ebook itu adalah kejutan?
Sedikit pengalaman saya di sini…
Saya baru singgah di sebuah gerai… order mee kungfu sebab tak pernah cuba…
Rasa teruja kerana mee kungfu yang saya order penuh dengan rencah (cukup rencahnya) yang pelbagai… pada mulanya saya fikir biasa-biasa saja….
Itulah perkara yang saya tidak sangka sebelum memesan mee tersebut ๐
Selamat bercuti… ๐
“suprise” bersangkut-paut dgn emosi,sbb manusia ni makhluk yg ada emosi,that’s mean kita suka klau hidup ni ada elemen kejutan kerana kita akan lbh rasa dihargai dan menghargai
Sekadar pandangan ๐
http://www.miji99.com
bestnya bisnes internt ni.. cuti2 jg… duit masyuk jg.. hehe… selamat bercuti ik sekeluarga n semua rakan blog..
Bg yg nak bercuti sy nak kongsikan sedikit tip untuk anda semua.. harap2 ia memberi mamfaat..
Tip bercuti dengan kos minimum
Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Apatah lagi bila ada beberapa orang anak yang masih kecil. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak.
Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk anda.
Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.
Pilih masa yang sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.
Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.
Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.
Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.
Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.
Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.
Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.
*Jom Program Affiliate Multi-Tier Terbaik Di Malaysia. Terbukti Lumayan Dengan 100% Komisyen HANYA Bekerja Secara Online Di Rumah*
Assalamualaikum..
Lama sungguh tak bagi komen, asyik mengintai dari tirai kamar je..hehe. Pagi tadi Azran call saya, teringat lagi sifu kat saya..terima kasih atas ingatan dan tawaran tersebut.
Hmm.. di Homestay saya..saya juga berikan sesuatu yang tidak dinyatakan dalam laman web saya, iaitu percuma 2 pasang Hayat Foot Patch untuk suami isteri atau 2 orang yang menjadi pelanggan hayat Homestay saya. Semalaman, mereka dapat berehat sambil merawat..esoknya, bila mereka melihat hasilnya, mereka menjadi pelanggan Hayat Foot Patch pula..alhamdulillah! Time tu baru buat duit…
Salam. Kenapa sifu cuti lama? Nak pegi luar negeri ke?
Bagus idea tu,senario ini seakan sama dengan pergi ke kerja kawin dimana bila kita hendak balik tuan rumah memberikan ole-ole untuk dibawa pulang sebagai tanda ingatan.