Keratan Berita Harian hari ini….
IK, Datuk Maznah (Iron Lady) & Abang Abu (Mekanik Wang)
3 ikon usahawan kongsi rahsia
Seminar 3K beri peluang 300 peserta selami bakat, potensi majukan diri
KUALA LUMPUR: Tiga ikon usahawan tempatan akan berkongsi idea dan pengalaman kejayaan mereka dalam Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) yang akan diadakan di sini, pada 24 Oktober ini.
Mereka ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr Maznah Hamid; jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan pakar motivasi kewangan, Abang Abu yang lebih dikenali dengan panggilan “˜mekanik wang”™.
Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) dicetuskan melalui buku tulisan Maznah menggunakan tajuk sama, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disusuli klinik keusahawanan yang diikuti interaksi langsung peserta dengan tiga usahawan terbabit.
Seminar itu yang dijangka dihadiri 300 peserta bertujuan membongkar rahsia kejayaan dengan menyelami bakat dan potensi diri, membina keyakinan serta melipatgandakan keuntungan perniagaan melalui pembinaan jenama.
“Setiap individu, tidak kira ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang kurang bernasib baik berpotensi berjaya. Apa yang penting bagi mereka adalah memilih bidang perniagaan bersesuaian dengan nasihat dan tunjuk ajar betul,” kata Maznah di sini, semalam.
Maznah berkata, seminar itu terbuka kepada semua pihak termasuk golongan artis yang sentiasa berdepan dengan masalah kewangan terutama ketika zaman populariti mereka menurun selain sektor korporat yang boleh menaja golongan tidak bernasib baik seperti ibu tunggal dan OKU menyertai seminar itu.
Bayaran dikenakan cuma RM350 setiap peserta berbanding RM1,000 yang dikenakan bagi seminar seumpamanya.
ps: Saya juga ingin mengalu-alukan anda untuk turut serta memeriahkan lagi majlis ilmu ini bersama kami bertiga. Bawa ahli keluarga bersama oleh kerana Seminar3K adalah cara santai! Walaupun santai, tetapi mesej yang kami ingin sampaikan adalah amat serius untuk membina kejayaan diri.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya mesti menyertainya. Namun bukan untuk kali ini, kerana komitmen lain. 🙂
dr semalam saya g seminar dr.pastu dah beria2 ari ni nak buat duit dengan affiliate.
Tapi saya nak promosi barang mereka guna wordpress masalahnya saya ni tak faham cara nak buat wordpress pastu nak promosi wordpress saya kat first page macam mana?kene banyak tulis kan takyah guna domain name pun ok ker?huh blur blur pasal wordpress nih
dr saya g seminar dr semalam pastu nak buat lah bisnes affiliate ni tapi saya cadang nak guna wordpress untuk promosikan barang2 amazon tu.
Masalahnye saya tak tahu cara nak buat wordpress oh semuanya berbelit2 bagi saya lah dr.aduh macam mana ni?
Insyallah, tak glamor macam tu pun, dapat keuntungan daripada perniagaan pun jadilah. Tapi kalau ada peluang menjadi ikon kira bonuslah tu.
*Sedang membina jenama perniagaan saya. Alhamdulillah lawatan ke site kami semakin meningkat setiap hari.
wah, bestnya kalau dapat RM3k sebulan… boleh kaya ooo…
Perlu ada jenama sendiri..?
Ohh ya, mcm pki baju la juga. boleh membuatkan orang lain mengigati jenama tersebut & lama-kelamaan ia akan menjadi top/ popular di kalangan masyarakat msia.
Apa maksud optional utk klinik usahawan? Adakah ianya dikenakan bayaran tambahan atau sekali dengan bayaran RM350 tu?
harap2 banyak golongan artis yang turut serta..he he he