5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Minggu lepas saya kumpulkan 5 tip Kewangan daripada FB saya untuk tatapan blog di sini. Kali ni, saya kumpulkan 5 tip motivasi pula!
Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan ;)

Berikut adalah antara 5 tip motivasi TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api

Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

Sekiranya anda berada di Kuala Terengganu atau Kuantan, sertai saya hujung minggu ini. Saya akan berada di KUALA TERENGGAN. Grand Continental Hotel, Sabtu 30hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang & KUANTAN. Grand Continental Hotel Ahad 31hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang sempena jelajah satu Malaysia Anda Layak Berjaya mengendalikan “Bicara Santai”. Sekiranya anda ingin sertai secara percuma, hantarkan SMS kepada 017-3935 364 “LOKASI (seperti di atas) “. Penyertaan adalah percuma!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 thoughts on “5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

  1. Setuju dengan pendapat IK. Latih minda untuk lihat peluang dan berfikir positif memang amat penting untuk berjaya dalam apa bidang. Orang berjaya tidak memberi sedikitpun ruang kepada bisikan negatif. Kerana pemikiran negatif hanya membawa kita kepada kegagalan.

  2. wah2…makin mantap nampaknya tips2 dari Abang Khairi ni..

    Yang Thanks Allah @ Alahmdulillah itu wajib walalaupun kita ni tidak dikurniakan rezeki yg banyak sekalipun!

    syukur bukan sahaja waktu senang tapi syukur waktu susah juga perlu…

  3. reading motivational tips is common.. But listening motivational tips from someone who is already being a successful is really inspiring.. Great! =)

  4. Terima Kasih DrIK. Betul bila buat kerja kerana minat(passion) ia sudah tidak menjadi pekerjaan. Masa berlalu dengan cepat dan ada masalah ia mudah diatasi.

  5. Motivasi ni ibarat makanan untuk minda..tanpa motivasi minda jadi lembap dan xbersemangat.. Tips2 dari Irfan dpt membantu untuk maintain semangat saya menjalankan perniagaan internet

  6. Hai Geng,

    Saya setuju apa yang telah Tuan IK berikan mengenai Tip diatas kerana waktu rezeki datang adalah selepas subuh. Diwaktu itulah umat islam amat berat & malas untuk bangun. Nanti rezeki lari jika bersifat demikian..

    Tq

  7. Tips 5 motivasi ini menyedarkan saya yang leka dan terlena. Harap ada lagi tips yang meransang minda. Thanks IK.

Leave a Reply

Your email address will not be published.