5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi

Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan 😉

Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;):

Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit 😉

PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

    Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

    The following two tabs change content below.
    Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi

  1. waaahhh…100% betul lah.

    abang selalu amalkan surah AlWaqiah tu ke?Ustaz selalu suruh amalkan surah tu..dekat sekolah men dulu ustaz suruh kitorg ahfal..

    tapi saya ingat yg mula2 je 🙁

    waqiah tu dah amalkan…yg lain insyaallah..terima kasih abang.

    sekali sekala abang bagi tazkirah best jugak..mcm ustaz..naik bulu roma! betul@ 🙂

    -wana

  2. Dengan kata lain berjimat cermat dengan wang yang ada. Gunakan pada yang perlu sahaja, tapi jangan sampai ke tahap kedekut pula.

    Wang bukan bukanlah benda yang hina tapi keperluan hidup. Yang hinanya kita bila wang itu dibelanjakan pada jalan yang salah.

  3. Assalamualaykum wbk brother..!!

    Saya prefer & menghargai tips tang solat Jumaat & tips kad kredit tuh.. especially doa mustajab antara 2 khutbah & surah Al-Waqiah.. Terima kasih sekali lagi..

    AlhamdulilLah terima kasih atas maklumat dikongskikan..

    Setakat ni saya pakai kad debit untuk buat transaksi online.. Tak pernah pakai kad kredit lagi..

    Mungkin di masa mendatang untuk tujuan penting shj..

    p/s: Syeikh… minta tumpang iklan x berbayar ekk.. hehehheheehhehe ;P

    +++++++ Haul Imam Al-Haddad ++++++++++++++++

    Himpunan para ulama seluruh dunia (antaranya Al-Habib Zain Bin Ibrahim Ben Sumaith, dari Madinah Munawarah)..

    Jumaat 15 Okt 2010.. 5.30 ptg – 9.30 mlm..
    di Masjid Al-Bukhary, Jln Hang Tuah, KL.

    Sabtu 16 Okt 2010.. 5.00-9.30 mlm..
    di Masjid SSAAS (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam)

    Ahad,17 Okt 2010.. 5.30 ptg -9.30 mlm..
    di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya (MAF)..

  4. kadang-kadang, kedekut antara sebab kita tak melaburkan duit ke tempat yang tak sepatutnya… just my 2 cents

  5. Salam,

    Terima kasih di atas tip kewangan yang berguna. Saya pun dah sebulan amalkan membaca surah al waqiah setiap malam dan insyaallah ada keberkatan dapat dirasai dariNYA.

  6. Ada banyak cara utk jimatkan wang dan masa. Tapi terpulang pada individu utk mempraktikkan. Kadang2, sesuatu yang menjimatkan itu praktikal, tapi kita segan nak lakukan sebab selalu fikirkan kata-kata orang. Untuk berjaya, jangan jadi malu tak bertempat, k. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.